Mencari sesuatu?

Wednesday, 6 February 2013

Bila diuji Hamba Mengeluh Sendiri...

...السلام عليكم 

Bismillah... (Dengan Nama ALLAH...)

Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw yang telah banyak berkorban demi memastikan delegasi ummat yang baginda kasihi sentiasa aman dalam iman yang mantap lagi jitu dalam menempuhi dugaan hidup di dunia yang pastinya memerlukan kekuatan rohani jua jasmani dalam mengharunginya. Allahumma Solli wa Sallim a'laa Sayyidina Muhammad...

gambar hiasan...
Salam ukhwah buat sahabat-sahabat NurRahman yang saya kasihi sekalian. Sebelum saya meneruskan kupasan bicara yang lebih lanjut, izinkan saya memohon jutaan kemaafan kerana saya (khususnya) terlalu lama menyepi tanpa berita (bajet macam diperlukan je kan kat sini.. >.<). Sebenarnya saya ada tugasan lain yang perlu diberi komitmen selain dari study. Jadinya kesempatan untuk saya selalu update entry untuk sahabat-sahabat saya disini adalah sangat terbatas. Justeru dengan rendah hati maafkan saya ya (sebab kurang komitmen disini..). InsyaAllah, dengan kesempatan cuti yang masih berbaki ni saya akan cuba kongsi sedikit senbanyak tentang apa yang saya rasa saya patut kongsi dengan kalian disini. InsyaAllahu Ta'ala.. Doa'kan. (sebenarnya saya baru balik bercuti ni dirumah, baru habis program diluar).
So, here sedikit coretan dari saya buat kalian untuk kali ini... (sebarang komen dari kalian amatlah saya hargai..)

Renungan Buat mereka yang Berfikir...

Bila diuji hamba mengeluh sendiri,
Tanpa berfikir mulut berkata dan mencaci,
Sedang ujian itu kurniaan Allah sebagai tanda peduli,
Kerna Dia sentiasa ada untuk Menyayangi,
Namun kita sebagai hamba terlalu cepat lupa diri...

Bila diuji hamba mengeluh sendiri,
Menyalahkan Tuhan kerna terlalu banyak ujian diberi,
Berputus asa seolah tiada  iman dan aqli,
Akibat sedikit ujian disanggah semua bergunung REZEKI,
Dikata Tuhan kejam tiada Mengasihi...

Bila diuji hamba mengeluh sendiri,
Walau ujian yang diberi tidak lah seberat tugas para Nabi,
Menyeru manusia agar menyembah Illahi,
Demi agama sanggup menyembelih anak sendiri,
Kerana Allah sanggup bergadai nyawa dan diri,
Tapi itu semua tidak pula menggugah iman teguh di hati...

Allah tak mungkin memberi ujian melebihi kemampuan insani,
Dia tak mungkin kejam apatah lagi menzalimi,
Andai hidup sentiasa diuji,
Bersyukurlah kerana itu tandanya dirimu dikasihi,
Itu petanda Allah sentiasa ada menyayangi,

Bila ditimpa susah saat sunyi menyendiri,
Ingat Allah sentiasa wujud dan ada di sisi,
Dia tak mungkin membiarkan hamba jatuh berkecil hati,
Adu lah pada Dia walau apa pun yang menimpa diri,
Kerna Allah sentiasa mendengar rintihan hamba yang dikasihi,

Tanpa memilih yang kaya, miskin, pangkat atau kroni,
Siapa yang rajin meminta pasti akan Dia beri,
Yang tinggal hanya memohon dan meminta tanpa henti,
Kerna Allah sentiasa rindu mendengarkan rintihan hati,
Rintihan seorang hamba yang sentiasa mengabdikan diri...

Dan kerana itulah kita harus berfikir dan sentiasa menghitung diri,
Bukan sekadar 'Bila diuji hamba mengeluh sendiri'...
created by ;- hassan al-a'fifi...

gambar hiasan..
Alhamdulillah, rasanya setakat ini dulu coretan dari saya buat tatapan dan santapan hati nurani kalian disini (insyaAllah, 100% karya saya, maaf kalau kurang menarik..). Mudah-mudahan perkongsian saya kali ini bisa membuka dan mengubat semula hati kita yang luka dik ujian dari Allah yang tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan pengorabanan yang dilakukan oleh Nabi kita dahulu, subhanallah... Bersangka baiklah kita kepada Allah walau apa pun yang menimpa diri. Ingat lah bahawa, setiap apa yang berlaku pasti ada HIKMAH dan GANJARAN dari-NYA. Tidak dikurnia sekarang, mungkin akan datang Dia akan kurnia lebih banyak hikmah yang tak tercapai dik akal kita yang terbatas ini, siapa tahu?? insyaAllah, mudah-mudahan... amiin ^_^

Wallahu a'lam.. ila liqo' insyAllah. Maaf andai ada tersalah kata, terkasar bicara dari pihak saya. Sebarang komen yang membina dari sahabat-sahabat amatlah saya alu-alukan.. Jazakallah Khair Kathir. Assalamualaikum ~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan