Mencari sesuatu?

Wednesday, 14 November 2012

Bukan sekadar sambutan Tahun Baru~~


...السلام عليكم 

Bismillah... (Dengan Nama ALLAH...)

Allahumma Solli A'la Siayyidina Muhammad. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Allahumma solli wa sallim a'la Sayyidina Muhammad s.a.w...


 Nabi saw berhijrah naik unta ja, takde kreta..(gambar hiasan)
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk saya mencoretkan kata-kata untuk entry kali ini buat perkongsian kita bersama... Pertama sekali izinkan saya memohon maaf sebab lama dah menyepi tak update 'entry' untuk kita sama-sama kongsi. Sebenarnya bukan sengaja tak mau update, tapi atas beberapa sebab tertentu yang menghalang untuk saya ber'dating' ngan kalian di sini.. (salah satu sebab, wifi tak sampai kat hostel saya.. =.=") maaf3..


Jadi insyaAllah dengan cuti yang berbaki kali ni, (tengah bercuti di kampung halaman ^_^) saya akan cuba kongsi sedikit sebanyak ilmu dengan kalian, dan yang paling penting insyaAllah berMANFAAT..amiin ya Robb!! ^_^
-gambar hiasan-

Rata-rata masyarakat kita menggelarkan sambutan tahun baru Takwim Islam ini dengan
sambutan 'Maal Hijrah'.. (betul kan?? atau ada yang panggil lain?? ) Persoalannya, berapa ramai yang tau apa itu maksud 'Maal Hijrah' ?? 'Maal Hijrah' merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. 'Maal' bermaksud 'bersama' dan secara mudah nya ia boleh dikatakan bermaksud 'bersama berHijrah'...

Secara umumnya, Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang amat penting dan bersejarah bagi seluruh ummat Islam di seluruh dunia. Bagi ummat Islam, ia bukan hanya sekadar sambutan tahun baru, malah terdapat kisah dan sejarah disebalik hari tersebut. Pada tahun 622 Masihi, kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w telah diwahyukan Allah untuk berhijrah dari kota Makkah ke kota Madinah. Setelah berlakunya penghijrahan tersebut, maka di situ lah bermula perkiraan tarikh dalam bulan Islam yakni 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.

guna header blog ja..jimat!! eheh ;)

Bagi negara Malaysia, Awal Muharam atau Maal Hijrah diisytiharkan sebagai hari cuti umum dan ia merupakan hari keAgamaan bagi ummat Islam di Malaysia.

Jadinya apa pula ertinya Maal Hijrah bagi kita sebagai seorang ummat Islam?? Apa ia hanya sekadar sambutan tahun baru tanpa sedikit pun penghayatan dari kita sebagai seorang yang beragama Islam. Ironinya, sambutan Maal Hijrah ini mengajak kita agar berubah, berhijrah dari satu keadaan yang BURUK kepada keadaan yang BAIK, dari keadaan yang BAIK, kepada yang LEBIH BAIK, dan secara mudahnya ia mengajak kita agar melakukan pengHIJRAHan kearah keBAIKan atau lebih positif bukan pula perubahan kepada keBURUKan atau negatif.

Dari perspektif seorang pelajar, sempena dengan kehadiran tahun baru Takwim Islam ini, amatlah perlu untuk kita berazam agar menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya, jua tidak ketinggalan dalam sahsiahnya... Sebagai seorang Muslim, kita diajar supaya sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari agar tidak terus mengulangi kesilapan yang sama, walau secara umumnya kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

-gambar hiasan-
Manakala seorang ibu/bapa atau pemimpin, kita juga perlu untuk berazam agar menjadi contoh yang terbaik buat mereka yang kita pimpin/anak-anak.

Tanamkanlah dalam diri sentiasa bahawa kita ini adalah seorang hamba musafir. Seorang musafir dia tak pernah berasa selesa. Di mana, bagaimana pun dia berada, dia akan sentiasa berusaha membangun dan mencemerlangkan dirinya.



Di sini saya sertakan bersama doa' Akhir Tahun dan doa' awal tahun :-

doa' akhir tahun
doa' awal tahun
                                         























maksud doa' akhir tahun :-

"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."

maksud doa' awal tahun :-

"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."
saya, Hassan al-A'fifi... ^_^ -gambar hiasan-

amiin~~~ ;)

Salam Maal Hijrah 1434H (15 Nov 2012) dari saya kepada seluruh keluarga NurRahman.... ^_^

p/s :- maaf atas segala salah kata dan perbuatan saya, ma'a salamah wa ila liqo'... insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan