بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua
moga sentiasa dalam lindungan Allah
Membuang air kecil, itu lumrah, tetapi kenapa sehingga melakukan sestua yang fitra sampai masuk ke neraka? mendapat azab kubur? Nauzubillah. apakah penyebabnya? adakah kita dilarang kencing? uuii..mana boleh tahan tu...Jadi kenapa sehingga boleh mendapat azab dan masuk ke neraka??
“Sungguhnya kedua mayat ini sedang diazab. Bukanlah keduanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci dari kencing. Dan seorang lagi kerana berjalan kesana kemari mengadu domba. Maka Nabi S.A.W meminta pelepah tamar yang basah lalu dipatahkan kepada dua bahagian dan dipacakkan kepada dua buah kubur tersebut. Dan Nabi saw pun bersabda : Mudah-mudahan diringankan azab dari kedua mayat ini selama pelepah ini belum kering.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Prihatin dengan diri sendiri |
Nauzubillah, kadang kalai kita tak sedar yang kita melakukan kesilapan ketika membuang air kecil sehingga menyebabkan kita diazab di kubur dan masuk ke neraka, Nauzubillah. Tetapi apakah punca kencing mengheret kita kepada azab Allah? Jom buat check list!!
- Air Kencing terpercik ke pakaian
- Kemaluan tidak dibersikan dengan betul (masih bernajis)
- Najis masih keluar selepas selesai kencing
Mungkin kerana 'nak cepat' kita terlupa 3 perkara dia atas sehinggakan kita dalam keadaan tidak suci, bila mana kita tidak suci, bagaimana kita mahu lakukan ibadah? Sahkah beribadah terutamanya Solat dalam keadaan bernajis?
Koreksi diri, tambahkan kepekaan kita walaupun kepada benda yang kecil seperti ini. Antara cara menyelesaikan masalah diatas yang dapat saya cadangkan kepada anda adalah
- Elakkan kencing berdiri (Harus kencing berdiri kalau darurat) kerana kencing berdiri dikhuatiri akan terperik air kencingnya.
- Kencing duduk juga berkemungkinan akan terperik air kencing, jadi lipat kaki seluar sebelum kencing. Usai segala urusan, basuh kaki.
- Basuh kemaluan seeloknya, sehingga yakin. Guna tangan untuk mengeluarkan saki baki kencing atau berdehem. dan basuhlah sehingga bersih
- Masalah kencing tidak lawas ini, masalah yang perlu dapatkan rawatan. samada dengan rawatan moden ataupon tradisional. namun terbaca artikel yang mana, cuba amalkan kencing 2 kali iaitu selesai kencing pertama, bangun dan kencing lagi buat kali ke dua. Masalah kencingtidak lawas ini ada kaitan dengan otot pundi kencing.
untuk bersolat bagi mereka yang mengalami masalah ini. ulama telah menggariskan cara iaitu sucikan kemaluan terlebih dahulu. gunakan kain atau lampin untuk menutup kemaluan tersebut. dan terus berwuduk dan bersolatlah. Jika terkeluar maka dimaafkan kerana ia satu penyakit yang sukar dikawal. Namun untuk solat yang berikutnya, selagi mana kamu rasa kamu masih suci dari hadas, maka solatlah. (rujuk:http://tanya-ustaz.com/cara-solat-bila-kencing-tak-lawas/)
wallahualam, itu sedikit yang dapat saya kongsikan dari ilmu saya yang cetek. insyaAllah moga beri manfaat
No comments:
Post a Comment