Mencari sesuatu?

Friday, 8 February 2013

..ZIARAH Mengeratkan UKHWAH..

...السلام عليكم  

..بسم الله الرحمن الرحيم

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw yang pastinya telah banyak berkorban jiwa demi melihat kita ummat nya hidup dalam suasana AMAN dalam IMAN sehingga kini. Pengorbanan baginda amatlah besar demi memartabatkan agama ALLAH di muka bumi ini. Subhanallah!! Allahumma Solli wa Sallim a'ala Muhammad... :'(

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi terus diberi peluang dan kesempatan buat saya mencoretkan sedikit sebanyak perkongsian buat tatapan dan santapan rohani sahabat-sahabat di Secerah NurRahman ni...

kenali saudara mu ~~ gambar hiasan..
Untuk entry saya kali ni saya tidak berniat untuk berceloteh panjang, cuma nya disini ingin saya kongsi kan sedikit sebanyak dengan kalian mengenai UKHWAH.. 
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini bisa menambahkan lagi koleksi pengetahuan dalam diri kita. InsyaAllah. Seperti tubuh badan manusia memerlukan makanan sebagai sumber kekuatan untuk terus bekerja, begitu juga dengan rohani kita yang memerlukan makanan yakni ILMU untuk terus bekerja buat tuannya. Jika baik makanan yang dihadam, maka baiklah hasil yang diperoleh, jika tidak, maka sebaliknya lah yang bakal terhasil..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :-
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (Malaikat) akan berseru kepadanya : 'alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, sudah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga.."
(HR at-Tirmidzi)

Subhanallah, besarnya ganjaran Allah terhadap mereka yang mempedulikan sesama saudara Muslimnya, besarnya ganjaran Allah buat mereka yang sentiasa hangat dalam menjalinkan UKHWAH sesama saudaranya.. Allahu Robbi.

Mahabbah dan UKHWAH terjalin apabila ziarah-menziarahi menjadi amalan insan. Anak-anak terus mendekati ibu-bapanya, yang muda mengingati yang tua, rakan sekerja/belajar mengenangkan sahabat seperjuangan, yang sihat mendoakan yang sakit, yang kaya membantu si miskin, dan jiran tetangga saling kunjung mengunjungi. Kegembiraan pasti nya terpancar diwajah mereka yang diziarah.
gambar hiasan..

Amalan ziarah menziarahi ini tak seharusnya hanya dilakukan di ketika musim perayaan sahaja, ada baik nya kita sebagai saudara Muslim saling menziarahi antara satu sama lain disamping bertanyakan khabar masing-masing, bukankah kehidupan sebegini lebih indah. Islam itu indah, dan jangan pula kita sebagai Muslim sendiri yang mencacatkan nya. 
Di sini saya catatkan sedikit puisi sebagai perisa sendiri.. (bajet puitis je.. =.=)

  
"Yang susah terus dibantu,
Yang senang terus menghulur tanpa jemu,
Kegembiraan dikongsi tiada sendu,
Mewujudkan sahabat menghilangkan seteru..

Carilah seramai mungkin kawan,
Elakkan daripada terus mencipta lawan,
Di atas bumi Allah kita berjalan,
Buka mata kutiplah berjuta pengalaman..

Hidup diteruskan mengejar kejayaan,
Pahala dicari, dosa didekati jangan,
Akhirat dituju sentiasa ingatkan Tuhan,
Kuatkan Ibadah teguhkan keIMANan..

Silaturrahim terlihat indah, 
Terus terpancar disinari Mahabbah, 
Dalam senang mengeratkan Ukhwah, 
Demi meraih cinta dan redha Allah.."
created by:- hassan al- a'fifi
Alhamdulillah, rasanya cukup setakat ini coretan yang tak seberapa dari saya. Segala yang baik diharapkan ambil lah jadikan sebagai pegangan teladan, wujudnya kekurangan disini diharapkan jangan pula ditinggalkan terus membusuk, sebaiknya perbetulkan lah agar tidak lagi terus berulang perkara yang sama.
ukhwah itu indah, andai dijalin kerana Allah~~ gambar hiasan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan