Mencari sesuatu?

Tuesday, 13 December 2011

KONGSI: Kisah Hijrah

Dengan Nama Allah 
Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,



Assalamualaikum wbt….dan salam ukhuwah buat sahabat2 NR yg dikasihi dan  setia memberi sokongan yg padu buat kami di sini…hihihi…
Alhamdulillah dapat lg sy menonjolkn diri
yg tak tertonjol nihh kat sini…huhuh…(kesian)
dah bosan ke dgn cara sy nihh???
(kalau bosan bgtau cepat2…sblum masa tamat..ngeh3)
Hurmm….(tgh pikir nihh nak tulis apa)
Adoiiyaiii….idea2!! please come to me…!!

Yaaahh da dapat!!…apa kata sempena bulan yg mulia nihh..(satu muharram detik permulaan…perkiraan tahun Islam hijrah…perpindahan nabi dan ummat Islam dr Kota Makkah ke Kota Madinah…lalala)…haahh,,nyanyi plk dah…

Sebenaqnya mcm nihh…sy dpt idea,,jom kita imbas kmbali masa zaman Rasulullah SAW berusaha utk menyebarkan Islam walaupun banyak halangan yg baginda lalui namun semua itu dapat menghasilkan nikmat yg begitu manis…
Kalau dolu2,,masa kecik2…kita slalu dengaq cerita nabi2 kan…okheih la ni mai kita dengaq kisah Hijrah Rasulullah SAW…boleh??

Ceritanya berbunyi begini….toin..toin..toin..(plek ja bunyi..ngeh3)…
okhei2 yg ni btoi2 punya…
alkisah…..


RASULULLAH SAW berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail a.s melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail a.s menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq r.a dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.


Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib r.a. Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali r.a tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah SAW walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. 

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW.
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali a.s dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah SAW keluar dari rumah itu. Rasulullah SAW dan Abu Bakr a.s keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr a.s tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah SAW dan Abu Bakr a.s meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW.

Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba di perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah SAW akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.


hurmmm..macam tu la kisahnya…
mungkin kisah ni semua dah tau kan…tp cuma sy nak ingatkn kembali dan
kenangkan bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat berjihad di jalan
Allah SWT.

Okheiihhh…..nak lagi???..boleh jerr…nex entry…ngeh3

Meh kita buat penutup pulak…

Sebenarnya bulan Muharram merupakan bulan yang sangat berpengaruh pd sejarah kehidupan umat Islam. Suatu bulan yang menjadi pembuka tahun dalam kelendar Islam, Hijriyah. Suatu bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, kerana bermula dari bulan inilah menurut dunia Islam berlakunya segala kejadian alam ni. Bulan Muharram juga termasuk salah satu dari empat bulan yang dimuliakan Allah dalam al Qur’an.

Secara autonya bulan Muharam ni merupakan bulan yang menyimpan ba…….nyak sejarah kehidupan umat. Di mana pada bulan itu Allah SWT banyak menurunkan peristiwa yang patut dikenang bagi umat sebagai rasa syukur atas kenikmatan yang diberikan, kerana peristiwa2 yang terjadi pada bulan tersebut dapat memberikan banyak inspirasi bagi kelangsungan hidup umat manusia di muka bumi ini…wallahualam

Okheis…da abis daaa….(klau ada yg xbetol dlm kisah tadi tolong bgtau ehh..supaya dapat saya betulkan…hehe,,,takut nt jd ajaran sesat plak..huhu)

MISS NANA: mcm mna citer tadi??... Semoga tahun baru Islam, Muharram 
                     1433 ini, dan juga sempena menyambut kedatangan tahun  
                     baru 2012 juga..supaya kita semua umat Islam dapat  
                     mengambil hikmah dan iktibar yang banyak terkandung dari 
                     sejarah hijrah tadi walaupun dalam zaman kita 
                     sekarang...moh le kite teruskan perjuangan Rasulullah SAW 
                     dgn sebaiknya....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan