Mencari sesuatu?

Wednesday, 26 September 2012

Kuatlah pemimpinku

Kami titipkan tulisan ini untuk seorang pemimpin yang kami sanjung
moga dia cepat sembuh dan dipermudahkan ujian yang ditimpa keatasnya.
tabahlah wahai pemimpin, mungkin Allah mahu uji keimanan dirimu, atau mahu menguji kami tentang berita akan kamu.

Dia pemimpin,
namun senyuman tak pernah sumbing
dalam ketegasannya mengatur arahan
terselit hiburan memberi pengajaran

Dia pemimpin
walau katanya seakan senda
namun rakyatnya melajar sentiasa
tahu untuk buat apa
dia tempat bertanya dia tempat rujuk segala

Dia pemimpin
dalam saf solat tak pernah berjauhan
dalam hati rakyatnya didekatkan
dia serlahkan akhlak dan budi
bukan untuk meminta simpati
namun itu kehendak ilahi

Tapi hari ini musibah mengenanya
kejahatan menikam jasadnya
mungkin darah tak tertahan
mana mungkin dia ada permusuhan
hanya kerana mahukan wangnya
ditusuk jasad berjasa itu

Namun ketahuilah wahai pemimpin
kau sudah ajar kami apa itu erti sayang
erti cinta sesama saudara
erti ikhlas dalam berjasa.
ketika kau ditimpa musibah
tidak sampai sesaat berita menjengah
bertanya khabar melimpah-limpah
doa selamat mencurah-curah

Semua mengharap kau selamat wahai pemimpin
kerana kami rindu akan senyummu
kami rindu akan tawamu
kami rindu akan canda mu
kami rindu akan didikanmu
hingga titipan ini ku ukir
kau terlantar di atas katil
berjuang atas perjuangan
dengan doa kami moga datang kesembuhan
INGAAATT..jasamu itu tak terbalas dengan doa kami
Kuatlah, kami di sini menanti
kami mahu senyummu lagi.

Hari ini kubelajar sesuatu
pemimpin yang baik tak perlu ribuan rakyat
cukup bila tangisan kepadamu mencurah
cukup bila doa kepadamu melimpah
itulah tanda kepimpinanmu berjaya

Semoga cepat sembuh
wahai pemimpin berjasa

260920121249am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan