Mencari sesuatu?

Monday, 3 September 2012

Bila Imam Menyanyi...

Assalamualaikum
Alhamdulillah...Sebulan tarbiah ramadan berjaya kita lalui, sekarang masa mengerat silaturrahim di bulan syawal. Kita sambut hari kemerdekaan sebagai simbolik pembebasan dari penjajahan bersenjata. Dan ketahuilah, dahulunya, para alim ulama, mereka-mereka yang bertaraf imam yang bersusah payah bergadai nyawa bagi memastikan pembebasan tanah air dari serangan penjajah.Namun kini

Tok Imam Menyanyi?? biar betik!!!
hahaha..Sebelum kita berbincang mengenai ini, Mari dengarkan dulu lagu terbaru daripada IM musim ke tiga



kalian tahu kan rancangan realiti TV berunsur keislaman, mencapai rating tertinggi sejak dari musim pertama lagi hinggakan berjaya menarik minat peserta dari Indonesia, Singapura, dan juga Brunei. Tapi ada mulut-mulut yang berkata...

"rancangan mencari publisiti"
"Imam pon nak fofular..nak masuk TV"
"Tak ada bezanya dengan program realiti TV yang lain"

saya pon tak pasti kenapa ada yang berkata macam tu, Mungkin sebab selepas tamat program, kini mereka sudah bergelar pesonaliti TV, Menjadi pengacara, Menjadi Moderator, Menjadi DJ mungkin dan menjadi artis rakaman.

Persoalan saya, Apa yang mereka dah buat sampai ada yang tak suka? Adakah mereka mendedahkan aurat ketika di TV? adakah mereka menyatakan sesuatu yang mungkar di hadapan TV? adakah pergaulan bebas terjadi di kalangan mereka? sehingga menimbulkan kemarahan?

Persoalan tambahan dari saya, SALAHKAH ada seorang PERSONALITI yang mempunyai ILMU AGAMA yang BAIK, memounyai SAHSIAH yang BAIK, Setiap apa yang diTUTURkan berdasarkan ILMU, Kalam yang keluar adalah yang MAKRUF. Dan Seorang PENGHIBUR yang menghiburkan kita mengikut lunas Islam yang dibenarkan.




Diatas ni adalah sebahagian daripada CD Bacaan Alquran, Zikir dan juga NAsyid yang telah di keluarkan? ada lagi tapi cari sendiri la yee... dengan kelebihan suara yang mereka ada, mereka Alunkan Zikir,Ayat Alquran dan juga Lagu-lagu dakwah, Di Alunkan dengan Ilmu ilmu mereka. Gambar bawah ni pula sebahagian dari rancangan TV yang dikendalikan mereka

Rancangan Skuad Imam Muda

Soal Asyraf
Akademi Alquran Musim ke 5
Jika dahulu imam berhempas pulas bergadai nyawa membebaskan tanah air dari penjajahan. Namun Kini tugas imam adalah memerdekakan pemikiran kita yang dijajah pula. Jadi bagaimana mahu memerdekaan satu benda yang kita tak nampak, adakah perlu dibedah otak masing-maing, dibasuh segala darah-darah kotor yang mengalir dalam pemikiran manusia?

Persoalan ini telah pon dijawab di atas. Bagaimana pemikiran manusia dijajah, begitu jugalah pembebasan digerakkan. Manusia suka akan hiburan, apa yang mereka dengar dan lihat itulah yang mengalir dalam otak mereka. oleh itu, tugas 'imam' inilah menyucikan semula apa yang mereka lihat dan dengar supaya yang mengalir di otak mereka adalah darah yang kaya dengan zat-zat islam. InsyaAllah.

Semoga Landasan mereka tetap dalam dakwah, bukan populariti. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan