Mencari sesuatu?

Saturday, 16 June 2012

Peristiwa Agung Dalam Tahun Islam... "Isra' dan Mikraj"

...السلام عليكم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipanjangkan umur jua di beri peluang untuk sama-sama menyambut peristiwa besar didalam kalendar Islam iaitu peristiwa agung Isra' dan Mikraj yang disambut oleh umat Islam seluruhnya pada 27 Rejab bersamaan dengan 17 Julai 2012 tahun masihi, insyaAllah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh mereka
si pencinta agama Islam, kerna kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Isra' dan Mikraj adalah merupakan salah satu peristiwa penting yang telah berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w.




Sahabat saya yang dikasihi sekalian...

Dan bila kita bercakap tentang peristiwa Isra' dan Mikraj ini suda pastinya terbayang di benak fikiran kita tentang kisah perjalanan baginda Rasulullah s.a.w. bersama malaikat Jibril dan Mikail... Dan buat pengetahuan kalian perjalanan ini boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu :-

1) Pada fasa pertamanya Isra' yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin [perjalanan yang jauh iaitu selama 40 hari (dahulu)].

2) Pada fasa kedua pula ialah Mikraj merupakan perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan kekasih ALLAH ini telah ALLAH telah catatkan dalam kitab suci al-Quran al-Karim dalam surah al-Isra' ayat 1 yang bermaksud :



"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Apa yang menariknya disini perjalanan yang begitu jauh jaraknya disingkatkan terjadi dalam satu malam dengan kuasa ALLAH...subhanallah!!!

Bagi mereka yang tidak berIMAN, peristiwa ini adalah suatu yang mustahil kerana ia secara logiknya tak masuk dik akal..Tapi bagi kita ummat Islam yang berIMAN dengan ALLAH yang Maha Kuasa, tiada yang mustahil bagi ALLAH...betulkan??

Setelah peristiwa ini diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada ummatnya ejekan yang diterima baginda dari pihak kafir semakin bertambah, dan fitnah pula semakin menjadi-jadi dilemparkan terhadap baginda...(kawan2 kalau kita lah di tempat baginda, bagaimana ya?? maha suci ALLAH hebatnya kekasih-Mu ya Robb).Manakala bagi mereka yang bersama perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islam tetap meyakini tentang apa yang disampaikan oleh baginda tersebut..malah Sayyidina Abu Bakar turut bereaksi dengan tegas beliau berkata :-

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya".
(lihatlah tebalnya keIMANan di jiwa para sahabat Nabi sehinggakan beliau (Abu Bakar) digelarkan sebagai as-Siddiq iaitu bermaksud pembenar..

Kesimpulan...(idea asal :- http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf)

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid alHaram hingga ke hari ini.


Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang


muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam.

#semoga ALLAH meRahmati kita semua#

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan