Bismillah wal hamdulillah
Allah.....
Tiada satu perkataan yang boleh ditukar atau diganti..
Kerana Allah adalah Allah....
Bukan God, bukan Lord atau apa sahaja..
Isu kalimah Allah telah hangat diperkatakan oleh orang ramai
Yang paling nampaknya adalah parti politik..
Yang tak sepatutnya bersuara pun bersuara....
Sepatutnya perkara sebegini tidak terjadi kerana kalau kita sakit pasti kita kan rujuk doktor. Kalau nak buat bangunan pasti kita akan minta arkitek untuk lukis plannya. Jadi kalau bab agama dan hukum biarlah orang yang sewajarnya menjawab (alim ulama'). Apabila orang yang tidak sepatutnya bersuara maka macam-macam huraian yang tidak sepatutnya keluar,keluar sehingga menyebabkan golongan yang mempunyai pemahaman yang sedikit ini pening dan wujud kekeliruan dalam kalangan umat Islam sendiri.
Saya pun bukanlah orang yang selayaknya untuk menulis dalam bab macam ni. Tapi saya rasa perlu untuk tulis berkenaan isu ini supaya jangan kita tersalah menghukum sehingga orang yang bercakap benar itu disalah ertikan.
Pertama : Allah adalah untuk semua. Ada yang tak setuju?? sila nyatakan
Allah adalah untuk semua bermaksud Allah BOLEH DISEBUT oleh sesiapa sahaja selagi mana
TIDAK bertujuan untuk menghina.
Kedua : Allah TIDAK dapat diterjemahkan kedalam bahasa apa pun...Ada yang tak setuju?? Sila nyatakan
Perkataan Allah itu sendiri TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN kedalam bahasa pun bermakna
Allah adalah Allah.
Ini adalah pencerahan yang saya perolehi setelah berjumpa dengan beberapa orang yang fakeh dalam bidang keagamaan. Yang terbaru alhamdulillah berkesempatan berjumpa dengan peguam yang mana hujahnya yang diberikan dari segi undang-undang, hukum Islam dan juga logik akal telah membuatkan saya berani untuk menulis berkenaan isu Kalimah Allah ini.
P/S : Jika ada kesalah sila perbetulkan.
Tp kalau ia digunakan dlm kitab agama lain.? Sbb yg menjadi isu hangat adalah kalimah allah disamakan dgn tuhan agama mereka, wallahualam, mohon ulasan
ReplyDeleteTp kalau ia digunakan dlm kitab agama lain.? Sbb yg menjadi isu hangat adalah kalimah allah disamakan dgn tuhan agama mereka, wallahualam, mohon ulasan
ReplyDeleteSeperti yang saya nyatakan diatas, Allah tidak dapat diterjemahkan kedalam bahasa apa pun termasuklah menukar perkataan Lord atau God yang terdapat dalam kitab Bible kepada Allah. Kalimah Allah TIDAK BOLEH digunakan dalam kitab lain selain daripada Al-Quran. Sebabnya kalau Allah digunakan dalam kitab Bible contohnya, ini bermakna Allah mempunyai anak sedangkan Allah tidak mempunyai anak dan juga tidak diperanakkan. Firman Allah s.w.t : Dia(Allah) tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan[surah al-ikhlas ayat 3]. Dalam kitab Bible mereka mengamalkan konsep trinity dan ini sangat bertentangan dengan agama Islam iaitu Allah adalah ahad(satu).
ReplyDeleteWallahualam....