Mencari sesuatu?

Saturday 4 August 2012

IT : Perlukah seorang muslim Mahir IT?

Assalamualaikum
hari ini (hari yang saya tulis entri ni) 13 ramadan, Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus menjalani ibadah Puasa, salah satu ibadah yang termaktub dalam rukun Islam. Bila datang bulan ramadan ni, Selalunya ada banyak ruang masa yang tak terisi, betul? Ya la, waktu makan sarapan dan tengah hari sahaja dah tolak dekat sejam. Kalau yang bekerja mungkin la masa makan dijadikan waktu untuk siapkan segala kerja-kerja (sebab balik awal nak siapkan juadah berbuka la katakan..hehe) tapi kalau mahasiswa yang tengah bercuti, yang tak bekerja? Masa anda terisi dengan apa ya?

Alhamdulillah, ramai yang kata, masa terluang diisi dengan mendengar ceramah agama di Youtube dan juga bertadarus via video conference. Alhamdulillah...Alhamdulillah. Menggunakan teknologi yang ada dalam membangunkan islam, Itu satu langkah yang baik. Tapi
tak ramai yang tahu mengenai teknologi.

Kawan-kawan tahu tak yang ramai dari orang islam tak mahir dalam bidang IT? Maksud saya bilangan yang tahu IT yang beragama islam jauh lebih sedikit dari agama lain. Mungkin bagi mereka belajar benda lain lebih penting dan bermanfaan dari belajar IT kerana bagi mereka sebuah Komputer cukup hanya tahu gunakan Microsoft words, Print, dan juga Facebook (Online) haha, mungkin bukan anda yang tengah baca ni, orang lain..orang lain..jangan risau.

Kenapa Perlu Kita Mahir IT?
Jika sahabat-sahabat pernah baca satu entri saya yang bertajuk IT: Kuasa Media, Kuasai Anak Muda, saya pernah bincangkan macam mana pengaruh media dalam kehidupan masyarakat terutama masyarakat malaysia.

Begitu juga lah IT, sekarang ni pekembangan IT terlalu pantas, lagi pantas dari Kereta ferrari, sebab apa? Permintaan dalam dunia yang serba canggih. Jadi adakah kita tidak mahu bergerak seiring dengan perkembangan ini?

Kenapa perlu? pernah tak sahabat semua dapat satu ebrita yang pelik? pernah tak sahabat semua di Tag pada gambar yang meragukan di FB? pernah tak kalian mendengar atau melihat audio yang kontroversi. Soalan saya, tahukah sahabat semua kebenaran disebalik semua bahan bahan yang meragukan ini. Jadi kita perlukan pengetahuan ini bagi memastikan kita tidak ditipu, dan yang paling penting ISLAM tidak di Fitnah!!!

tahukah kalian zaman yang dikatakan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis adalah zaman kita.“Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa”. – (Hadis riwayat Muslim).

Bila kita tidak mahir dalam bidang ini, boleh sahaja kita ditipu, kenapa? Sebab kemajuan teknologi boleh sahaja mengaburi mata, telinga kita. Dengan sedikit ilmu, Kita mampu menyekat penipuan-penipuan teknologi ini. Pernah dengar teknik superimpose? Contohnya kepala orang lain badan orang lain tu..itu kalau gambar, kalau video pon sekarang ni dah boleh dimanipulasi sama macam gamabr. Agaknya la kan, kalau kita juga mahir mengenai bab sebegini dan ditambah dengan ilmu agama yang sedia ada dalam diri, Kita mampu untuk melampirkan bukti bukti, kita mampu merungkaikan rantaian "programming" yang menyekat kebenaran dari tersebar. Bila zaman dalam keadaan begini, masihkah kita rasa ilmu Teknologi masih tak penting untuk seorang Muslim??Dalam kepantasan maklumat dengan teknologi yang canggih masihkah kita rasa masalah ini tidak perlu diambil kira?? Fikirkan

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.(  al-Hujurat, ayat 6)

Blog IT dalam Bahasa Melayu
Berikut saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua beberapa blog dan website yang saya ikuti bagi mendapatkan info mengenai dunia IT. Alhamdulillah, ditulis dalam bahasa melayu (bahasa melayu Malaysia OK, bukan Indonesia) jadi harap ia mudah difahami lah. Kalau diikutkan ada banyak lagi website dan blog yang mengupaskan mengenai Dunia IT dalam bahasa mealyu, anda boleh search "website komputer dalam bahasa melayu" dekat google search. Saya dah lihat, memang ada banyak. tapi yang saya Share di bawah ini adalah yang saya kerap kunjungi, Mempunyai Antaramuka (interphase) yang baik dan ayat yang agak mudah difahami. OK lah sembang panjang pon tak guna, Jom lihat website dan blog tersebut.







Walaupun senarai blog diatas hanya menyatakan secara umum mengenai komputer, sekurang-kurangnya ummat islam tak la BUTA IT, tahulah serba sedikit.

Saya bukanlah mahir, bukan juga tahu pelbagai, tetapi sedikit kesedaran saya, saya mahu berkongsi dengan sahabat, Jangan kita kuasa teknologi hanya untuk diri sendiri semata, Jadikanlah kepakaran teknologi kita dalam memberi sumbangan kepada agama. InsyaAllah, Agama Allah tidak pernah ketinggalan, ia sesuai dengan zaman, dan dengan teknologi sekarang, ISLAM masih boleh berkolaborasi! Yakin dan Percaya.!

3 comments:

  1. what a good artikel wei....gua stuju dgn lu pnye pendapat...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro..trimas sbb setuju ngan pendapat gua...
      terharu2..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan