Mencari sesuatu?

Wednesday, 14 November 2012

Kenapa Kau Berubah, Huh!?!

"Ni berkopiah berjubah bagai ni, nak pergi mana?"
"Nak pergi surau depan umah tu, nak ikut?"
" Huh, kau ok tak bro..demam ka?"
"Kenapa? aku ok ja la"
"Apa mimpi kau gi surau plak nih?.. dah la siap dressing ala imam muda musim ke tiga plak"
"Aik, salah ka kalau aku nak berubah?"
......



Assalamualaikum,
Ok saya tahu drama kat atas tu tak gramatis tapi apa yang cuba di sampaikan adalah kisah sebuh penghijrahan dan kisah orang untuk menerima penghijrahan. Ya mungkin ada yang seronok dengan perubahan kita dan ada yang tak senang melihat kita berubah. itu bergantung kepada kearah mana kita berubah dan dimana lokasi kita berubah. Jeng jeng jeng...

Setiap kali sebut pasai hijrah, ramai yang menyebut perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ataupun ayat yang lain berubah dari sesuatu kesuatu yang lain tetapi dalam konteks dari buruk kepada yang baik, dan yang baik kepada lebih baik.

Tahun ini, yang paling ketara sekali kita dapat lihat penghijrahan artis la kan. walaupun mereka jumlahnya sikit sahaja tetapi disebabkan mereka kan artis, jadi lipitan sangatlah luas. dan yang paling lates sekali adalah kisah sepasa seorang pemenang anugerah disebuah majlis anugerah TV tempatan membuat ucapan mengenai kalimah agung la ilaha ilallah adalah anugerah yang paling berharga. ramai la yang mula berkata kata mengenai hal tersebut.

Isunya sekarang adalah kenapa ketika orang hendak berubah kepada lebih baik ada sahaja mulut longkang yang akan kata;

"Ala, sekejap ja tu"
"Baik ada makna lah tu, dulu jahat yang amat, tetiba ja"
"Hipokrik!!hipokrik!!"

lihatlah betapa longkangnya mulut mulut ornag yang sebegini, orang nak berubah jadi baik dia bantai doakan benda yang bukan bukan. Sepatutnya mereka memberi galakkan dan dorongan terhadap orang yang mahu berubah. Hatta kalau diri sendiri pon tak berapa nak elok, jangan menghalang perubahan orang lain. 
Dan orang-orang beriman laki-laki dan perempuan, satu sama lainnya saling membantu dan menolong…”. (At-taubah:71)
ketahuilah yang Allah amat tidak suka kalau kita menceritakan keburukan orang lain tambah tambah lagi kalau orang tu sudah bertaubat. Dalam Alquran Allah telah merakamkan
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain), kecuali oleh orang yang teraniaya. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nisaa’: 148)
Oleh itu jangan lah berburuk sangka atas satu perubahan orang lain. Ikhlas atau tidak perubahan yang dia lakukan itu, terserah antara dia dan Rab. Paling tidak pun dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya berbanding kita yang tidak berubah langsung. Tugas kita adalah mendoakan semoga perubahan yang terjadi adalah perubahan yang kekal dan istiqamah. Dan semoga kita terdorong sama untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik suatu masa kelak.

Ya Benar hidayah itu milik Allah, tetapi tak ada sesuatu yang datang secara sendirinya. Ingat dalam sebuah ayat, Allah menyatakan
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Jadi sesuatu penghijrahan adalah bergantung kepada diri kita sendiri, pokok tak akan bergoyang kalau tiada yang menggoncangkan. perut tak akan kenyang kalau tidak makan. hehe. Setiap satu perlukan usaha, dan setiap usaha perlukan pengorbanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan