Bismillah
dengan nama Allah aku bermula, moga tidak terpepengaruh penulisanku ini dengan emosi, kecuali Zuq roh pejuangan islam. Moga penulisan aku tidak mengecilkan hati sesiapa. Sempena Kemerdekaan Malaysia ke 55, Kutitipkan apa yang ada dalam ragaku.
Tahun ini dilihat tahun yang agak mengemparkan, diluar negara, pembunuhan melibatkan akidah berlaku, pergolakan politik dek kebangkitan rakyat yang mahukan kepimpinan yang sebenar. kuatan yang entah dari mana tiba-tiba muncul menggegarkan ceruk-ceruk kota negara-negara islam.
Dinegara sendiri juga seakan-akan
bakal berlaku sebegini. Akibat dari beberapa korupsi yang tidak dapat dimaafkan, maka sebahagian pihak bangkit menyuarakan kebenaran, namun dek semangat pejuang bangsa melayu yang cepat membuak-buat sehingga lupa semangatnya itu tidak boleh dicampurkan dengan amarah, lantas perbalahan atas perkara yang kecil berlaku, walhal sudah jelas ada solusi untuknya.
bakal berlaku sebegini. Akibat dari beberapa korupsi yang tidak dapat dimaafkan, maka sebahagian pihak bangkit menyuarakan kebenaran, namun dek semangat pejuang bangsa melayu yang cepat membuak-buat sehingga lupa semangatnya itu tidak boleh dicampurkan dengan amarah, lantas perbalahan atas perkara yang kecil berlaku, walhal sudah jelas ada solusi untuknya.
Walaupun dilihat sebelah pihak dituduh benar, sebelah pihak dituduh mungkar, namun apa yang dilihat, kedua-duanya masih ada korupsinya. dan solusi untuk korupsi ini ada pada pihak yang satu lagi. Contohnya, satu pihak tidak kuat bahagian keagamaan, namun tidak bagi pihak yang satu lagi. Satu pihak ini mahir dalam urusan pentadbiran, tidak pula pada satu pihak yang lain.
Seperti kepingan kepingan puzzle, satu gambaran tidak akan kelihatan hanya dengan melihat satu kepingan sahaja, Jika satu kepingan menerima kepingan kepingan yang lain, untuk bersama di kelilingnya, maka semakin lama semakin terbentuk sebuah gambaran yang indah. Namun jika enggan bersatu dengan kepingan yang lainnya, maka diamlah kepingan itu, satu, kosong tidak membawa makna apa-apa. namun perlu diingat, kepingan yang kamu ingin gabungkan itu perlulah betul, tepat dan serasi dengan bentuk yang ditetapkan. barulah terjadi satu bentuk yang sempurna, sepertimana gambaran asal yang dijadikan panduan tersebut.
Mungkin ramai lagi yang masih belum boleh terima konsep puzzle ini, namun ingatlah ayat Allah yang berbunyi,
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syi’ar-syi’ar (batas-batas) Allah, dan jangan pada bulan-bulan haram, jangan pada binatang korban, jangan pada binatang-binatang yang ditandakan lehernya (untuk korban), jangan pada orang yang berkunjung ke Baytu’l-Haram (Baytu’llah), yang mengharapkan kurnia dan keredaan Rab (Tuhan) mereka. Dan apabila kamu sudah ‘tahalul’ (selesai mengerjakan ibadah haji), maka bolehlah kamu berburu. Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum lantaran mereka pernah menghalang kamu daripada Masjidi’l-Haram menyebabkan kamu melampaui batas. Dan bertolong-tolonganlah kamu pada kebaikan dan takwa dan jangan pada (perkara) dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat keras azab-Nya (azab Allah)" (Al Maidah, ayat 2)Bagi saya senang, selagi mana seorang individu itu tidak melakukan perkara yang melanggar syariat islam, maka dia adalah pemimpin yang patut ditaati, sebaliknya untuk yang melanggar. Namun itu tidak beerti kita menjatuhkannya tanpa ada apa-apa langkah pembaikan. Lihat sahajalah nabi dalam peperangan, berjuang demi menegakkan islam, namun tawanan perang tidak pula dibunuh. Namun diajak untuk bersama naikkan islam. Subhanallah.
Namun, Apa yang ku harapkan, gelombang yang berlaku di Malaysia ini dapat menemui solusi yang terbaik, saya anak muda yang inginkan perubahan kearah kebaikan. Satu kebanggaan ketika islam diaggap ganjil di dunia ini, Malaysia antara negara yang mendokongnya.
Dibawah ini saya titipkan doa wahdah, doa yang memberikan kekuatan pada si pembaca, dan melemahkan musuh bila mendengarnya. InsyaAllah, hanya untuk yang ikhlas berjuang.
لا إله إلاّ الله
Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون
Tuhan yang Maha Esa dan kami berserah kepadaNya
لا إله إلاّ الله
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
و لا نعبد إلاّ إيّاه
kami tidak menyerah selain kepadaNya
مخلصين له الدين
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
و لو كره المشركون
walaupun dibenci oleh org musyrik
لا إله إلاّ الله
Tiada Tuhan selain Allah
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami yang terdahulu
لا إله إلاّ الله
Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
وحده وحده وحده
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
أنجز وعده
Dia telah menunaikan janjiNya
ونصر عبده
Dia telah memenangkan hambaNya
وأعزّ جنده
Dia telah memuliakan tenteraNya
وهزم الأحزاب وحده
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan
فله المُلكُ و لهُ الحمد
Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
يحيي و يميت
Dia yang menghidupkan dan mematikan
و يميت و يحيي
Dia yang mematikan dan menghidupkan
و هو حيٌّ لا يموت
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
بيده الخير
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
و هو على كلّ شيءٍ قدير
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
الله أكـــبر
Allah Maha Besar
Teringat Zikir wahdah yang kami alunkan di SMKA Kerian, walau versi sekolah kami lebih kepada alunan nasyid, Namun semangan sang perjuang itu tetap terasa. RINDU SMKA KERIAN.
p/s: maaf jika ada penulisan saya ini menimbulkan kemarahan anda sahabat pembaca yng Allah rahmati. Apa yng say titipkan adalah ada yang saya rasakn, jika ada kesilapan mohon pencerahan.
p/s: maaf jika ada penulisan saya ini menimbulkan kemarahan anda sahabat pembaca yng Allah rahmati. Apa yng say titipkan adalah ada yang saya rasakn, jika ada kesilapan mohon pencerahan.
Rindu zikir wahdah dekat smka kerian.
ReplyDeleteTadi lepas asar sempat buat dgn sahabat baru tadi. 6orang masa solat asar. ditemukan selepas solat. masa bersalaman. T_T
la..budak smka kerian jugak..saya pun
ReplyDeleteRindu nak alun zikir ni semula. Teringat lagi, dulu sebelum alunkan, mesti abang and kakak badar akan suruh pegang tangan dan betulkan saf. Rasa bergegar surau SMKA kerian masa semua orang alunkan. Ketika itu, Israel tengah bom Palestin. Kite ni nak menangis pun ade, tapi instead of menangis ktie rasa lebih kuat dan berharap doa2 kita sampai pada orang sana..
ReplyDeleteBila dah kerja ni, try cari balik zikir wahdah kat youtube, tapi version lagu yang mcm SMKA tu takde. Hanya boleh alun sorang2 aje. Hope one day dapatlah dengar lagi. Thanks Admin sbb share. Saya copy ye