Mencari sesuatu?

Friday, 19 July 2013

LURUS dan RAPATkan SAF... [REPOST]


...السلام عليكم 


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Allahumma solli wa sallim a'la Sayyidina Muhammad s.a.w...


Masjid al-Nabawi Madinah -gambar hiasan-
Bismillah...


Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda,
“Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"(Pada waktu solat) setiap dari kami meRATAkan bahu dengan bahu saudaranya dan telapak kaki nya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya."

-riwayat Bukhari-

SOLAT itu tiang AGAMA...-gambar hiasan-
"Lurus dan rapatkan saf...". Sudah menjadi kebiasaan bagi imam-imam untuk memperingatkan setiap dari makmumnya agar melurus dan merapatkan saf mereka sebelum memulakan solat fardhu. Itu lah madah ringkas namun membawa banyak erti dalam kehidupan ummah yang biasa kedengaran dan seharusnya dilontarkan oleh seorang imam sebelum beliau mengangkat takbir...

InsyaAllah sahabat yang saya kasihi sekalian, entry saya untuk kali ni akan saya kongsikan serba sedikit berkenaan dengan SAF ketika kita solat secara berjemaah. Kalau dah dinamakan solat berjemaah dah tentulah solat beramai-ramai ye dak?? Jadinya kalau dah reramai gini kekemasan dan kesempurnaan dalam mendirikan saf juga perlu lah kita titik beratkan kerna "Allah itu CANTIK dan ALLAH juga sukakan keCANTIKan..". (saya nak kongsi ni tak bermakna saya sempurna taw..mudahan bermanfaat)
solat jemaah kekuatan UMMAT...-gambar hiasan-

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang telah saya petik di atas, Nabi sendiri telah menyarankan agar kita meLURUSkan dan meRAPATkan kedudukan kita ketika berada didalam saf.

Sabda Nabi s.a.w. :-

"Luruskan SAF kamu, kerana meluruskan SAF merupakan sebahagian daripada keSEMPURNAan solat."

-riwayat Muslim-

Jadi apa pula alasan kita untuk menolak apa yang telah disarankan oleh kekasih ALLAH Muhammad s.a.w. ini? Ada yang berkata, "eh, tak nak lah rapat-rapat, panas lah.." Adakah hanya dik kerana PANAS sekejap kerana ALLAH kita tak mampu? Tapi jika kita berjemur lama ditengah panas hanya untuk menonoton konsert bagai tidak pula kita kisah...#renung-renungkan... astaghfirullah...

Jadi macam mana pula yang dikatakan untuk mendapatkan saf yang sempurna tu??

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” 


(Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Seperti yang disebut didalam hadis nabi ini, bila saf yang dihadapan sekali sudah penuh, baru lah kita dibenarkan untuk membuka saf yang kedua dan begitulah yang seterusnya. Begitulah yang telah dianjurkan oleh nabi Muhammad kepada kita ummat-ummat yang amat dikasihi baginda...


Contoh saf yang masih belum sempurna...



Jika dilihat didalam gambar disebelah ini, masih terdapat banyak ruang-ruang kosong yang boleh dipenuhkan oleh makmum-makmum yang lain...
Inilah kedudukan makmum yang sebenar didalam saf...










Bagaimana pula kita lihat kedudukan makmum didalam gambar disebelah ini?? Bukankah ia kelihatan lebih teratur dan cantik?? Dan beginilah sebenarnya yang telah dianjurkan oleh nabi kita...
(semoga kita bisa memperbaiki...)




Jadinya, bila semua dah baca apa yang saya kongsikan serba sedikit ni, saya harap entry ni dapat lah sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kalian untuk memperbaiki jemaah kita dari hari ke hari.. insyaAllah. =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Selawat serta salam kepada kekasih-Mu Muhammad s.a.w. Kami bermohon kepadaMu dengan penuh rasa hina diri ya ALLAH, Kau permudahkan lah segala urusan kami di dunia dan di akhirat kelak. Serta Engkau berkati lah kami dan ilmu-ilmu kami agar ianya menjadi manfaat buat kami dan orang lain. Ya Rahman, Kau terima lah segala amal yang kami telah lakukan selama ini, usahlah Engkau golongkan kami dalam kalangan mereka yang lalai dan jauh dari Mu...Ya Kareem, kami menadah tangan kepada-Mu dengan penuh kehambaan memohon agar Engkau sentiasa ada bersama kami di ketika kami senang jua susah. 
Amiinn ya Robb.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kerna dengan izin dari Nya saya sekali lagi diberi kesempatan untuk menyempurnakan entry ini buat tatapan dan dikongsikan bersama kalian. Di harapkan ianya dapat lah sedikit sebanyak membantu kita untuk memperbaiki diri sebagai seorang Islam dari hari ke hari. InsyaAllah ^_^ (dah lama tak berceloteh kat sini.. harap takde yang boring lah ya dengan perkongsian saya ni..)

p/s : sebelum tu rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan SALAM Ramadhan al-Mubarak buat sahabat-sahabat di NurRahman ni... Semoga kita manfaatkan bulan yang mulia dan penuh rahmat ini dengan sebaiknya.(Alhamdulillah, hari ni sudah hari yang ke-10. Dan semakin hampir kepada pengakhiran fasa yang pertama. Moga bertambah TAQWA didalam setiap diri kita, insyaAllah). Dan sebenarnya entry ini entry lama dan saya edit sikit-sikit supaya tak nampak pelik sangat. Harap dimaafkan atas segala KHILAF yang telah saya lakukan samada secara sedar ataupun tidak..Kerna saya juga insan hina yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.. =) Segala komen dari kalian amatlah saya alu-alukan untuk memperbaiki penulisan saya yang akan datang.  Ma'a salamah, ila liqo'.. InysaAllah ;)

::hassan al-a'fifi::

5 comments:

  1. Lurus dan rapatkan saff..
    *rindunya saff jemaah dekat SMKA Kerian tercinta.. uhuk3..huuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz jamnul antara imam yang paling panjang peringatan dia mengenai saf sebelum mula angkat takbir...
      rindu2 tarbiah di sana

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. betul tu...suka tarbiah di smkakerian...imam dikalangan anak2 kerian terbaik bersulamkan tazkirah..moga terus kekal sampai bila2..mlm ni KB sendiri yg bagi ceramah pasal lailatul qadar..mantop!

    ReplyDelete
  4. kalo prmpuan pun kddukan cmni jugak ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan