Bismillah walhamdulillah...
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Coretan pada kali ini berkaitan dengan bacalah Al-Quran walaupun tidak pandai dan tidak memahami isinya. Malah ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril adalah berkenaan dengan iqra' (bacalah). Oleh itu sebagai orang yang beragama Islam Alhamdulillah sudah tentulah Al-Quran adalah pegangan yang UTAMA sebagai rujukan.
Suatu ketika dahulu Cik Wawa pernah terumbang-ambing dalam mencari erti hidup yang sebenar. Ditengah-tengah lautan manusia yang berada disekeliling Cik Wawa. Waktu itu terlalu mentah untuk Cik Wawa tahu selok belok kehidupan. Dalam erti kataCik Wawa masih dalam pencarian. Hati runsing, tak tenteram..walaupun Cik Wawa dikelilingi kawan-kawan namun hati Cik Wawa mencari sesuatu ditengah-tengah keseronokan di zaman persekolahan.
Teringat disaat mana menjejakan kaki ke asrama, dalam kelas pengajian yang diwajibkan kepada student yang tinggal di asrama. Saat itulah Cik Wawa merasakan diri sangat kerdil kerana Cik Wawa tidak pandai baca Al-Quran. Tersangkut-sangkut bila baca. Rasa sangat-sangat sedih. Sedar diri yang sangat jahil. Mula daripada saat itu, Cik Wawa tekad untuk belajar baca Al-Quran sampai lancar. Namun, Cik Wawa erpaksa terima satu hakikat bahawa Cik Wawa berada di sekolah menengah harian biasa. Tiada penekanan terhadap pendidikan agama. Agak sukar tetapi tiada yang mustahil. Keadaan ini menyebabkan Cik Wawa mengambil inisiatif untuk belajar sendiri. Ya, berguru dengan buku ibarat berguru dengan syaitan kalau tiada guru. Itu Cik Wawa tahu sebab dalam kelas pendidikan Islam Ustaz/ah selalu pesan "Jangan hanya berguru dengan buku". Cik Wawa ingat kata-kata itu tetapi Cik Wawa yang tidak tahu apa-apa perlulah membaca buku dahulu. Inilah sikap Cik Wawa. Cik Wawa baca, lepas dah hadam apa yang dibaca Cik Wawa akan berjumpa dengan ustazah untuk tanya dan ceritakan apa yang Cik Wawa faham. Haaaa, itu cara Cik Wawa belajar agama. Sebab tu Cik Wawa selalu cakap beruntung orang yang belajar disekolah agama yang sememangnya pendidikan agama akan ditekankan dengan sebenar-benarnya dan sudah tentulah corak pembelajaran disekolah agama berbeza dengan sekolah harian biasa.
Ok,,,masuk balik bab baca Al-Quran, apa yang Cik Wawa lakukan iaiah baca yasin setiap malam. Kenapa Cik Wawa pilih yasin? Sebab yasin adalah hati Al-Quran. Macam kita juga, kalau nak rapat atau dekat dengan seseorang kena la ambik hati dia dulu. Itu la yang Cik Wawa lakukan.
Berkata Nabi SAW :
"Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Quran itu adalah surah Yaasin. Sesiapa yang membacanya,maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaan itu seperti pahala membaca al-Quran sepuluh kali."
Cik Wawa tidak melihat kepada ganjaran yang akan diterima tetapi asalkan hati rasa tenang dan tenteram itu sudah jauh lebih baik. Walaupun Cik Wawa rasa bila baca tu salah tapi sedih, tak ada sesiapa pun yang tegur. FRUST!!Baca kuat tapi salah then tak ada yang tegur. Kenapa Cik Wawa cakap macam tu? Sebab Cik Wawa rasa tak sama dengan bacaan yasin yang selalu Cik Wawa dengar tapi Cik Wawa tak tahu sebab main hafal ja..teruk kan. Cik Wawa tekad untuk perbetulkan bacaan tapi bagaimana? dengan waktu itu internet pun tak kenal lagi. Jadi, apa yang Cik Wawa buat ialah setiap hari khamis, waktu pagi dan malam ada bacaan yasin yang diketuai oleh ustaz. Waktu ni lah Cik Wawa ambik kesempatan untuk cek bacaan dari segi sebutan, panjang pendek dan juga tajwid. Alhamdulillah...berkat dengan bacaan yasin Cik Wawa pandai baca al-Quran dengan lancar dan kenal hukum hakam dalam membaca Al-Quran(Seronok sangat).
Memandangkan kelas pengajian dijalankan, menyebabkan Cik Wawa semakin bersemangat. Cik Wawa sentiasa menjawab soalan yang ditanya sampai kena cop dengan ustaz dan kawan-kawan. Walaupun jawapan selalu salah dan lain daripada yang lain. Tak apa..hehehe. Cik Wawa ada 'geng' masa sekolah dulu. Geng Geng aku ada 10 orang semuanya dan sudah tentulah semuanya perempuan. Memang rapat dan kami agak nakal. Mungkin kerana kelas kami yang sama dan maintain menyebabkan kami tak bergaul sangat dengan orang lain. Geng kami juga lah yang selalu kena panggil dengan warden asrama. Pelajar yang suka tolong cikgu kami lah, yang nakal pun kami lah, yang suka tidur dalam kelas pun kami lah. Memang cikgu-cikgu kenal kami kerana kenakalan kami. Al-maklum,budak-budak lagi...banyak main daripada belajar. Tapi walaupun kami nakal kami hormatkan Cikgu sebab tu selalu tolong Cikgu (padahal tak nak masuk kelas). Teruk betul bila diingat semula, rasa malu, sedih sebab ye la...tak fikir apa pun waktu tu.
Sekarang ni kalau rasa malas nak ngaji mesti akan terfikir balik "Dulu aku nak dapatkan dan boleh baca dengan lancar bukan main susah lagi, tak kan sekarang bila dah dapat rasa malas pulak"...itu lah dialog untuk lawan nafsu malas ni. Kalau tambah pula lepas ABC lagi la godaan daripada syaitan tu berleluasa. Oleh itu, kena la sentitasa baca walaupun sikit. Sebelah muka surat untuk 1 hari pun jadilah. Supaya istiqamah(berterusan) inilah yang akan jadi penawar dan ubat kepada sifat malas tadi.
Beruntunglah sesiapa yang mendampingi Al-Quran kerana Al-Quran sangat digeruni oleh musuh. Al-Quran adalah sumber kekuatan umat Islam. Amalkan apa yang dah tertulis dalam Al-Quran kerana apa, Al -Quran diturunkan lengkap. Apa jua persoalan yang kita ingin lontarkan. Tengoklah jawapannya kerana semua jawapan ada dalam Al-Quran. Sebab itu Nabi SAW pernah berpesan "Berpegang teguhlah dengan tali Aallah(iaitu al-Quran dan as-Sunnah) nescaya kamu selamat dunia dan akhirat"
**Al-Quran penawar kepada segala kemudharatan**
P/S : Cik Wawa tulis entri pasal baca Al-Quran bukan nak menunjukkan Cik Wawa seorang yang baik tetapi pengalaman berjumpa dengan ramai orang dalam buat usrah dan sebagainya. Ada yang tidak boleh baca Al-Quran. Betapa sedihnya hidup dah berpuluh-puluh tahun tapi Al-Quran tidak boleh baca. JAdi Cik Wawa kongsikan sedikit pengalaman yang pernah Cik Wawa lalui semasa zaman persekolahan dulu supaya ia boleh beri manfaat untuk kita semua. INGAT, tiada istilah terlambat walaupun baru nak belajar selagi mana mata tidak tertutup untuk selama-lamanya. Mohon teguran sekiranya ada salah dan silap.
|| Manusia yang kuat adalah manusia yang rajin bangun untuk tahajud ||
Sekian, Terima kasih.
No comments:
Post a Comment