Mencari sesuatu?

Sunday 10 June 2012

AKU BUKAN BAHAN PAMERAN


Bismillahirrahmanirrahhim..

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a,,Rasulullah s.a.w bersabda : -
"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan solehah"

Takut dan sedih bila melihat dunia hari ini yang dipenuhi dengan kaum wanita
Apa yang saya dapat katakan bahawa kaum wanita hari ini di eksploitasi

Kenapa saya kata begitu?
Sebabnya terang lagi bersuluh
Asal iklan untuk jual produk je perempuan yang ditayangkan
Persoalannya.....
Nak jual barang ke nak jual orang??

Pelik.....
bila kejohanan sukan berlangsung
Contoh yang saya ambil
sukan lumba kereta
Ada ja perempuan Melayu dan Islam bersadai di tepi kereta
Untuk apa??
Bukan kah itu yang dikatakan pameran free??
Soal pakaian pula tak payah cakap la..
Bila tengok cara pakaian
Dah tak macam orang Islam

Nauzubillah....
Sesungguhnya saya juga seorang perempuan
yang masih berusaha mencari keredhaan Allah

Sedarlah wahai kaum wanita yang disayangi oleh Allah dan Rasul
Ayuh kita cari dan tengok kembali sirah kegemilangan wanita
Pada zaman Rasulullah s.a.w
INGAT!!
Apabila MATI, seluruh jasad kita akan dimamah oleh ulat
Untuk apa kita tunjukkan dan pamerkan benda yang tak sepatutnya pamerkan

Selagi nyawa masih diberi pinjam oleh Allah s.w.t
Selagi itu tiada istilah terlambat untuk berubah

p/s : sesungguhnya saya juga perempuan, saya juga punya ibu,adik beradik perempuan, sahabat-sahabat....saya juga tidak terlepas daripada diuji. Mohon doa kalian semua supaya saya terus istiqamah dalam menegakkan syariat Islam..Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan