Mencari sesuatu?

Saturday 12 January 2013

Allah itu Tuhan Aku, Hanya Dia...

Bismillah
dengan nama Allahaku mula
Moga dengan nama Allah juga dipengakhirannya

Isu kalimah Allah digunapakai dalam agama lain sudah lama diperkatakan, dan isu tu bangkit semula pada tahun ini, dan menjadi topik hot juga untuk tahun 2013 ( ada yang kata isu ni bangkit sebab nak pilihan raya) tak tahu lah apa motifnya tapi hakikatnya, siapa yang mengenal Allahitu hanya tuhan yang satu dan tiada sekutu baginya, tidak diperanakkan dan tidak mempunyai anak, maka hanya islam sahaja yang mempercayainya.

Ada ulasan dari sesetengah pemimpin dan ulama mengenai isu ini yang membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk digunakan dalam agama lain, mereka berpendapat ada kebaikkan dari segi dakwah dan daya tarikan orang untuk mengenal Allah itu siapa. tetapi ada juga pendapat yang menyangkal sekeras-kerasnya kalimah Allah digunakan kerana konsep tuhan bagi agama lain amatlah jauh berbeza dengan konsep tuhan orang islam.

Dan ini pendapat saya daripada beberapa pembacaan dan video ulasan mengenainya, saya secara total tidak bersetuju kerana dalam keadaan masyarakat yang masih gersang ilmu agama, tidak kuat pegangan akidah, masih banyak persoalan agama bermain difikiran dan pengaruh sosiokehidupan mereka, mereka inilah antara orang yang akan terkeliru dengan agama mereka sendiri. Bila penyebaran agama selain islam disebarkan, tidakkah kita rasa ia akan menggersangkan lagi kefahaman bertuhan mereka? bertambah goyah pegangan agama mereka? masih tak terungkai segala persoalan mereka....dan bila tekanan dalam hidup memuncak sehingga datang putus asa, maka tuhan akan dipersoalkan?
Bagi anak-anak yang terdedah dengan maklumat tanpa sempadan ini, kerisauan maklumat yang salah dengan menggunakan kalimah Allah sewenang-wenangnya akan merosakkan keimanan mereka. Kemungkinan mereka akan membaca bible dengan kalimah Allah dan menyangkakan ia dari islam? kemungkinan mereka membaca penerangan mengenai agama nasrani dengan kalimah Allah merujuk kepada tuhan?

“Dan sembahlah Allah dan jangan kalian menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun” (QS. An Nisa: 36)


Mengajarkan Anak anak menganai Siapa Allah, tuhan
yang sebenar benarnya adalah WAJIB
Ini yang kita khuatirkan, masyarakat akan menambah-nambah kefaham kepada kepercayaan mereka menenai Allah jika agama lain juga menggunakan kalimah ini. Sedangkan hanya Allah tuhan yang wajib manusia sembah terutamanya orang islam. Tetapi kekeliruan boleh berlaku bila agama lain juga menyebut mengenai tuhan mereka yang mereka mahu gelarkan juga sebagai Allah. Nauzubillah.

Ya mungkin sesiapa yang bersetuju, mereka menggunakan hujah, itulah pentingnya didikan agama yang kuat sejak kecil. namun tidakkan berfikir, sedangkan anak ustaz pun boleh tergugat, sedangkan pelajar agama sendiri tak dapat mengawal. inikan masyarakat kita sekarang yang terdedah dengan pelbagai sumber negatif.

Satu cara sahaja jika mereka mahu betul betul menggunakan kalimah Allah, maka mereka kena percaya yang Tidak tuhan yang lakayak disembah melainkan Allah. mereka mesti mempercayai agama islam, dan meninggalkan agama yang mereka anuti *selain islam

saya tinggalkan anda dengan video dari Dato Harun Din membinangkan mengenai isu ini dengan lebih mendalam





dan ini pula adalah hujah dari Dr Asri, mengenai isu nama Allah, beliau memberikan penerangan yang kalimah Allah itu boleh disebut, tetapi ianya haruslah tidak disalah gunakan



ini adalah pandangan saya dengan ilmu saya sedia ada. Jika ada sebarang pembetulan pandangan atau teguran boleh dibuat ke email saya acabsmka@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan