Yang menentukan takdir makhluk
Semoga takdir kami ini hasanah
Dan pengakhiran kami juga hasanah
Ya Allah, pejam celik dah nak masuk tahun 2012, sekejap ja kan? dan dari hari ke hari, pelbagai cabaran, dugaan, pengalaman dan kenangan kita sudah hadapi dan tempuh dengan penuh berhikmah, dengan perasaan tekun dan gigih, dengan harapan ia dapat membimbing kita menjadi lebih dewasa dan matang. namun, tahu atau tidak, adakah apa yang kita lakukan ini, betul-betul mematangkan kita, atau kita hanya merosakkan maruah dan agama kita, seperti biasa, mari kita MUHASABAH kembali.
ISLAM = MUNDUR?
Astaghfirullah, jika ada seorang bernama muslim menyatakan sebegini, maka beristighfarlah dan kembalilah kepada islam yang benar.
yo yo..wat sap..wat sap!!!! |
"Apa? statement ini betul?...Islam menghalang kemodenan?... islam tak update?...semua benda tak boleh.. itu tak boleh..ini tak boleh...ini zaman moden la...dah masuk tahun 2012 dah... cuba la bertamadun sikit..."ISh!! siapa yang cakap? itu nafsu kamu yang berkata macam tu. sedangkan Islam itu yang memberikan kemodenan, islam itu yang sesuai sepanjang masa, islam menghalang melakukan sesuatu kerana ia bersebab, walaupun sudah 2012, selagi kita bernama hamba, dan MUSLIM, kadi islam tetap menjadi akidah kita, bukan ketamadunan.
Pernah Islam halang Kemodenan, tidak kita lihat bagaimana Rasulullah dan dan para muslim zaman baginda memodenkan negara-negara islam? cuma sekarang kita yang menolaknya
Pernah islam menghalang kamu mengikut tren skarang? Nak iPhone, pakai la, bukan bidaah pon. Berfesyen? Rasulullah tak pernah menyuruh pakai jubah sentiasa, cuma rasulullah menyuruh berpakaian mengikut syariat islam iaitu MENUTUP AURAT dan TIDAK KETAT. Pakai seluar pendek tidak haram, Asalkan ia menutup aurat.
Kenapa Islam banyak menghalang? Pernah tidak kita fikirkan kenapa sesuatu benda itu tidak boleh dilakukan? dan pernah tidak kita tahu ada jalan lain dalam islam? kenapa mahu berzina sedangkan Allah menghalalkan pernikahan? Mengapa mahu mencuri bila tidak ada duit sedangkan pintu rezeki banyak.. jika tidak mampu juga, masih ada zakat. Kenapa mahu berpakaian singkat dan ketat sedangkan kulit perlukan perlindungan dan ruang untuk 'bernafas'.
Salah Siapa?
Jika kita terdengar perkara-perkara buruk mengenai islam, sehingga orang membenci islam dan orang islam itu sendiri. tahu tidak kenapa?
KERANA KITA!!
Kerana kita melakukan perkara-perkara keji sehingga Islam terpalit dengan kekejian dari tangan tangan kita. dan ia bermula dengan Nafsu dan Perasaan Jahat kita.
Mari Bina semula!
Oleh kerana kita yang mencemar, bukankah kita yang bertanggungjawab membersihkan? YA KITA LA, siapa lagi. Apa yang boleh kita buat?
1-Kembali Kepada fitrah
fitrah? fitrah manusia apa? eemmm... semua manusia mesti merasakan ingin bertuhan. jadi fitrah manusia adalah menjadi hamba kepada tuhannya. Bila kita tahu kita ada tuhan, maka kita juga tahu, apa yang Tuhan kita suruh dan apa tuhan kita larang, betul? dan Setiap yang Tuhan suruh dan larang itu pasti ada sebabnya. Allah sudah mengatur sesuatu ketetapan peraturan itu sesuai dengan kehidupan manusia. Jadi apa yang Allah suruh kita buat, dan apa yang Allah larang kita tinggalkan.
2-Tonjolkan Imej Islam
Imej islam eekk...kena pakai kpiah sentiasa... berjubah...berjanggut...TUDUNG LABUH!! oohh kenapa..
wahh..kalau kalian dapat tonjolkan begitu alhamdulillah..sebab itu satu tuntutan dan bertudung labuh itulah sebenar-benar cara pakaian islam. Imej islam tidak sahaja merujuk kepada pakaian tapi tingkah laku kita juga menujukkan imej agama yang kita anuti. sentiasa tolong orang, senyum, pembersih, rambut sikat, pakai wangian. Bila semua kebaikan kita tonjolkan, tak mustahilkan orang akan kata...Wah..bagusnya muslim ini...
3-Benci dan menghukum manusia, cuba elakkan
kalau perasan, melayu ni cepat sangat panas hati, pantang dicabar dan pemarah. bila semua ni menguasai diri, hilang la pertimbangan dan secara tidak langsung, satu imej buruk terkena batang hidung sendiri. tidak pasal-pasal nama islam juga dipetik, haaa islam ni itu..islam itu ini...
Jadi kita intai sikap nabi bagai mana, jika ada seorang yang melakukan kesalahan, atau membuat onar terhadap Baginda, adakah baginda benci? adakah baginda terus menghukum, satu daripada sikap inilah yang menyebabkan orang ramai mudah menerima islam ketika itu. dalam hukum hudud sekali pun, tidak akan dijatuhkan hukuman terus menerus tanpa ada bukti yang sah seseorang itu melakukan kesalahan, malah jika ada, dicuba cari sebab yang membolehkan pesalah tidak disabitkan hukum hudud.. Lihat betapa indahnya islam.
Back 2 Basic.Lets do some 'Magic'
Penutup: Islam Pasti bangkit Lambat Laun
Ya jika kita tengok sekarang, umat islam di tindas, islam berperang sesama saudara, islam menolak carqa hidup islam, islam hanya pada nama. tapi apa yang saya yakin dan kita perlu yakin. ISLAM PASTI AKAN BANGKIT! KERANA ITU JANJI ALLAH. Semua perbuatan buruk atas nama islam ini merupakan kifarah atas kita kerana memudahkan perjuangan yang sepatutnya kita julang.
Ya kita belum cukup sempurna, belum banyak ilmunya, belum cekap bermadah bicara. Tapi kita masih mampu ubah dunia. iaitu dunia kita sendiri. Mulakan ubah dunia kita sendiri. Bila dunia masing2 sudah berubah, tidak mustahil dunia sebenar juga berubah. wallahualam. Peringatan untuk diri yang hina.
::berikut adalah pendapat dan pandangan penulis, jika ada tersilap tersalah boleh salurkan teguran dan nasihat di acabsmka@gmail.com. insyaAllah saya terima dengan hati yang terbuka
No comments:
Post a Comment