Mencari sesuatu?

Saturday, 9 July 2011

Kongsi: Kamu Masih Haram untukku...(updated)


Haramkah (Melly Goeslow )
(ost ketika cinta bertasbih)
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta

Cinta Lagi...
Ya Allah, kenapa orang suka bercerita pasia cinta nih..hhuurrmm..(hg pon cerita pasai cinta gak..kata kat orang pulak..) tp apa2 pun cinta ni sesuatu yang orang kata keajaiban. kenapa?? haa... dengan cinta la kadang kala berubahan besar boleh berlaku, malapetaka dasyat boleh terjadi, dan kekuatan boleh terbina. dengan apa murid2?? C.I.N.T.A~~cikgu,,,bagus...

Cinta adam dan hawa, lazim kita dengar itu satu yang fitrah, lahir dari lubuh hati insan yang bernyawa, merasakan suka kepada lainan jantinanya. kalau diperhatikan, ramai yang sudah hanyut dalam tafsiran cinta. kenapa, sila rujuk tajuk diatas, terima kasih (n_n)v
 

Haram kamu bagi aku
haram bagi kami berdua-duaan untuk bermadu kasih, 
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]
Haram bagi kami mengusap rambut membelai pipi
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
malah ada perumpamaan untuk kami jika kami masih berbuat demikian
“Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah

 kadang kala, kami akan berkata, kami tahu apa yang kami buat, kami tidak akan bersentuhan, kami berdua-duaan pun ditengah orang ramai. lalu
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
dan kadang kala kami akan berkata, kami boleh menjaga batas, kami juga tahu agama, duduk berdua ja bukan buat apa pun, tapi bila difikirkan semula, ummat yang bersama-sama utusan Allah (nabi) yang tinggi ilmunya dan terus kepada Rab itu pun ada juga yang terhasut dek syaitan, inikan kita yang tidak pernah langsung melihat Rasulullah, malah mendengar suaranya pun tidak, masihkah boleh bertahan? Iklan sekejap..."MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT"

Kalau Cinta Jangan Kacau...
bukan nak suruh sambung lirik ni, tapi jom kita muhasabah sekejap, sambil2 dengar lagu yang kat atas tu.., kalau betullah kita suka terhadap seseorang, adakah kita nak sia-siakan dia?? adakah kita nak seorang insan yg suci, kita kotorkan dia dengan dosa2 yg kita lakukan? jika takut disambar orang, adakah jalan hina yang kita pilih untuk 'CHOOOP' insan tu??cer pikir solusinya...

Ting!!! betol...dengan pernikahan
"Kami tidak pernah mengetahui solusi untuk dua orang yang saling mencintai semisal pernikahan" (HR Ibn Majah)
dan untuk menentukan siapa pasangan kamu itu, itu berhak keatas kamu untuk memilih, lebih moleh jika mengikut hadis ini
 "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia." 
begitu juga wanita, jika ingin mencari pasangan juga, ciri yang sama juga boleh dijadikan panduan. dalam adab memilih pasangan juga haruslah sekufu (setanding) agar tiada masalah sampingan yang akan timbul.

Penutup: Kamu tercipta Untukku
"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."(Annur:ayat 3)
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."(Annur:Ayat 26)
Tambahan: untuk tambahan pembacaan, sahabat saya ini...

  1. http://shakinahsholehuddin.blogspot.com/2010/12/jodoh-kita-tak-payah-risau.html
  2. http://harithfaisal.blogspot.com/2010/11/kalau-berpacaran-boleh-pandang-pandang.html
  3. http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/10/ikhtilat-bahagian-1.html
  4. http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/11/ikhtilat-bahagian-2.html
  5. http://allahseeker.blogspot.com/2011/08/kalau-betul-couple-itu-halal.html?spref=fb 

Sesungguhnya manusia itu fitrahnya saling memerlukan, dan Allah telah menjadikan dari kamu lelaki dan perempuan. Kamu mungkin mencari jodoh kamu, tetapi Allah jua yang menentukan jodoh, dan ketentuan Allah adalah yang terbaik. Wallahualam, Penulisan ini adalah berdasarkan ulangkaji yang telah dibuat jika ada kesalahan mohon terguran.. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan