Mencari sesuatu?

Tuesday 26 February 2013

Masihkah tuhan sayang?

Kadang kala kita diuji Allah dengan pelbagai ujian, Dan kadang kala kita rasakan ujian yangallah beri itu tidak adill bagi kita, terlalu berat, terlalu sukar untuk kita terima. lalu kita rasa kecewa Dan putus asa kepada tuhan.


Itu realiti kebanyakkan dari kita bila diuji. merasa kecewa, ya itu sesuatu yang normal, merasa lemah itu susulan dari rasa kecewa, Dan kelemahan diri kita itulah peluang keemasan bagi syaitan untuk menggoyangn Iman kita. kan syaitan dah bersumpah untuk menyesatkan kita anak Adam untuk sama sama masuk neraka dengannya? ingat lagi tak surah, surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud: 
 “Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), Aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan".
Menangis itu biasa bila ditimpa musibah, tetapi
bangkilah bina semula kekuatan
Hakikatnya ramai yang tahu, ujian yang mereka hadapi itu bertujuan untuk mendidik iman mereka, samada kembalikan semua iman pada landasan yang betul, merawat luka pada iman, mahupun menguatkan imunisasi iman tersebut. Tetapi kebanyakkan daripada kita kurang satu sifat ini, iaitu husnul zon dengan tuhan.

Bila kita bersangka baik dengan tuhan, jiwa dan fikiran menjadi tenang, lantas membuat kita berfikir, kenapa ia terjadi, kerana apa ia terjadi, apa tujuan ia terjadi, dan setiap persoalan yang terjawab atas dasar sangka baik dengan tuhan menyebabkan kita memperoleh jalan keluar. Ingat, setiap ujian yang Allah beri itu adalah setanding dengan kemampuan kita
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Biar saya beri satu situasi. katakan saya menyukai seseorang, tetapi orang yang saya sukai itu telah bertunang dengan orang lain dan akan bernikah tidak lama lagi, hati saya berasa begitu remuk bila mengetahui perkara tersebut, tambahan pula saya hampir sahaja untuk menyampaikan niat yang sama untuk meminang dia. tetapi kenapa Allah tidak izinkan?

Jadi jika kita bersangka baik dengan ketentuannya, kita akan katakan, mungkin aku tak cukup baik untuk perempuan tersebut, atau mungkin Allah mahu hantarkan seorang yang lebih baik dari dirinya untuk saya bagi membantu membetulkan kesalahan saya dan keluarga. Atau mungkin ada sesuatu tanggungjawab yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu berbanding bertunang dengannya.

Ujian Allah itu boleh jadi dari apa yang kita suka,
atau kita benci
Jadi hati menjadi sedikit tenang, malah lebih kuat berbanding sebelumnya, amalan yang dahulunya serba kurang dimantap, perhubungan sesama manusia yang dahulu tidak ada batasan, kini lebih terkawal, pemikiran yang dahulu hanya memikirkan keseronokkan kini lebih matang dalam berfikir apa yang perlu diutamakan. Dan pabila hari berlalu dari sehari ke sehari, kita sedar, memang betul, sangkaan kita mengenai andaian pada pemasalahan yang kita lalui.

Lihat betapa cantik aturan Allah, Allah tidak memberikan kita kesenangan, tetapi berikan kita jalan, supaya kita tahu bagaimana untuk mencapai ketenangan walau apa jua keadaan yang mendatang.

Marilah kita bermuhasabah semula, kita hanya seorang hamba, menyalahkan Allah dalam setiap permasalahan kita adalah satu tindakan yang salah, walhal kita juga yang puncanya, atau ia sebahagian dari wasilah untuk kita dapat apa yang kita hajati. bersangka baikklah, sesungguhnya hanya dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Sesungguhnya Allah sayang akan hambanya, sebab itu dia jadikan ujian kepada kita, supaya kita kembali ingat kepadaNya. SayangNya dia kepada kita bukan persoalan, tetapi apa usaha kita supaya Allah sayang kepada kita, itu yang patut kita fikirkan. Dia mahu iman kita kekal pada landasan sebab itu dia menguji. 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? (Al 'Ankabut-2)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan