Mencari sesuatu?

Sunday, 26 May 2013

SCAT: Stay Cool & Tawadhu'


Menjejak dewasa ini, emosi sering mempengaruhi pemikiran, tak tahu kenapa, bila ada sekelumit perasaan iri, maka marak api benci. Namun kadang kala ia bukan kehendak kita, namun bilamana tak dapat mengawal emosi dengan baik maka ianya bertukar menjadi tragedi.
Haha, ayat di atas macam sarkastik sikit, tapi itulah realiti. Dan ia amat 'terkenal' dalam masyarakat Malaysia. Sifulan bila mendapat sesuatu yang diinginkan, berjaya dalam usaha yang dilakukan, akan berbangga, seronok, dan kadang kala bermegah. Mungkin dia terlupa, bukan dia sahaja yang hidup di mayapada ni. Sifulin pula, tidak mendapat apa yang dihajati, gagal sedikit, kecewa, membawa hati yang lara, meleret kepada semua aktiviti kehidupannya, seakan-akan tiada lagi cahaya untuknya dimasa hadapat.

Wahai sang Juara, ingat, Rezeki datang dari Allah SWT, ia pinjamkan kepada kamu, untuk kamu gunakan dalam kehidupan kamu, bagi memenuhi keperluan kamu di dunia. Maka bersyukurlah, tak perlu update status "saya bersyukur...." caranya adalah dengan kekal dengan ketawadhu'kan kamu sebagai insan yang meminjam nikmat dari Allah. Dengan itu secara tidak langsung kamu tidak akan menimbulkan rasa iri dari pesaing kamu. Dan insyaAllah, orang akan senang dengan kamu.

Ingatlah, semakin kamu berisi, semakin kamu perlu tunduk kepada ilahi, ganjaran Allah bagi mereka yang merendah diri adalah Allah akan mengangkat darjatnya di akhirat kelak. Dan ingat, tidak ada faedahnya pun nak berbangga di dunia ni, Kalau Allah tak izinkan kita mendapat apa yang kita nak, agak-agak kita dapat tak?

Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
”Dan janganlah kalian berjalan di atas bumi ini dengan menyombongkan diri, karena kalian tidak akan mampu menembus bumi atau menjulang setinggi gunung” (QS al-Isra-37).



Jadi kepada sahabat-sahabat, muhasabah diri kita, kejayaan kita hanya pinjaman, dan ia juga merupakan satu ujian dari Allah, adakah kita bersyukur ataupun tidak, adakah kita boleh memberikan manfaat kepada orang lain dan agama atau tidak. InsyaAllah, semuanya terletak kepada akal yang berfikir, hati yang  menilai dan anggota yang beramal. Wallahualam

Thursday, 9 May 2013

Antara Himmah Dan Hikmah


..بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, sahabat-sahabat Nurrahman, Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas. Dan nikmat yang paling besar adalah nikmat IMAN dan ISLAM.

Kalau kawan-kawan perasan, sebelum, semasa dan selepas PRU13 ini, kita dapat lihat perubahan dari sikap sahabat-sahabat kita terutamanya di laman-laman sosial. Kebejatan ini amat merisaukan. Dalam masa mereka cuba menyampaikan sesuatu. mereka terlupa sesuatu. apa yang mereka terlupa?
  1. Menjaga perasaan orang lain
  2. menjaga aib orang lain
  3. Menjaga Adab ketika menyampaikan pendapat
  4. Memastikan maklumat itu dari sumber yang sahih dan terbukti benar
Dengan kemudahan teknologi, maklumat amat mudah untuk disebarkan. Dan maklumat amat mudah untuk di sampaikan dalam pelbagai bentuk.

Mengejar Himmah Mendapat Hikmah

Ini adalah pendapat peribadi saya. Jika ada kesalahan atau pendapat saya yang bercanggah dengan pendapat anda, anda boleh sampaikan pendapat anda di ruangan komen.

Ketahui punya kenapa

lihatlah betapa Allah mengatur sesuatu perkara itu terjadi disertakan hikmahnya. Allah tak jadikan manusia semata2 untuk hidup di dunia sahaja. Tetapi Allah mahu kita taat kepadaNya dan memilih golongan yang layak sahaja untuk masuk kesyurga. Ini bermakna dunia merupakan tempat tapisan menujuNya.

dalam hati manusia pula, pasti ada Himmah (cita-cita) yang ingin dicapai, dan cita-cita tertinggi kita adalah untuk bertemu Allah dalam keadaan baik dan dimasukkan kedalam Syurga. Namun dalam masa kita mengejar himmah, adakah kita mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam islam.

Dan dalam mengejar himmah, ramai juga yang menemui kegagalan. Namun tidak ramai yang menyedari hikmah disebalik kegagalan. Seorang muslim jiwanya ada sabar dan sentiasa berfikir akan hikmah. Kerana setiap yang berlaku adalah perancangan Allah, dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Kerana Dia lebih mengetahu apa yang terbaik untuk hambanya. (Rujuk Al-Imran 54)

Setiap kegagalan dalam mengejar himmah, mungkin kerana KHILAF kita yang terdahulu. Maka hikmahnya kita dapat bertaubat dan terus membuat pembetulan atas kesalahan tersebut. Mungkin sahaja NIAT kita semasa mengejar himmah itu salah dan terkeluar dari landasan yang sebenar, maka Allah tidak izinkan orang yang tidak berniat kerana Allah mendapat apa yang dia hajatinya. maka hikmahnya kita akan sentiasa mendahulukan Allah dalam apa yang kita lakukan. dan hikmah terbesar dalam kebanyakkan hikmah adalah, Dia Allah tuhan sekalian makhluk mahukan kita sentiasa kuat menghadapai cabaran.

Terima hakikat akan satu-satu kegagalan, bersabarlah dan kembali kepada Allah (rujuk Al-Imran;200) kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. (Rujuk Al-Baqarah;216)

Ubah Hikmah Menuju Himmah

Mula Merancang Kembali
Appp..jangan salah paham, maksud ubah hikmah disini adalah kita jadikan hikmah yang hadir dalam fikiran kita ini kesatu bentuk daya tolak kepada kita untuk mengejar cita-cita kita.

Banyak yang terjadi sekarang adalah mereka sudah mendapat hikmah sesuatu perkara itu terjadi, tetapi tak ada langkah susulan untuk kembali mengejar cita-cita. Ya, Cita-cita yang dahulunya salah perlulah diubah dahulu, (mengubah cita-cita juga kan satu daya tolak untuk kearah cita-cita yang baik, itu pun satu bentuj usaha jugak kan,,kan :) 

Jadi hari ini, jangan tangguh-tangguh lagi, bersedih itu fitrah bagi manusia terutama apabila apa yang tidak dapat memenuhi kehendah diri. tetapi jangan la sedih lama-lama sebab kalau kita duduh bersedih sahaja, cita-cita kita yang kita nak kejar tu tak akan berubah apa-apa. kan?

Jadi?? Dah...Dah...jom bagun!! kita bina semula kekuatan dan kita UBAH HIKMAH untuk mencapai HIMMAH!!

Saturday, 4 May 2013

Siapa, Hebat Sangatkah Kita?


...السلام عليكم 

..بسم الله الرحمن الرحيم

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Allahumma Solli Wa Sallim Wa Baarik a'ala Saiyyidina Muhammad.. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Ummat Manusia, Kekasih Allah Rasulullah saw yang telah banyak berkorban demi memastikan kita ummat nya hidup dalam keadaan AMAN dengan IMAN. Agar tidak lagi menjalani kehidupan jauh dari jalan yang mengingatkan kepada sang Pencipta, Allah swt. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberi saya ilham untuk terus mencoretkan entry di sini sebagai perkongsian dari saya buat tatapan dan santapan rohani sahabat-sahabat Secerah NurRaHman. Harapan saya, mudah-mudahan coretan saya ni dapatlah sedikit sebanyak menambahkan koleksi pengetahuan dalam diri kalian. Semoga dengan perkongsian ini bisa  dijadikan bekalan dan pegangan buat para sahabat saya dalam mengharungi dunia sementara yang penuh dengan ujian dan pancaroba.

Ok, cukuplah intro banyak tu, lebih-lebih nanti takut termelalut pula. Kita 'shoot' terus kepada topik yang nak dibicarakan dalam entry kali ni. Sebenarnya dalam setiap diri manusia yang lemah lagi hina seperti kita ni seharusnya ada sifat rendah diri sepenuhnya. Kerana, setiap dari kalangan kita adalah sama asal usul nya, tujuan kita juga sama yakni menuju Allah yang Esa. (ter'intro' sebelum masuk tajuk plak. sorry >.<)

Jika kita cakna dengan situasi dan keadaan negara kita sekarang ni, banyak dalam kalangan insan yang dulu nya boleh di kategorikan sedikit terleka dengan dunia kini telah sedar dan sedang memperbaiki diri dan mengkoreksi IMAN kerana Allah.. (penghijrahan artis Malaysia ke arah kebaikan, khususnya)


kenalkah kalian dengan mereka? sekarang:- al-Mawlid dulu VE/Ruffedge
Namun, setelah mereka melakukan perubahan ke arah kebaikan demi Islam yang dijunjung, muncul pula pelbagai tohmahan dan ramai pula yang memandang serong dengan penghijrahan yang telah mereka lakukan demi agama yang suci jua satu-satunya agama yang diredhai Allah diatas muka bumi ini. Pelbagai  pendapat dan tuduhan yang telah dilemparkan kepada mereka, ada yang berkata "alaa, nak tunjuk alim lah tu..nak cari publisiti.." "tak payah nak bajet berubah sangat lah, dulu bukan main teruk.." Apakah layak bagi kita sebagai ummat Nabi Muhammad saw yang sama seperti mereka serba kekurangan ni nak menghina mereka yang sedang mencari kehidupan yang lebih baik berbanding dahulu? Hebat sangat kah kita? Tinggi sangatkah darjat kita disisi Allah swt sehingga melayakkan kita memperlakukan mereka sebegitu? Fikirkan semula siapa kita sebenarnya?? astaghfirullah...



Sepatutnya kita yang mengaku sebagai saudara sefikrah, saudara seIslam, wajib bagi kita untuk membimbing insan yang ingin berubah seperti mereka ini agar terus yakin dan kuat untuk berubah ke arah kebenaran. Kalau pun kita tidak mampu untuk membimbing mereka, cukup lah dengan sekadar memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang dalam mencari kebenaran dalam mendalami agama Allah yang indah ini. Ya, benar mereka dulu banyak melakukan perkara yang Allah larang, tapi kita tiada hak untuk menghukum mereka seperti tiada lagi ruang untuk mereka berubah untuk memperbaiki diri.

Buka lah seluas-luasnya pintu hatimu, renungkanlah sedalamnya, jangan terlalu mudah menghukum kesalahan orang lain, jangan menghukum seolah-olah kita langsung tidak pernah melakukan kesalahan atau dosa didalam hidup. Beri peluang kepada insan yang inginkan perubahan seperti mereka (khususnya). Elakkan dari memfitnah yang bukan-bukan terhadap mereka. Mereka juga layak mendapat kehidupan yang terbaik diatas muka bumi pinjaman Allah yang sementara ini.
Diana Amir - gambar hiasan

Selain itu, pihak media seharusnya berhenti dari menayang/memainkan cerita atau filem
yang berkaitan diketika mereka masih belum menutup aurat mereka sebaiknya. Pihak media perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha menjaga aib orang lain. Jangan pula dikerapkan lagi menayangkan aurat-aurat mereka ini dikhalayak ramai. Ya, memang diketika itu mereka yang rela utnuk beraksi seperti itu, namun hormatilah hak mereka setelah mereka mengambil jalan untuk berubah ke arah kebaikan.

Semoga Allah terus beri kita kekuatan untuk sentiasa kuat dalam berpegang dan berjuang mengakkan aqidah Islami disamping membantu saudara-saudara kita yang lemah, bukan pula mencerca dan menghina mereka. Jika mereka melakukan kesalahan, betulkan mereka dengan berhikmah. Jika ada yang tak betul, sama-sama kita perbaiki, elakkan diri dari memaki sesama ummat.
wallahu a'lam..

p/s;- segala salah kata terkasar bicara yang mengguris jiwa mohon maaf saya pinta.. jika ada yang ingin memberikan cadangan penambah baikan penulisan saya, comment dari pihak anda amatlah dialu-alukan.. Jazakumullah khair kathir.. ^_^

"Pertahankan agama Allah seikhlas mungkin, nikmat kurniaan dari-Nya, bukan manusia.."

Saturday, 13 April 2013

JUBAH MAKSIAT


       بسم الله الرحمن الرحم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan
Penyayang, Yang menguasai seluruh alam.Sungguh Allah telah menciptakan manusia daripada sebaik-baik kejadian. Betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah....
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberikan ruang untuk kita sama-sama berubah
InsyaAllah(dengan izin Allah)...

Saya berbicara dengan apa yang saya lihat pada masa kini. Saya kira dah menjadi satu trend masa kini yang mana rata-rata kalau kita tengok mengenakan jubah. Alhamdulillah bila dengar nak pakai jubah. Tapi malang sekali bilamana jubah yang selalunya bila kita sebut jubah pasti akan terbayang yang labuh dan menutup badan. Kini bila sebut jubah kena tengok dulu sebab jubah bukan sebarang jubah. Semua ni sebab terlalu ikut fesyen dan terlalu ghairah untuk menampakkan kecantikan diri. Allah......
Sedangakn dalam al-Quran Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[surah al-Ahzab 33:59]


Bukan apa,,
Kita jangalah ikut je peredaran zaman sampai mengabaikan syariat..
Kita kata Islam tu universal tapi sejauh mana kita aplikasi ke "universal" tu??
Tepuk dada tanya iman..
Jangan tanya hati...
Nanti mati...

Islam ni agama yang sangat terperinci..
Sampaikan cara makan,ketip kuku...
Cara pemakaian...
Semuanya diajar oleh Allah melalui Rasulullah...
Tapi kita still mengambil yang barat sebagai cara hidup kita...
Adakah kerana kita semakin jauh dengan al-Quran??Nauzubillah...
Sama-sama kita cek balik apa yang telah kita lakukan...

Bila org bukan Islam kutuk Islam, kita marah bukan kepalang lagi...
Bagus dah bila rasa gitu berbanding yang tak rasa langsung...
Tapi sedar ke tak  kita pun kadang kala tak laksanakan pun apa Islam suruh...
Islam bukan sekadar mengucap dua kalimah, solat, puasa, zakat dan haji sahaja tetapi Islam melingkupi semua benda.

P/S : Jangan lah kita jadi penyebab kepada ayah, abang,adik lelaki dan suami(buat yg dah kahwin) kita dihumban ke dalam neraka.




Tuesday, 9 April 2013

ALLAH 4 ALL

Bismillah wal hamdulillah

Allah.....
Tiada satu perkataan yang boleh ditukar atau diganti..
Kerana Allah adalah Allah....
Bukan God, bukan Lord atau apa sahaja..

Isu kalimah Allah telah hangat diperkatakan oleh orang ramai
Yang paling nampaknya adalah parti politik..
Yang tak sepatutnya bersuara pun bersuara....

Sepatutnya perkara sebegini tidak terjadi kerana kalau kita sakit pasti kita kan rujuk doktor. Kalau nak buat bangunan pasti kita akan minta arkitek untuk lukis plannya. Jadi kalau bab agama dan hukum biarlah orang yang sewajarnya menjawab (alim ulama'). Apabila orang yang tidak sepatutnya bersuara maka macam-macam huraian yang tidak sepatutnya keluar,keluar sehingga menyebabkan golongan yang mempunyai pemahaman yang sedikit ini pening dan wujud kekeliruan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Saya pun bukanlah orang yang selayaknya untuk menulis dalam bab macam ni. Tapi saya rasa perlu untuk tulis berkenaan isu ini supaya jangan kita tersalah menghukum sehingga orang yang bercakap benar itu disalah ertikan.

Pertama : Allah adalah untuk semua. Ada yang tak setuju?? sila nyatakan
               Allah adalah untuk semua bermaksud Allah BOLEH DISEBUT oleh sesiapa sahaja selagi mana
               TIDAK bertujuan untuk menghina.

Kedua : Allah TIDAK dapat diterjemahkan kedalam bahasa apa pun...Ada yang tak setuju?? Sila nyatakan
             Perkataan Allah itu sendiri TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN kedalam bahasa pun bermakna
             Allah adalah Allah.  

Ini adalah pencerahan yang saya perolehi setelah berjumpa dengan beberapa orang yang fakeh dalam bidang keagamaan. Yang terbaru alhamdulillah berkesempatan berjumpa dengan peguam yang mana hujahnya yang diberikan dari segi undang-undang, hukum Islam dan juga logik akal telah membuatkan saya berani untuk menulis berkenaan isu Kalimah Allah ini.

P/S : Jika ada kesalah sila perbetulkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan