Segala puji bagi ALLAH yang melimpahkan nikmat juga rahmat terhadap hamba-hamba-Nya tanpa mengira kecil, besar, tua, muda, pangkat, darjat mahupun warna kulit.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kekasih ALLAH juga buat para sahabat, tabi'in, tabi'-tabi'in...
Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran saya panjatkan terhadap ALLAH s.w.t. kerana dengan keizinan-Nya saya diberi peluang untuk sama-sama berjuang
dalam menyampaikan dakwah di dalam blog ini, insyaAllah.
dalam menyampaikan dakwah di dalam blog ini, insyaAllah.
Berbalik kepada fokus sebenar kita dalam entry ini yang berkisarkan tentang hidayah ALLAH s.w.t. Saya rasa majoriti dah biasa dengar tentang kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan sepatunya (kasut). Dikisahkan bahawa wanita tersebut baru pulang dari tempat kerjanya, dan semasa didalam perjalanannya, dia ternampak seekor anjing yang sedang mengelilingi sebuah perigi. Anjing tersebut kelihatan sangat haus dan wanita ini dengan rasa hati yang terbuka pergi untuk membantu anjing tersebut minum. Beliau mengambil air didalam perigi tersebut dengan menggunakan sepatunya dan memberi anjing tersebut minum.
Dikisahkan bahawa wanita ini telah diampunkan ALLAH dan menjadi ahli syurga (atau ahlulJannah dlm bhsa arabnye..btol ke??). Tapi apa yang saya nak bagi taw kat sini bukan lah tentang kalau nak masuk syurga kena pi cari anjing yang dahaga dan kasi dia minum...Cerita dia tak abis sampai situ ja, ada lagi...
Selesai wanita tersebut bagi anjing tu minum, beliau terus balik rumah...dan tamat....=D
Sebenarnya, setelah beliau tiba dirumah terus terdetik di hatinya untuk bertaubat kepada ALLAH dengan sepenuh hati dan meninggalkan segala dosa-dosanya yang terdahulu. Dia begitu menyesal dan berazam untuk mulakan kehidupan yang baru...
Maha Suci ALLAH yang menguasai langit dan bumi telah membuka pintu hatinya untuk meninggalkan kehidupan jahiliah nya dan kembali kepada jalan yang benar (jalan ALLAH s.w.t).
Indahnya hidayah ALLAH...
Oleh itu, ayuh sahabat sama-sama kita merenung kembali ke dalam diri kita seterusnya mengangkat tangan dan memohon kepada Illahi agar ditetapkan IMAN supaya tidak tersasar dari DINULLAH (agama ALLAH) insyaAllah!!!
Bismillahirrahmanirrahim....
Ya ALLAH, Ya Tuhan kami...
Sesungguhnya kami hamba yang hina lagi lemah disisi-Mu Ya ALLAH. Hati-hati ini merayu kepada-Mu agar ditetapkan hati-hati kami untuk terus berpegang dengan ajaran agama-Mu.
Ya Robbi...
Engkau jauhkanlah kami dari azab seksa api neraka-Mu yang tidak pernah padam dari membakar...
ameen...
(segala yang baik dtgnya dr ALLAH, dan yg bruk jga dr ALLAH tp mlalui klemahan diriku yang hina ini...insyaAllah, wallahu a'lam)
No comments:
Post a Comment