Mencari sesuatu?

Sunday, 29 April 2012

Aku Tanpa Cermin Mata


Assalamualaikum, apa khabar, semoga dalam lembayung rahmat Allah sentiasa. Baiklah abaikan mukadimah "sudah lama saya tak menulis" sebab dah semua orang tahu...tapi sepanjang saya tidak menulis banyak pengajaran yang saya dapat...hakikatnya banyak benda yang saya nak kongsikan. namun tangan tak mampu untuk merungkapkan kata hati, luahan fikiran dan penakkulan mata yang memandang.

Saya seorang yang mengalamai masalah rabun jauh. Suatu hari, saya keluar ke Pasar malam
dengan niat dalam hati nak tengok gelagat masyarakat setemmpat. Nak dijadikan cerita, saya terlupa mana saya tinggalkan cermin mata saya, jadi ambil keputusan, naik motorsikal ke pekan tanpa cermin mata. Ya Allah time tu tuhan ja yang tahu, saya menahan mata untuk fokus dan menahan silauan matahari. tapi kerana perut yang berkeroncong dan keinginan yang tinggi melihat sekita pekan. GO ON ja la.....

(Pengajaran#1: Betapa lemahnya seorang manusia, bila tanpa bantuan, dia akan menjadi lemah. dan ketahuilah Allah sebaik2 tempat meminta pertolongan)

saya sudah sampai dengan selamatnya (dengan muka yang serius fokus nata untuk bagi nampak jelas). hehe maka bermulalah perjalanan saya berseorangan menyeronot (menyelit2) di tengah ramai. Alhamdulillah tidak bersentuhan. sedang mencari apa kelainan untuk ku beli makan. tapi kelainan lain yang ku jumpa. 3orang kanak-kanak sedang menyanyi lagu nasyid dengan ada belas dihadapannya. dan ada seorang tua berada disebelah mereka sambil bersama2 menyanyikan lagu. Ya Allah..adakah mereka satu keluarga yang susah atau dari pusat pengajian yang sedang meminta sedekah?

gambar hiasan
Aku berjalan lagi, dengan hingar suara penjual...mai akak..mai adik...mai beli ini..beli itu... (tepikir gak..abg2 dia tak panggil pulak..huhu) sekali lagi aku jumpa di persimpangan jalan, bersama seorang anaknya yang masih kecil, dalam lingkungan 2 tahun mungkin..sedang ibunya menadah bekas, anaknya menghisap manisnya mangga. dipersimpangan lain pula, seorang pak cik tua, bersama kakinya yang kudung dan tongkat yang usang.

(pengajaran #2: sesungguhnya dikeliling kita Allah sudah memberi nikmat yang melimpah ruah, namun ada juga Allah menguji manusia dengan kekurangan rezeki. dan disitulah hikmahnya zakat. dan aku rasa bersalah kerana tidak bersedekah)

lepas saya dah beli segala yang dihajati, maka pulanglah saya. duduk di depan Pc, sambil buka youtube. selalunya memang saya akan makan sambil tengok apa2 video di utube, dan video hari itu adalah video ini.


Video ni amatlah berkait dengan apa yang terjadi sekeliling aku malah seluruh dunia. ramai yang rabun dengan kehidupan sampai lupa nam memakai cermin mata alquran. sedangkan nabi ada menyebut. berpegang kepada Alquran dan sunnahnya TIDAk akan sesat didunia, mahupun di akhirat. tetapi Rabunnya manusia, dan tidak mahu mengaku RABUN itu adalah penyakit yang aaaaamat serius, sehingga rabun itu mula parah...dan makin tidak nampak...berlanggarlah dengan apa sahaja di hadapan. lalu cederalah, berdarah, mengerang kesakita. lalu menyalahkan orang lain, sedangkan ditangannya ada cermin mata yang membantu melihat.

Ya Ummat sekarang sudah rabun, Bukan buta, sebab masih ada islam dihati, tetapi dirinya itu rabun. maka pakailah kaca mata Alquran, insyaAllah rabun akan jadi baik, malah mata iman akan jadi cerah. Mata yang cerah dan jelas melihat dapat menjadikan hatinya membuat pilihan yang tepat.


(pengajaran#3 baru tak pakai cermin mata, aku dah susah nak bergerak, mcm mana pula kaca mata Alquran, kalau aku tak pakai, apa kana jadi pada aku?)

Ya Allah semoga kebergantunganku dengan 'cermin mata' Mu (Alquran) lebih tinggi daripada cermin mataku sendiri. Istiqamahkan Kami mengamalkan ajaranMu. InsyaAllah...



P/s: nantikan kemunculan Artikel daripada penulis baru NurRahman, insyaAllah tak lama lagi

3 comments:

  1. semoga terus diberi kekuatan untuk terus beristiqamah

    #mmg rasa bersalah . tgk org y memerlukan tapi x mampu nk menolong *almaklumla akhir2 nie .. *alasan ataupun diri masih pentingkan diri ..hmm

    #selamat menulis sahabat2 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...
      semoga Allah beri kekuatan...

      Delete
  2. bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNYA yg tidak terhingga,,,
    walaupun terkadang mngeluh sbb mata rabun, hilang kca mata da xleh wt pape... bru kce mta.. blom yg len2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan