Mencari sesuatu?

Sunday, 5 August 2012

Edisi Ramadan: La Tahzan Wanita :)


Assalamualaikum, Salam buat semua.. 
Ramadan Kareem.. Allahu Akram ^_^ 
Hari ni puasa tak..??

 Hari ni, saya akan kongsikan sesuatu dengan entaorang. 
(entaorang=korang in islamic version..hehe..boleh??)

InsyaAllah hari ni nak kongsi tentang Ramadan dan Wanita pengkhususannya tentang..



La Tahzan COOMING MOON.
Bismillahirrahmanirrahim...
Para pembaca yang disayangi Allah dan dan dikasihi Nabi. Entaorang tahu tak, ketika peristiwa haji widak Rasulullah mendapati Aishah sedang menangis. Aishah sedang buat apa kawan-kawan? ahahaa.. Sedang menangis. Aishah was crying. Rasulullah pun bertanya kepada Aishah, "Adakah kamu sedang haid?" Aishah menjawab, "Ya." Kemudian Rasulullah menerangkan,
إن هذا أمر كتبه الله على بنات ﺁدم 
"Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita." 
(Direkodkan oleh Bukhari)
Hohohooo.. Pandai Rasulullah pujuk Aishah.. ^_^ ngeee..

Hadis ini menunjukkan bahawa sesungguhnya, haid adalah ketentuan Allah ang berlaku kepada semua wanita. Haid adalah hadas yang menyebabkan gugurnya beberapa kewajipan ibadah khusus terhadap wanita.

Berdasarkan hadis lain yang direkodkan Bukhari yang bermaksud; " Bukankah sekiranya perempuan itu haid, dia tidak mengerjakan solat dan tidak berpuasa." Secara umumnya kita ketahui wanita haid diharamkan melakukan ibadah puasa. Sama ada puasa wajib mahupun puasa sunat.

  • Oleh itu, para wanita wajib menggantikan puasa wajib yang ditinggalkan ketika haid
  • Manakala sekiranya puasanya sunat, dia tidak perlu menggantikannya.

Para pembaca yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi,
Entaorang tahu tak, sekiranya wanita tersebut datang haid ketika sedang berpuasa, puasanya adalah BATAL. Walaupun berlaku (datang haid) beberapa minit menjelang maghrib. Ini bermaknanya, puasa pada hari tersebut batal dan perlu diganti. 


Kadang-kadang tu, meroyan pun ada la kot.. hahaa~ Terutamanya bagi mereka yang uzur beberapa minit sebelum waktu berbuka.

Sedikit info untuk entaorang:
1) Sekiranya pada waktu terbit fajar, wanita itu masih haid dia tidak wajib berpuasa. Sekiranya dia berpuasa puasanya tidak sah.
2) NAMUN, sekiranya dia sudah suci sebelum fajar, puasanya sah meskipun dia baru mandi (mandi wajib) selepas terbit fajar.
Ini bermakna, wanita kena alert, bila dia datang haid dan bila dia suci dari haid. Kalau tak, hari yang sepatutnya dia dah diwajibkan berpuasa kerana sudah suci dari sebarang keuzuran dia tak puasa. 
P/S: Jadi buat para abang, ayah, suami, pak mentua, anda juga kena mengambil perhatian tentang perkara ini. Anak, isteri, kakak dan adik perempuan, dan menantu anda, adalah juga tanggungjawab anda. Jika mereka tidak tahu, maka tahukan mereka.



TIPS Ibadah Wanita 'Uzur' pada Bulan Ramadan

1)  MENIATKAN KEBIASAAN SBG IBADAH 
  • NIAT YANG IKHLAS. Berniatlah setiap perbuatan adalah kerana Allah. Iaitu  ingin mendekatkan diri denganNya, ingin mendapat rahmat dan keampunanNya serta meningkatkan iman dan cinta kepadaNya.



        
2) Banyakkan berdoa, memohon keampunan dan beristighfar.
  • wanita yang sedang haid tetap perlu bangun pada waktu sahur atau beberapa minit sebelum masuk waktu subuh. Ini kerana waktu sahur adalah waktu paling tepat bagi memohon keampunan Allah sebagaimana dalam ayat-Nya,

"iaitu orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, ampuni segala dosa kami dan pelihara kami daripada seksa neraka.' Iaitu orang yang sabar, benar, tetap taat, menafkankan harta (di jalan Allah), dan yang memohon keampunan pada waktu sahur"   

3) BERZIKIR DAN BERSELAWAT DARI SEMASA KE SEMASA 
  • Memperuntukkan waktu berzikir secara khusus pada setiap kali waktu solat fardhu. Berzikir selama tempoh kebiasaan menunaikan solat fardhu.
  • Membaca al-matsurat pagi dan petang.
  • Menjawab azan bagi setiap solat berdoa selepas azan.





4)  DEKAT DENGAN AL-QURAN.
Bagi mereka yang tidak dapat membaca al-Quran, maka bolehlah:
Mendengar bacaan al-Quran 
(di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.)
Menelaah Tafsir dan mentadabbur isi-isi al-Quran




5)  sangat digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah.



6) MENDORONG AHLI KELUARGA BERAMAL IBADAHwanita yang ma'zurah boleh turut membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan.Antaranya;
i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.

ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.

iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.

iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.


Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]


7) Berbakti dan taat kepada kedua orang tua, berkhidmat kepada suami (bagi muslimat yang sudah berkahwin). 
  • Meringankan beban mereka dengan membantu dan memudahkan urusan mereka, 
  • Mengembirakan hati mereka.

8) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.
  • banyakkan membaca bacaan yang ilmiah serta elakkan membaca majalah gosip, hiburan. 
  • Menjaga pandangan daripada melihat gambar aurat wanita lain untuk menjaga pandangan hati.   

9) Mempersiapkan makanan berbuka.


“Sabda baginda SAW: “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”.
(Hadis riwayat al-Baihaqi & Ibnu Khuzaimah)”



10) Jaga hati, Jaga iman, akhlak, tutur kata dan aurat. 
  • Elakkan daripada berbicara yang buruk apatah lagi mengumpat, bergosip, membuka dan mencari orang lain. 
  • Sentiasa memastikan bicara yang baik-baik atau berdiam diri.
  • Memakai pakaian yang menutup aurat. 



InsyaAllah, kedatangan haid bukanlah bermakna peluang untuk kita beribadah dan mengumpul pahala akan berkurang. Maka, janganlah menjadikan 'keuzuran' itu sebagai penghalang untuk kita sebagai muslimat untuk melakukan kebaikan.

Akhir kata, La Tahzan buat mawar mujahidah sekalian. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, pada setiap ketetapan itu terdapat banyak hikmahnya.
Ayuh! Berbahagialah menyambut dan meniti Ramadan yang semakin hari semakin singkat tempoh keberadaan kita bersamanya, fastabiq al-khairat! insyaAllah.

Sekian, 
Semoga bermanfaat. 
Semoga Allah reda.
Kullu am wa antum bikhair.
Barakallahufikh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan