Dengan Nama Allah,
Yang mengurniakan rezeki,
tiada banyak atau sedikit,
Melainkan usaha untuk mendapatkanya.
Mahukan Durian Runtuh?
Assalamualaikum, Alhamdulillah kali ni dapat jugak saya menulis satu artikel ilmiah untuk perkongsian bersama. Kalau dilihat pada tajuk, macam nak promosi servis dapat duit secara online yang tengah belambak dekat Fb, apa slogan dia? "buat duit di rumah" atau "rezeki hanya datang sekali!" haha, bukan itu yang saya nak ceritakan, itu cerita lain (betol ka x itu saya xtau, xpernah dengar pulak dapat duit tanpa berbuat apa-apa). tapi kali ni nak kongsi cara mudah untuk mendapatkan 'Durian Runtuh' dari Allah SAW.
Emm..solat dhuha adalah satu 'skim' untuk seorang muslim mendapatkan rezeki yang tidak diduga daripada Allah ta'ala. Ya memang la kita beribadah kerana Allah, tapi ini Allah yang janji sendiri melalui kata-kata Rasulullah:
" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Jika difikirkan logik, analogi Solat Dhuha begini, Kita tengah sibuk bekerja, namun kita sanggup luangkan masa membantu rakan kita melakukan kerjanya, bukankah kita layak untuk mendapatkan ganjaran daripada sahabat kita itu walaupun satu pujian atau teh tarik!! eemm.. begi tuga la Allah, Allah akan memberikan ganjaran sebagai galang ganti kita korbankan waktu kerja kita (waktu pagi kan semua orang gi kerja carik rezeki) jadi, Allah 'Bayar' pengorbanan kita tu dengan 'rezeki' Allah yang Maha Luas..Subhanallah.
Dhuha? Senang ja Bro..!!!
ramai yang mengatakan solat dhuha ni leceh la, kena baca surah tertentu, ada doa tertentu, pastu kena gi surau lagi, kerja banyak la..
nauzubillah, harap-harap kita tak terlepas cakap mcm tu. Sebenarnya, kalau kita bukak buku-buku agama yang menyentuh bab slat sunat, memang ada bacaan-bacaan khas untuk solat-solat sunat tertentu, itu adalah amalan yang afdhal untuk kita ikut kerana ianya bersumberkan rasulullah, para sahabat, tabien dan tabien tabien serta para alim ulama yang fakih mengenai bab agama. tetapi ingat!! Allah tidak membebankan manusia dalam ibadahnya.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..
3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : KLIK SINI
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha
Sibuk, berfikir Sekejap!
Jika kita rasakan kerja kita banyak sehingga tiada masa untuk ingat pada Allah, ingatlah Rasulullah adalah seorang Ketua kerajaan besar islam Mekah dan madinah dan sekitar kawasan jajahan islam, dan baginda tidak pernah sekali pun lupa pada Allah.
"dia nabi..aku manusia biasa, mana sama..."
Sedangkan nabi yang maksum (Allah pelihara) itu pun dia tetap beribadah, ingat pada Allah, inikan kita manusia biasa, hamba yang paling hina, perlulah taat pada ketuanya (Allah). jadi mari kita bermuhasabah diri. Solat dhuha bukanlah wajib, namun begitu, ianya adalah amalan yang nabi amat galakkan. daripada riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)
syukran ats prkongsian akh ;)
ReplyDelete