Mencari sesuatu?

Monday 24 June 2013

Oh Jerebu


Alhamdulillah....

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
                                                                  Surah An-Nahl : Ayat 18

(。◕‿◕。) 

Banyakkan nikmat yang Allah bagi kepada kita?
Allah sangat sayangkan kita kan? Sehinggakan kalau kita buat dosa pun Allah masih bagi peluang dan ruang kepada kita untuk berubah. Cuba bayangkan kalau setiap kali kita buat 1 DOSA, Allah tarik 1 NIKMAT. Allah............................ tak terbayang.

Hari ini, kita sibuk dengan JEREBU yang melanda rata-rata negeri di Malaysia kesan daripada jiran kita. Alhamdulillah, Tanjung Malim masih terkawal jika nak dibandingkan dengan KL sehingga terpaksa mengumumkan cuti sekolah kerana bimbangkan tahap kesihatan dan keselamatan pelajar. 

Kalau jerebu diluar kita boleh pakai MASK sebagai langkah pencegahan tapi kalau JEREBU dalam hati, nak pakai apa sebagai langkah pencegahan??Kalau jerebudiluar kita boleh tutup umumkan cuti, tutup sekolah buat sementara. Tapi kalau jerebu dihati kita nak tutup apa?Tepuk dada tanya iman.Kalau dulu masa kecik-kecik selalu je dengar tepuk dada tanya selera la, tanya hati la,ikut rasa la...macam2x ada. Dah besar-besar macam ni tak boleh dah guna ayat tu. Jangan tanya hati nanti mati dan jangan ikut rasa nanti binasa. Haaa...itu yang sebetulnya. Kita kan ada IMAN, itu yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam lagi. Apa jua yang berlaku, apa jua keadaan KEMBALILAH KEPADA ALLAH.

Jerebu
Jika jerebu yang melanda sekarang ni diukur dengan nilai indeks pencemaran udara (IPU) untuk melihat teruk atau tidak tahap jerebu yang berlaku. Bagaimana pula dengan jerebu dalam hati? Bagaimana nak tahu jerebu dalam hati teruk atau tidak? Entah dah kelam menutupi hati..nauzubillah. Perbanyakkanlah istighfar untuk membuang debu-debu yang singgah di hati. 

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w melihat bumi seperti orang tua yang sangat uzur. Itu zaman Nabi yang beribu tahun dahulu bumi sudah kelihatan sedemikian. Ini kan pula diwaktu ini. Dunia sudah semakin tua, semakin uzur, semakin tak larat. Sudah tidak mampu untuk menampung segala benda yang berada diatas bumi. Menunggu masa untuk hancur dan berkecai. Menunggu masa untuk tiba saat yang dijanjikan oleh Allah iaitu KIAMAT. 

Moh kita koreksi diri, perbaiki diri. Jangan didunia kita seronok tapi merana didalamkubur. Kubur adalah tempat paling sunyi dan menakutkan. Boleh jadi ianya cabang-cabang syurga dan boleh jadi cabang-cabang neraka. It all depends on you. No body can change its except our own self. Selagi mana nyawa masih bersatu dengan jasad, TIADA ISTILAH TERLAMBAT.

Siapa pun kita pada hari ini tidak akan menentukan kita pada masa akan datang. Sesungguhnya Allah yang memegang hati-hati kita yang sentiasa berbolak-balik seperti air yang sedang mendidik kata ustaz Ahmad Dusuki. Perubahan yang berlaku terlalu cepat untuk berubah menjadi sebaliknya. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya TETAPKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM yang kita perolehi sejak daripada kecik. Kena selalu berdoa supaya Allah jaga kita walau apa jua keadaan supaya kita tidak tergelincir daripada jalan yang kita lalui untuk bertemu dengan Allah kelak.

|| Fafirru ilaallah! Segeralah kembali kepada Allah! ||
















Saturday 15 June 2013

Ujian atau Musibah

بسم الله الرحمن الرحيم
Ini cerita aku,
Tanggal 13/6/2013,baru sahaja selesai daripada final exam, aku start motor untuk pulang ke rumah sewa. Dalam hati macam-macam perasaan sebab last paper. =)
Malang tak berbau bila mana motor yang aku naiki disapa (ayat penyedap) oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan motor terseret dan akhirnya jatuh kedalam longkang yang dalam. Allah, saat itu hanya Allah yang tahu perasaan ku. Alhamdulillah, Allah hantar saudara-saudara daripada upsi untuk membantu aku. Mereka angkat motor dan menghulurkan tangan untuk tarik aku keluar. Allah, selagi aku ada upaya aku tidak akan menyambut tangan itu. Sekiranya tangan itu tangan yang halal bagi ku untuk menyentuh, sudah tentu aku akan menyambut. Kerana itu hanya untuk yang halal bagi ku. Melihat aku yang tidak menyambut tangan itu, datang seorang perempuan kurus yang ingin bantu aku untuk keluar namun gagal. Kerana longkang itu terlalu tinggi. Akhirnya aku terpaksa cari jalan untuk naik keatas iaitu dengan cara pijak motor yang tersangkut diatas titi simen then naik keatas. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Dah naik keatas.Ok ke x? Bertubi-tubi soalan ditanya. Aku masih mampu untuk terus tersenyum sebab aku tahu, tiada apa yang dapat mengubah perkara yang telah berlaku. Aku juga yakin, ada sesuatu yang Allah nak ajar aku. Itu sebab aku mampu tersenyum. Kalau ikutkan hati memang menangis waktu tu juga. Teringat satu ayat yang ke 286 daripada surah al-Baqarah yang bermaksud
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Oleh itu, aku tahu aku pasti mampu. Allah tak akan membebankan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu.  Sebab Allah masih sayangkan aku sebab tu diberi ujian untuk aku lebih dekat dengan Allah.
 
Sewaktu ditempat kejadian, tak rasa sakit. Tapi bila dah balik rumah, lepas bangun tidur. Allah, rasa macam nak tercabut semuanya kesan daripada jatuh daripada tempat tinggi. Nak buat apa-apa kena buat slow-slow. Lemas....Sebab aku bukan jenis duduk diam. Semalaman tak boleh tidur. Semalaman juga kena bebel dan marah sebab tak pergi klinik. Itu belum lagi keluarga yang tahu. Dah berbakul-bakul kena bebel. Satu sebab je pun, tak pergi klinik. Kalau mak tahu memang CONFIRM tak boleh naik motor dah. Jalan selamat diam..Hehehe...Dengar suara mak, sejuk hati. Abang pun telefon waktu yang sama, tanya bila nak balik sebab dia nak keluar 3 hari katanya. Mana boleh balik dalam keadaan macam ni. Rehat dulu kat Tanjung Malim, alasan teman kawan sebab dia nak jumpa pensyarah. Kebetulan memang kawan tinggal sorang nanti. Alhamdulillah, tak banyak tanya jadi proses jadi mudah. Risau juga.....sebab dengan family memang tak boleh nak sembunyi. Mesti terkeluar juga bila sembang lama-lama.

Kejadian ini merupakan satu ujian atau musibah ?? Apa bezanya antara UJIAN dan MUSIBAH? Sudah tentu ada bezanya. Setiap benda yang berlaku keatas manusia sama ada perkara baik atau buruk adalah merupakan ujian atau bala/musibah. Kalau ujian, sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kemalangan sebagai contohnya. Kita akan semakin dekat dengan Allah. Sekiranya kita semakin jauh dengan Allah selepas kejadian itu nama nya musibah/bala.

Dalam Surah Al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud :
 "Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta". 

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w diuji dengan ujian yang hebat ini kan pula kita manusia biasa. Saat mana Nabi Muhammad s.a.w diuji dalam peristiwa ke Thaif untuk sebarkan Islam. Penduduk di Thaif menyambut kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dengan balingan batu dan juga maki hamun. Nabi mengangkat tangan dan memohon keampunan terlebih dahulu kerana kelemahan yang dimiliki tidak mampu untuk berhadapan dengan penduduka Thaif pada ketika itu. Allah.....itu Nabi kekasih Allah mengaku lemah didepan Allah. Apatah lagi kita manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.

Selagi mana kita hidup dimuka bumi, selagi itulah kita akan diuji oleh Allah. Oleh itu jangan pernah rasa serik.  Dalam Surah Al-Mulk ayat 1-2 yang bermaksud :
"Maha suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kejadian, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.Yang menjadikan hidup dan mati, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".

MasyaAllah, tabarakallah. Nikmatnya solat dalam keadaan sakit sekali sekala. Rasa lebih berjaga-jaga dan tertumpu. Mengingatkan aku tidak ada benda yang kekal melainkan Dia. Disaat terhimpit dan tersepit, menyebabkan kebergantungan kepada hanya Allah semakin kuat. Orang nampak luar ok, tapi dalam macam bangunan nak runtuh dah. Dan ketika itu lah hanya Allah yang sebenar-benar tahu keadaan aku. Aku bersyukur kerana diberi ujian menyebabkan aku sedar ada kuasa yang lagi besar sedang jaga aku. Latahzan innallaha ma'ana(jangan bersedih Allah bersama dengan kita).

Yakinlah.....
[ Ihfazillah yahfazka ]



Keinginan Mengatasi Segalanya



Bismillah walhamdulillah...
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Coretan pada kali ini berkaitan dengan bacalah Al-Quran walaupun tidak pandai dan tidak memahami isinya. Malah ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril adalah berkenaan dengan iqra' (bacalah). Oleh itu sebagai orang yang beragama Islam Alhamdulillah sudah tentulah Al-Quran adalah pegangan yang UTAMA sebagai rujukan.


Suatu ketika dahulu Cik Wawa pernah terumbang-ambing dalam mencari erti hidup yang sebenar. Ditengah-tengah lautan manusia yang berada disekeliling Cik Wawa. Waktu itu terlalu mentah untuk Cik Wawa tahu selok belok kehidupan. Dalam erti kataCik Wawa masih dalam pencarian. Hati runsing, tak tenteram..walaupun Cik Wawa dikelilingi kawan-kawan namun hati Cik Wawa mencari sesuatu ditengah-tengah keseronokan di zaman persekolahan.


     Teringat disaat mana menjejakan kaki ke asrama, dalam kelas pengajian yang diwajibkan kepada student yang tinggal di asrama. Saat itulah Cik Wawa merasakan diri sangat kerdil kerana Cik Wawa tidak pandai baca Al-Quran. Tersangkut-sangkut bila baca. Rasa sangat-sangat sedih. Sedar diri yang sangat jahil. Mula daripada saat itu, Cik Wawa tekad untuk belajar baca Al-Quran sampai lancar. Namun, Cik Wawa erpaksa terima satu hakikat bahawa Cik Wawa berada di sekolah menengah harian biasa. Tiada penekanan terhadap pendidikan agama. Agak sukar tetapi tiada yang mustahil. Keadaan ini menyebabkan Cik Wawa mengambil inisiatif untuk belajar sendiri. Ya, berguru dengan buku ibarat berguru dengan syaitan kalau tiada guru. Itu Cik Wawa tahu sebab dalam kelas pendidikan Islam Ustaz/ah selalu pesan "Jangan hanya berguru dengan buku". Cik Wawa ingat kata-kata itu tetapi Cik Wawa yang tidak tahu apa-apa perlulah membaca buku dahulu. Inilah sikap Cik Wawa.  Cik Wawa baca, lepas dah hadam apa yang dibaca Cik Wawa akan berjumpa dengan ustazah untuk tanya dan ceritakan apa yang Cik Wawa faham. Haaaa, itu cara Cik Wawa belajar agama. Sebab tu Cik Wawa selalu cakap beruntung orang yang belajar disekolah agama yang sememangnya pendidikan agama akan ditekankan dengan sebenar-benarnya dan sudah tentulah corak pembelajaran disekolah agama berbeza dengan sekolah harian biasa.

     Ok,,,masuk balik bab baca Al-Quran, apa yang Cik Wawa lakukan iaiah baca yasin setiap malam. Kenapa Cik Wawa pilih yasin? Sebab yasin adalah hati Al-Quran. Macam kita juga, kalau nak rapat atau dekat dengan seseorang kena la ambik hati dia dulu. Itu la yang Cik Wawa lakukan.
Berkata Nabi SAW :
    "Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Quran itu adalah surah Yaasin. Sesiapa yang membacanya,maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaan itu seperti pahala membaca al-Quran sepuluh kali."

     Cik Wawa tidak melihat kepada ganjaran yang akan diterima tetapi asalkan hati rasa tenang dan tenteram itu sudah jauh lebih baik. Walaupun Cik Wawa rasa bila baca tu salah tapi sedih, tak ada sesiapa pun yang tegur. FRUST!!Baca kuat tapi salah then tak ada yang tegur. Kenapa Cik Wawa cakap macam tu? Sebab Cik Wawa rasa tak sama dengan bacaan yasin yang selalu Cik Wawa dengar tapi Cik Wawa tak tahu sebab main hafal ja..teruk kan. Cik Wawa tekad untuk perbetulkan bacaan tapi bagaimana? dengan waktu itu internet pun tak kenal lagi. Jadi, apa yang Cik Wawa buat ialah setiap hari khamis, waktu pagi dan malam ada bacaan yasin yang diketuai oleh ustaz. Waktu ni lah Cik Wawa ambik kesempatan untuk cek bacaan dari segi sebutan, panjang pendek dan juga tajwid. Alhamdulillah...berkat dengan bacaan yasin Cik Wawa pandai baca al-Quran dengan lancar dan kenal hukum hakam dalam membaca Al-Quran(Seronok sangat).

     Memandangkan kelas pengajian dijalankan, menyebabkan Cik Wawa semakin bersemangat. Cik Wawa sentiasa menjawab soalan yang ditanya sampai kena cop dengan ustaz dan kawan-kawan. Walaupun jawapan selalu salah dan lain daripada yang lain. Tak apa..hehehe. Cik Wawa ada 'geng' masa sekolah dulu.  Geng  Geng aku ada 10 orang semuanya dan sudah tentulah semuanya perempuan. Memang rapat dan kami agak nakal. Mungkin kerana kelas kami yang sama dan maintain menyebabkan kami tak bergaul sangat dengan orang lain. Geng kami juga lah yang selalu kena panggil dengan warden asrama. Pelajar yang suka tolong cikgu kami lah, yang nakal pun kami lah, yang suka tidur dalam kelas pun kami lah. Memang cikgu-cikgu kenal kami kerana kenakalan kami. Al-maklum,budak-budak lagi...banyak main daripada belajar. Tapi walaupun kami nakal kami hormatkan Cikgu sebab tu selalu tolong Cikgu (padahal tak nak masuk kelas). Teruk betul bila diingat semula, rasa malu, sedih sebab ye la...tak fikir apa pun waktu tu.
 
   Sekarang ni kalau rasa malas nak ngaji mesti akan terfikir balik "Dulu aku nak dapatkan dan boleh baca dengan lancar bukan main susah lagi, tak kan sekarang bila dah dapat rasa malas pulak"...itu lah dialog untuk lawan nafsu malas ni. Kalau tambah pula lepas ABC lagi la godaan daripada syaitan tu berleluasa. Oleh itu, kena la sentitasa baca walaupun sikit. Sebelah muka surat untuk 1 hari pun jadilah. Supaya istiqamah(berterusan) inilah yang akan jadi penawar dan ubat kepada sifat malas tadi.

    Beruntunglah sesiapa yang mendampingi Al-Quran kerana Al-Quran sangat digeruni oleh musuh. Al-Quran adalah sumber kekuatan umat Islam. Amalkan apa yang dah tertulis dalam Al-Quran kerana apa, Al -Quran diturunkan lengkap. Apa jua persoalan yang kita ingin lontarkan. Tengoklah jawapannya kerana semua jawapan ada dalam Al-Quran. Sebab itu Nabi SAW pernah berpesan "Berpegang teguhlah dengan tali Aallah(iaitu al-Quran dan as-Sunnah) nescaya kamu selamat dunia dan akhirat"

**Al-Quran penawar kepada segala kemudharatan**

P/S :  Cik Wawa tulis entri pasal baca Al-Quran bukan nak menunjukkan Cik Wawa seorang yang baik tetapi pengalaman berjumpa dengan ramai orang dalam buat usrah dan sebagainya. Ada yang tidak boleh baca Al-Quran. Betapa sedihnya hidup dah berpuluh-puluh tahun tapi Al-Quran tidak boleh baca. JAdi Cik Wawa kongsikan sedikit pengalaman yang pernah Cik Wawa lalui semasa zaman persekolahan dulu supaya ia boleh beri manfaat untuk kita semua. INGAT, tiada istilah terlambat walaupun baru nak belajar selagi mana mata tidak tertutup untuk selama-lamanya. Mohon teguran sekiranya ada salah dan silap.

|| Manusia yang kuat adalah manusia yang rajin bangun untuk tahajud ||

Sekian, Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan