Mencari sesuatu?

Sunday 25 December 2011

KOMIS#2: Dikala Hujan Itu

Assalamualaikum, Apa khabar Semua!!!Alhamdulillah, Ahad seterusnya untuk KOMIS #2. mengisahkan tentang beringat-ingat sebelum buat. selamat membaca (^^)v


Monday 19 December 2011

nasyid-Rindu Kedamaian (Devotees)




Harapan kesamaran
Bila warna damai kian pudar
Bertebaran kata dusta
Yang menggoncang nestapa
Tangisan kesayuan
Insan meratapi kehilangan
Merintih menagih ihsan, merindui kedamaian
Kemana hilang kasih dan sayang
Meluntur erti kemanusiaan
Akankah pergi penderitaan
Tak ketemu jawapan
Dan kezaliman kian rakus menggila meratah nyawa
Dan kesengsaraan membarah meruntun jiwa
Munajat pengharapan
Mendamba cahaya keamanan
Menyinari kehidupan
Kemilau Rahmat Tuhan...

::ayuh sama2 kita mengangkat tangan dan memohon kepada Illahi agar dilenyapkan kekejaman tentera ISRAEL laknatullah terhadap saudara2 kita PALESTINE...::
"YA ALLAH, Engkau musnahkan lah mereka...lenyapkanlah mereka yang zalim ini...bantulah saudara2 kami agar mereka terus kuat menempuh dugaan-Mu YA ALLAH.Andai mereka gugur, Engkau tempatkanlah mereka bersama-sama para Mujahidin yang sentiasa berjuang demi menegakkan agama-Mu..."

Thursday 15 December 2011

Hidayah-Mu


Segala puji bagi ALLAH yang melimpahkan nikmat juga rahmat terhadap hamba-hamba-Nya tanpa mengira kecil, besar, tua, muda, pangkat, darjat mahupun warna kulit.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kekasih ALLAH juga buat para sahabat, tabi'in, tabi'-tabi'in...
Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran saya panjatkan terhadap ALLAH s.w.t. kerana dengan keizinan-Nya saya diberi peluang untuk sama-sama berjuang

Wednesday 14 December 2011

A Words on Wednesday #8


"Kerana Langit itu luas bagi mengingatkan kita bahawa kerdilnya kita sebagai seorang hamba di muka bumi Allah ini"

Surah 13 (Ar-Ra'd)
[Ayat : 2]

Allah jualah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia menundukkan matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar untuk suatu masa yang ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan.

Tuesday 13 December 2011

KONGSI: Kisah Hijrah

Dengan Nama Allah 
Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,



Assalamualaikum wbt….dan salam ukhuwah buat sahabat2 NR yg dikasihi dan  setia memberi sokongan yg padu buat kami di sini…hihihi…
Alhamdulillah dapat lg sy menonjolkn diri
yg tak tertonjol nihh kat sini…huhuh…(kesian)
dah bosan ke dgn cara sy nihh???
(kalau bosan bgtau cepat2…sblum masa tamat..ngeh3)
Hurmm….(tgh pikir nihh nak tulis apa)
Adoiiyaiii….idea2!! please come to me…!!

Yaaahh da dapat!!…apa kata sempena bulan yg mulia nihh..(satu muharram detik permulaan…perkiraan tahun Islam hijrah…perpindahan nabi dan ummat Islam dr Kota Makkah ke Kota Madinah…lalala)…haahh,,nyanyi plk dah…

Sebenaqnya mcm nihh…sy dpt idea,,jom kita imbas kmbali masa zaman Rasulullah SAW berusaha utk menyebarkan Islam walaupun banyak halangan yg baginda lalui namun semua itu dapat menghasilkan nikmat yg begitu manis…
Kalau dolu2,,masa kecik2…kita slalu dengaq cerita nabi2 kan…okheih la ni mai kita dengaq kisah Hijrah Rasulullah SAW…boleh??

Ceritanya berbunyi begini….toin..toin..toin..(plek ja bunyi..ngeh3)…
okhei2 yg ni btoi2 punya…
alkisah…..


RASULULLAH SAW berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail a.s melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail a.s menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq r.a dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.


Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib r.a. Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali r.a tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah SAW walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. 

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW.
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali a.s dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah SAW keluar dari rumah itu. Rasulullah SAW dan Abu Bakr a.s keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr a.s tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah SAW dan Abu Bakr a.s meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW.

Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba di perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah SAW akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.


hurmmm..macam tu la kisahnya…
mungkin kisah ni semua dah tau kan…tp cuma sy nak ingatkn kembali dan
kenangkan bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat berjihad di jalan
Allah SWT.

Okheiihhh…..nak lagi???..boleh jerr…nex entry…ngeh3

Meh kita buat penutup pulak…

Sebenarnya bulan Muharram merupakan bulan yang sangat berpengaruh pd sejarah kehidupan umat Islam. Suatu bulan yang menjadi pembuka tahun dalam kelendar Islam, Hijriyah. Suatu bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, kerana bermula dari bulan inilah menurut dunia Islam berlakunya segala kejadian alam ni. Bulan Muharram juga termasuk salah satu dari empat bulan yang dimuliakan Allah dalam al Qur’an.

Secara autonya bulan Muharam ni merupakan bulan yang menyimpan ba…….nyak sejarah kehidupan umat. Di mana pada bulan itu Allah SWT banyak menurunkan peristiwa yang patut dikenang bagi umat sebagai rasa syukur atas kenikmatan yang diberikan, kerana peristiwa2 yang terjadi pada bulan tersebut dapat memberikan banyak inspirasi bagi kelangsungan hidup umat manusia di muka bumi ini…wallahualam

Okheis…da abis daaa….(klau ada yg xbetol dlm kisah tadi tolong bgtau ehh..supaya dapat saya betulkan…hehe,,,takut nt jd ajaran sesat plak..huhu)

MISS NANA: mcm mna citer tadi??... Semoga tahun baru Islam, Muharram 
                     1433 ini, dan juga sempena menyambut kedatangan tahun  
                     baru 2012 juga..supaya kita semua umat Islam dapat  
                     mengambil hikmah dan iktibar yang banyak terkandung dari 
                     sejarah hijrah tadi walaupun dalam zaman kita 
                     sekarang...moh le kite teruskan perjuangan Rasulullah SAW 
                     dgn sebaiknya....

Sunday 11 December 2011

KOMIS#1: Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu…

Assalamualaikum dan salam sejahtera, insyaAllah, slot baru dalam NR adalah pada setiap hari Ahad, akan dikongsikan bersama sahabat-sahabat komik-komik islami (KOMIS) daripada blogger muslim, insyaAllah, bersama-sama kita kunjungi blog mereka dan mengambil iktibar dan pengajaran daripada komik islami. insyaAllah

KOMIS #1
(Klik Link Dibawah)


Saturday 3 December 2011

Hantar Karya Ke Langit

Assalamualaikum
Apa Khabar sahabat2 semua, semoga dalam lindungan payung rahmah Allah SWT. Baiklah pada kali ini cuma mahu menyampaikan berita baik kepada sahabat-sahabat yang suka berkarya, Tak kira la suka melukis ka..menulis ka, berpuisi, seni fotografi ka. Anda boleh hantar karya anda ke langit..


 HAH?? ke langit?? On Air Ka??
Tak la.. kita akan hantarkan karya ke langitilahi.com. yup, Ahk hilal dah bukak peluang untuk siapa siapa yang rasa akrya dia tu yang terbaik antara yang terbaik.. untuk join sama-sama disiarkan di website Akh Hilal..peeghhh...bukan nak kejar kemahsyuran, tapi cuba bayangkan kalau kita menulis sesuatu yang baik dan mengajak ke arah kebaikan, dan sedia maklum reader langit ilahi kan ramai yang amat, so berapa banyak pahala kita boleh dapat?? nak kira ka?? xpayah kira..memang banyak la. tapi niat kena ikhlas la.. kalau tak ikhlas, cam sia-sia la plak jadinya.


ok lah, tak mau sembang banyak, kat abwah ni saya dah COPY PAST kan apa yang akh Hilal Postkan dekat site dia.



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
Semoga redha Allah SWT sentiasa bersama kita. Semoga kita sentiasa mengambil
peluang-peluang dalam kehidupan yang dianugerahkanNya kepada kita. Semoga
kita sentisa berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik. InsyaAllah. Kami di
LangitIlahi.Com, sentiasa mendoakan agar diri kami dan anda, mampu bersama-sama
berpimpinan tangan membina kehidupan ini menjadi yang lebih baik, juga bergerak
ke arah redhaNya dan cintaNya insyaAllah.
Di sini saya, selaku pengasas LangitIlahi.Com, ingin membuat satu pengumuman.
LangitIlahi.Com kini mula menerima karya/artikel daripada anda, pembaca dan pelawat
kami.
:-)

Sekiranya Anda Berminat
Sekiranya anda berminat untuk karya/artikel anda disiarkan oleh kami di LangitIlahi.Com
ini, maka anda perlu memberikan kepada kami perkara-perkara berikut:
1 – Nama. Samaran atau nama sebenar.
2 – Status Pengajian/Pekerjaan.
3 – Tajuk Karya/Artikel.

Tiada tiga perkara ini, maka anda tidak akan kami layani. Maaf.

Bagaimana Hendak Menghantar Karya?
Ada dua cara hendak menghantar karya.
1 – Dengan menyertai Forum LangitIlahi.Com, kemudian kongsikan link karya/artikel
anda pada Thread  ”Kongsi Karya/artikel Anda. Kami Pilih Untuk Siar!” di link berikut:
http://langitilahi.com/forum/viewtopic.php?f=2&t=176&sid=45ab5ff2c0b017f343740ca561fa7f58


Daftar dahulu, baru boleh buka link tersebut. Dan hanya yang meletakkan link mereka
pada thread tersebut sahaja yang kami pilih. Kami tidak akan layan perletakan link anda
 di tempat-tempat lain di LangitIlahi.Com ini.
2 – Sekiranya anda tidak menulis di blog/website, maka sila hantarkan karya/artikel
anda ke email langitilahi@gmail.com.

Genre karya/artikel adalah bebas. Tetapi kami hanya akan memilih yang benar-benar
mematuhi syara’ sahaja, dan tidak melanggar batas-batas Islam. Kami juga akan utamakan
 karya/artikel yang kena dengan tema suasana. Contohnya, ketika musim raya, maka
karya/artikel yang berkaitan dengan raya adalah apa yang akan kami utamakan.
Karya anda akan dinilaikan oleh beberapa panel.
Antaranya adalah saya(Hilal Asyraf) sendiri.

Penutup: Mari Sertai!
InsyaAllah karya/artikel yang terpilih akan disiarkan di LangitIlahi.Com pada setiap
Hari Khamis dan Sabtu.
Ini bermakna, seminggu, akan ada dua karya yang dipilih.
Karya terpilih tidak akan menerima apa-apa saguhati, cenderamata dan sebagainya.
Tinggal, ini adalah peluang anda untuk mengasah bakat, dan juga ini ruang yang kami
berikan kepada pembaca dan pelawat kami, tanda rasa cinta dan menghargai ukhuwwah
antara kami dan anda.

Ini juga adalah usaha kami dalam menggalakkan orang ramai untuk menulis tulisan-tulisan
 yang syar’ie, dan bermanfaat kepada masyarakat.
Kami merancang pada tahun hadapan, kami ingin menubuhkan LangitIlahi Community,
yakni Kelab LangitIlahi. Ini adalah antara step-step awal dalam kami membina hubungan
 dengan pelawat dan pembaca. Mungkin satu waktu nanti, bila Allah izinkan LangitIlahi
mampu menerbitkan buku/novel sendiri secara serius, anda yang merupakan pembaca
dan pelawat kami akan kami utamakan untuk menjadi penulis-penulis kami. InsyaAllah.
Mari Menjadi Hamba!
~ Seorang hamba
Hilal Asyraf
Pengasas LangitIlahi.Com,
Pengerusi LangitIman Resources.

Jadi Apa tunggu lagi...hantar..jangan tak hantar
wallahualam..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan