Mencari sesuatu?

Tuesday, 25 October 2011

KONGSI: Keangkuhan > Tega Meminjam Tangan Tuhan

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,
puji-pujian sebanyak makhluknya,
sebanyak redhaNya, seberat ArsyNya Dan
semahal kalimat-kalimatNya…




Assalamualaikum w.b.t….dan salam ukhuwah buat sahabat2 NR…huhuh,,,dah lamo den xtulis kt blog nihh…bknny apa,,sbbnya ada  3 perkara…1>cm biasa lahh idea keringgg,,panas terik sgt,,hihi….ke 2>> hurmm malu nak hbq…tp biasa la insan yg lemah..slalu leka..asgmnt pun da tetangguh…byk sgt…las minit nt bqu kalut meqaba,,pegang yg nuh nmpak yg nihh..adehh3….dan yg ke 3>>> haaa…yg nihh ckup menyampah,,,line tenet laa…seloww bangatt…..tp……apa yg pnting????...keikhlasan dlm brkongsi ilmu…kan..kan…kan..??,,sabaq naaihhh
  

Next>>>
Okhei,,,,mulakan lah hari mu dgn memuji Allah..
Seiring siulan burung…
Ceria berterbangan…
Berzikirlah dengan alunan asma ulhusna…
Bersyukurlah kita masih dibangkitkan…

Alhamdulillah…tu cuma selingan ja tuhh…hihi(petikan lagu unic,,semua tau kan???)…,,ehemmhhh..ehemm..(testing3..vokal..hukhuk)…bknnya apa dok test2 nihh…den nak berpuisi plk nihh…xtau la nk jd cmna…hahah ( oqg tekn. maklumat berpuisi..haha lingkop tequihh)
Okheih…diam2..nak dgaq x ni??...alamak!..tiba2 suara xdak plk…xleh la nk brpuisi utk anda,,,huhuh,,,
Xpa2…anda suma bleh baca kan???..haaaa…mai kita bca smbil2 tu renung2kan dan slamat beramal…(pi mai,,pi mai…tagline ni jgk yg den guno)….
Tnpa mmbuang masa lg,,Jom kita baca!!!..bca btoi2,,,klau xbtoi xpham plak nt…zaaaazzzzzzz
Ehemm..ehemmm…………!!!

Apabila bulan cair di belir bibir
Mentari zaman mati di akhir zikir
Dan ladang akal kalas, lemas dilanda banjir,
“Ulamak”, Tega membunuh Tuhan dengan sindir
Mengilmiahkan kebohongan seculas sihir
dan kemunafikan intelektual jelas mengalir
mimbar, menayang bayang mimpi di wajah kelir.

Dari kalbu ke zahir
dari adi guru ke ajir
dari sesatu ke akhir
dari hulu ke hilir,
didih dusta pun angkuh mendempir
bagai lahar membakar kota fikir…
Umat menjadi musafir di negeri fakir.

Ketika bulan tertawan dalam genggaman
naluri menjadi kemudi kenagkuhan
mualim makin berahi, senda mempersendakan,
mursyid memurcakan makmum kalian
melepasi mursal, Meminjam tangan Tuhan
menjatuhi hukum dan ketentuan
menawarkan syurga atau kenerakaan….
Selayak barang dagangan
untuk membeli kesesatan.
Mimbida syurga
membina takhta
melela kuasa
mempersenda kalam suci Yang Maha Esa
dengan tafsir beralaskan agenda makna,
mengizinkan kelancangan kawan-kawan mereka…
yang jelas hadas dan belum beragama.

Bila bulan purnama tiba mati
hayat langit tidak lagi member simpati
amuk alam semesta pun menelan bumi
dan “kubur besar” pun segera terjadi….
Kerana janji semakin sering dimungkiri,
munafik,  Menjadi kilauan aksesori dikagumi
dalil kebenaran tidak lagi memberi erti
ketika syumul sekadar menjadi titi diri sendiri
menyeberangi lautan hajat dan pelangi mimpi
Kemudian, Dalam kelam mencari diri
hitam malam, munafiknya para santri
tika terang rembulan semakin mengakhiri hari
riwayat sebuah zaman kehidupan duniawi…
“Kita dilahirkan di tanah ini,
tanah datuk nenek kita sendiri,
kita mati pun tanam di sini”.

Diufuk waktu, “kenapa malu mengaku Melayu??”
Di mihrab syahdu taubat belum membantu
Seraya yang ajun itu di situ
Urian sendirian, Diri kesima malu….
Di padang perhimpuanan menghadap Yang Satu.
(Hasil karya: Ibrahim Ghaffar)

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan