Mencari sesuatu?

Saturday, 3 August 2013

Praktikal oh praktikal

Alhamdulillah,subhanallah,tabarakallah.......
sesungguhnya semua yang terjadi adalah diatas kehendak dan pengetahuanMu.Tidak ada satu pun yang terlepas daripada pandangan Mu. Maha suci Allah yang menciptakan mahkluk, yang menguasai langit dan bumi. Guru........Dulu aku pelajar kini sudah mula praktikal untuk menjadi seorang guru. Coretan kali ini berkenaan dengan pengalaman ku menjadi guru praktikal di SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Port Klang.

Allahurabbi....hari pertama ku
jejakan kaki ke dalam kelas 2M. 2M ni kelas last dan majoritinya adalah pelajar lelaki. 4 orang sahaja pelajar perempuan. Suara aku rasa dah kuat tapi masih lagi tak mampu untuk melawan suara mereka. Kelas last ni memang datang sekolah sekadar menghadirkan diri saja. Nak Belajar?? Untungla kalau nak belajar. Marah??? aku susah nak marah sampai la aku dapat surat daripada pelajar suruh aku marah.

MARAH???
Arghhh....Benda yang paling aku tak suka sama ada aku yang marah atau aku dimarahi. Tambah pula pelajar kelas last macam ni buang current je marah. Diorang tak peduli pun. Kalau setakat rotan pun diorang dah kebal ini kan pula marah. Dah sebati dengan jiwa dan raga mereka. Jadi, aku tak marah. Minggu ke-2 aku dah mula mengajar. Owh ya...lupe plak. Kelas ni aku ajar sejarah. 1 Minggu aku akan masuk kelas 2M 3 kali. Kali pertama aku masuk,buku teks tak bawa, buku nota tak bawa, buku latihan pun tak bawa. MEMBACA?? Macam suruh pelajar sekolah rendah baca. Pertama kali aku maafkan. Esok aku pesan lagi. Still sama. So, hari seterusnya aku pergi sorang-sorang aku pesan sambil sebut nama. Alhamdulillah. Ada yang bawa walaupun minoriti yang bawa. Kira ok la. Mood dah down. Aku tak marah...."tak tahu la nak kate ape lagi. Bagi yang bawa salin ape yang ckgu tulis.".....Yang bestnya,diorang bising kat belakang. Ape lagi...menyinga la aku.

Minggu berikutnya aku cuba untuk rapat dengan diorang. NAH!!!! Semua yang aku tanya 'family problem'. Ini sekadar nasihat cikgu, terpulang nak terima ke tak " Sebagai orang Islam, yang yakin dengan percaya dengan kewujudan Allah. Baliklah keapada Allah. Allah yang bagi masalah pada kita, Allah juga akan berikan jalan untuk menyelesaikan masalah. Kamu patut rasa beruntung sebab boleh datang ke sekolah. Saudara seIslam kita dinegara yang sedang berperang sekarang tak boleh pergi sekolah pun. Kamu mampu mengubah diri kamu untuk menjadi yang lebih baik. Allah sayangkan kamu. Kita tak dapat lari daripada masalah". Sekejap je, lepas tu diorang bising semula. Setiap kali masuk 1 waktu je. 3 waktu seminggu. Jadi memang susah jugak sebab 30 min nak mengajar, dengan keadaan pelajar lagi. tersangat mencabar. Masuk hari-hari seterusnya, aku cuba cari minat diorang, kemahuan diorang. Kalau setakat nak mengajar tak ada masalah. Suruh salin je. Sebab diorang tak mampun untuk buat nota sendiri pun. Baca pun tak faham ape yang diorang baca.

Pernah satu hari, marker pen terbang. Waktu tu aku tengah terangkan tapi diorang cakap. Tanya tak boleh jawab. Bukan sekali dua. Itu kali yang ke berape dah. Lembut tak nak. Sekarang aku guna kekerasan. Memang kene. Bekas pemain bola jaring kate kan. Risau sebenarnya, takut dia mengadu. Tak pasal-pasal aku yang baru praktikal ni dan tak di observe pun lagi ni, mak ayah datang jumpa. Jumpa boleh tahan, report polis ke...Nanya kat cheq ni. Kalau kesannya pada aku sorang tak ada masalah. Aku takut kesannya tu tempias ke kawan-kawan yang sedang praktikal juga. Dan yang paling menakutkan adalah kesan kepada UPSI. Aku tak apa. Cita-cita ada banyak. Salah satunya suri rumah berpendidikan. Hehehehe........

Alhamdulillah....diorang tak ambik kisah pun. Mungkin sebab diorang ni jenis brutal. Yang duduk kerusi 2 kaki pula aku tolak kerusi. Dah berbuih pesan bahaya duduk macam tu. "Ganas nya cikgu"...Kalau tak kerana aku ambik berat pasal diorang ni, aku tak kan buat macam tu. Sekarang ni, aku cuma bagi point penting ja. Lepas tu aku suruh sebut ramai-ramai. Tak cukup sekadar tu, aku panggil lagi beberapa orang untuk nyatakan balik. Ini bukan prinsip sejarah. Tapi aku terpaksa. Aku cuba untuk menampakan sejarah tu senang. Aku cuba untuk menarik minat diorang untuk belajar. Itu ja. Aku runsing sebenarnya. Sebab kalau kat sekolah kita ajar macam lain, kat rumah macam lain. Sudah tentu ajaran yang dirumah akan dibawa ke sekolah. Ya Allah...apa la yang aku boleh buat untuk diorang ni.

Sedih sebenarnya...sebab exam PISA baru-baru ni, kertas exam diorang  kosong. Tak berjawab. Diorang tak tahu. Bukan saja tak tahu, soalan pun diorang tak faham. Aku nak tolong pun tak boleh sebab waktu aku masuk kelas, masa hanya ada 10 minit. Allah.....Apa la yang cikgu boleh bantu kamu??
Sedih.......inilah wajah-wajah yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

InsyaAllah,,,dengan izin Allah aku akan berusaha walaupun masa yang aku ada tak sampai 3 bulan pun lagi. Ini belum lagi kelas tingkatan 1 S yang juga kelas last. Aku buat sesi muhasabah diri terus dalam makmal sampai ada yang menangis.

Mood : Kalau la macam berterusan, alamatnya tak habis la silibus aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan