بسم الله الرحمن الرحيم
Ini cerita aku,Tanggal 13/6/2013,baru sahaja selesai daripada final exam, aku start motor untuk pulang ke rumah sewa. Dalam hati macam-macam perasaan sebab last paper. =)
Malang tak berbau bila mana motor yang aku naiki disapa (ayat penyedap) oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan motor terseret dan akhirnya jatuh kedalam longkang yang dalam. Allah, saat itu hanya Allah yang tahu perasaan ku. Alhamdulillah, Allah hantar saudara-saudara daripada upsi untuk membantu aku. Mereka angkat motor dan menghulurkan tangan untuk tarik aku keluar. Allah, selagi aku ada upaya aku tidak akan menyambut tangan itu. Sekiranya tangan itu tangan yang halal bagi ku untuk menyentuh, sudah tentu aku akan menyambut. Kerana itu hanya untuk yang halal bagi ku. Melihat aku yang tidak menyambut tangan itu, datang seorang perempuan kurus yang ingin bantu aku untuk keluar namun gagal. Kerana longkang itu terlalu tinggi. Akhirnya aku terpaksa cari jalan untuk naik keatas iaitu dengan cara pijak motor yang tersangkut diatas titi simen then naik keatas. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Dah naik keatas.Ok ke x? Bertubi-tubi soalan ditanya. Aku masih mampu untuk terus tersenyum sebab aku tahu, tiada apa yang dapat mengubah perkara yang telah berlaku. Aku juga yakin, ada sesuatu yang Allah nak ajar aku. Itu sebab aku mampu tersenyum. Kalau ikutkan hati memang menangis waktu tu juga. Teringat satu ayat yang ke 286 daripada surah al-Baqarah yang bermaksud
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Oleh itu, aku tahu aku pasti mampu. Allah tak akan membebankan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu. Sebab Allah masih sayangkan aku sebab tu diberi ujian untuk aku lebih dekat dengan Allah.Sewaktu ditempat kejadian, tak rasa sakit. Tapi bila dah balik rumah, lepas bangun tidur. Allah, rasa macam nak tercabut semuanya kesan daripada jatuh daripada tempat tinggi. Nak buat apa-apa kena buat slow-slow. Lemas....Sebab aku bukan jenis duduk diam. Semalaman tak boleh tidur. Semalaman juga kena bebel dan marah sebab tak pergi klinik. Itu belum lagi keluarga yang tahu. Dah berbakul-bakul kena bebel. Satu sebab je pun, tak pergi klinik. Kalau mak tahu memang CONFIRM tak boleh naik motor dah. Jalan selamat diam..Hehehe...Dengar suara mak, sejuk hati. Abang pun telefon waktu yang sama, tanya bila nak balik sebab dia nak keluar 3 hari katanya. Mana boleh balik dalam keadaan macam ni. Rehat dulu kat Tanjung Malim, alasan teman kawan sebab dia nak jumpa pensyarah. Kebetulan memang kawan tinggal sorang nanti. Alhamdulillah, tak banyak tanya jadi proses jadi mudah. Risau juga.....sebab dengan family memang tak boleh nak sembunyi. Mesti terkeluar juga bila sembang lama-lama.
Kejadian ini merupakan satu ujian atau musibah ?? Apa bezanya antara UJIAN dan MUSIBAH? Sudah tentu ada bezanya. Setiap benda yang berlaku keatas manusia sama ada perkara baik atau buruk adalah merupakan ujian atau bala/musibah. Kalau ujian, sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kemalangan sebagai contohnya. Kita akan semakin dekat dengan Allah. Sekiranya kita semakin jauh dengan Allah selepas kejadian itu nama nya musibah/bala.
Dalam Surah Al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud :
"Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta".
Selagi mana kita hidup dimuka bumi, selagi itulah kita akan diuji oleh Allah. Oleh itu jangan pernah rasa serik. Dalam Surah Al-Mulk ayat 1-2 yang bermaksud :
"Maha suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kejadian, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.Yang menjadikan hidup dan mati, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".
Yakinlah.....
[ Ihfazillah yahfazka ]
No comments:
Post a Comment