Mencari sesuatu?

Sunday, 1 April 2012

Kongsi: Sambut April Fool;Aku tak bodoh (repost)



بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
yang menciptakan hati-hati ini
jagalah hati kami dan saudara kami
jangan ada setitik dosa antara kami
kerana keampunan itu hanya terlaksanan
jika kemaafan darinya.

Tahu atau sengaja tidak tahu
Acap kali menjelang 1 april, bagi mereka-mereka yang sedar akan cuba menjelaskan bahawa menyambut april fool adalah haram...ya..HARAM...xtahu ka??
atau sengaja buat-buat xtahu sebab nak mempermainkan akwan-kawan kita? LUCU? SERONOK? ya seronok la anda melakukan satu kemungkaran.

tapi kenapa ya, walau sekian kali kita menceritakan keburukan april fool, sejarah disebaliknya, pengharamman menyambutnya, namu masih ada juga yang membuat kelakuan bodoh itu, dan pandai pula dia berhujah, "setiap perbuatan berdasarkan niat" Ya Allah, boleh pula dia fikir mcm tu, dia ingat memperbodohkan orang tu suatu perkara yang baik? alasan nak merapatkan ukhuwah? hey Alo2...xkan xdak cara lain selain dari memperbodoh dan mempedajal sahabat baik sendiri come on la sahabat-sahabat sekalian...

Cerita yang sama, INGAT!!
Bagi yang tidak pernah langsung mendengar kisah ini, atau pernah tapi terlupa selepas kepala terhentak di dinding bilik air selepas terpijak sabun mandi, mari kita sama-sama memperingati kisah menyayat hati ini, semoga kita kekal mengetahui FAKTA ini, supaya kita tidak mengagungkannya LAGI.

ehemm..ehem....alkisah....

April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.
Gambar Hiasan
Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu 
sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan 
April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG 
TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!


Cukup, Sudah-sudahlah
wah!!! seronok? sambut april fool?? jika anda seorang yg ISLAM, anda mmg B***H, kenapa saya cakap mcm tu, sebab hanya mereka yg bodh sahaja akan melakukan perbuatan yang dilakukan oleh orang kafir dalam memperbodohkan saudara seagama semasa zaman kegemilangan dahulu.

lubangdhab.jpg
Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Penutup: Saya Muslim Yang Pandai 
ok-ok..sekarang kita check list sekejap;


  1. Sekarang saya dah tahu, april fool ini adalah satu penghinaan kepada agama saya 
  2. sekarang saya tahu yang jika saya memperbodohkan sahabat-sahabat saya, saya sama sahaja dengan golongan KAFIR
  3. Sekarang saya tahu, saya akan menyakiti hati sahabat jika saya memperbodohkan mereka
  4. sekarang saya tahu dosa sesama manusia hanya akan diampunkan Allah jika manusia itu memaafkan
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW, beliau bersabda : Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhori dan Muslim)
kalau kita sedar perkara ini, jadi kita antara muslim yang bijak..Setuju? kalau setuju angkat tangan mcm saya (n_n)/
wallahualam....


Abg Man: "Jom Bagi tau kawan-kawan, kita ni muslim yang bijak, sbb kita xsambut April Fool!! yey!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan