Mencari sesuatu?

Wednesday, 8 August 2012

...penCARIan kini bermula...

...السلام عليكم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah, mari lah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi keSYUKURan kita kepada ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah jua kurnia-Nya kita masih lagi dipinjamkan nikmat kehidupan untuk sama-sama kita menjalankan ibadah PUASA di bulan RAMADHAN yang MULIA ini sehinggalah kini telah hampir ke fasa ke-3 (10hari yg terakhir).. BerSYUKUR
juga kita kepada-Nya kerana tanpa nikmat IMAN yang kita miliki kini sudah pasti kita tidak mampu untuk menjalankan ibadah ini dengan penuh keTAQWAan kepada-Nya seperti mana yang telah dilakukan oleh umat-umat Nabi Muhammad s.a.w yang terdahulu... AllahuRobbi!!



InsyaAllah 'entry' saya kali ini akan saya kongsi bersama sahabat sekalian berkenaan dengan malam al-Qadr (org-org kmpg kita kata mlm lailatul Qadr ^_^).
Tahukah kalian apa itu malam al-Qadr???
Allah berfirman dalam surah al-Qadr ayat 1-5 yang bermaksud :-

...بسم الله الرحمن الرحيم

1)Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3)Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4)Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5)Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Telah diterangkan ALLAH dalam surah ini bahawa malam ini merupakan malam yang padanya ALLAH jadi malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Jadi bila pulak malam ni muncul??

Menurut pandangan yang paling kuat dalam kalangan para ulama', ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa amalan Nabi s.a.w kita buat pada malam ni??

Pada Malam ini Nabi S.A.W bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi S.A.W, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain"
( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi S.A.W beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Bagaimana pula wanita yang uzur syar'ie, apakah mereka akan terlepas...??(datang haid dan sebagainya)

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

#saya sertakan bersama secangkir doa untuk sama-sama kita amalkan... semoga dipermudahkan Tuhan!!insyaALLAH.


#Bismillah...#
"Allahuma solli a'la Saidina Muhammad..Allahumma, dengan rasa rendah hati kami bermohon kepada Mu agar dipermudahkan urusan-urusan kami, semoga kami dipertemukan dengan malam yang dijanjikan kebaikan nya lebih baik dari seribu bulan ini. Ya ALLAH Engkau dengarkanlan doa-dao kami agar kami tergolong dalam kalangan hamba-hambaMu yang soleh juga solehah.."
amiin..


p:s/ semoga sedikit perKONGSIan saya pada entry kali ni bisa membantu dan memberi sedikit sebanyak maklumat kepada kita tentang malam yang padanya tersingkap pelbagai kelebihan yang ALLAH janjikan. Tidak lupa tidak malam yang menjadi impian setiap Mukmin untuk bertemu dengannya... Semoga kita juga terPILIH untuk bertemu dengan MALAM yang dijanjikan ALLAH lebih baik daripada SERIBU BULAN ini..insyaAllah.. =)

maaf atas segala kekhilafan yg saya telah lakukan..
ma'a salamah, ila liqo'..insyaAllah ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan