Dengan Nama Allah
yang menjadikan sesuatu itu
yang menjadikan sesuatu itu
punyai hikmah dan ketentuannya
Hanya manusia yang perlu berfikir
Assalamualaikum, alhamdulillah dalam kesibukan minggu peperiksaan, Allah beri kesempatan untuk saya menulis. Mesti ada yang kata, saya nak cerita pasai kes baru-baru ni..Tapi jujur sejujurnya tak mau langsung sentuh pasai kes tu, kerana bagi saya, saya tidak ada maklumat yang lengkap untuk menerangkan. Cuma apa yang nak disentuh adalah bagaimana mereka menggunakan media sebagai medium menyampaikan, menerangkan dan meluahkan.
Media dan Anak Muda
Aiman Azlan-vlogger & blogger |
Anak muda pula merujuk kepada remaja yang berumur dari belasan tahun sehingga berumur dalam lingkurang bawah 30. Mereka ini berjiwa kental, bertenaga, pantang dicabar, berdarah panas, perasaan ingin tahu yang tinggi dan berani mencuba (ni plak macam belajar psikologi remaja..ngee).
Tapi apa kaitan antara Media dan anak muda? a'aah eekk..apa kaitan dia? eemm.. kaitannya adalah, anak muda amat mudah tertarik dengan Media, dan media mampu mempengaruhi anak muda. selain itu juga, anak muda jugalah yang menguasai media. Bunyi menakutkan kan?? haha, betul...
Mat Lutfi-vlogger |
Contoh mudah la, Facebook, berapai ramai anak muda yang guna, dan berapa lama boleh bertahan depan PC? Blog pulak, berapa ramai anak muda suka baca blog, yang tulis blog pulak pon anak2 muda. dekat Youtube, berapa ramai anak muda sukakan Vlog Amanwan, Matlutfi90, AimanAzlan90 dan Anwarhadi? dan mereka yang buat vlog ini juga anak muda kan..Yang buat short film plak, makin ramai... yang menyanyi kat Utube pon bertambah...Dan saya nak tanya kalian, Betapa ramainya yang famous adalah yang selalu muncul di media, tak payah cakap la kan kalau kita sebut Najwa Latif(Utube) Ustaz Adzhar Idrus (FB & Utube). dan Pesonaliti TV, smuanya dikenali melalui media. Lihat betapa besar pengaruh Media di sini.
Media, Nak Dosa|Nak Pahala?
Namun media sekarang ini, banyak menceritakan sesuatu yang tidak memebrikan faedah pun kepada anak muda, banyak hiburan, banyak yang melalaikan, banyak paparkan identiti buruk masing masing. Akibat daripada pengaruh kuat media kepada anak muda, lihatlah anak muda sekarang,
akibat dari sisi negatif ini, berapa ramai anak muda menjadikan Utube sebagai tempat menjadi 'artis wanna be', menjadi pelakon bermoral rendah, mencari publisti murahan. tempat menyebarkan fitnah juga..puih!! (opss sori..)
Akibat dari sisi negatif, berapa ramai sudah menulis kata-kata fitnah, menulis gosip2 artis, menulis cerita-cerita palsu, sebarkan aib orang lain. menyampaikan sesuatu yang bercanggah dengan syariat. Nauzubillah mintak simpang.

Semua ini kerana, memang naluri nafsu, sukakan hiburan, sukakan sesuatu yang menggairahkan, suka menjatuhkan orang lain, suka melihat orang lain ditindas, suka melihat kerosakkan orang lain. ditambah pulak dengan 'Makhluk' yang direjam itu, membuak-buakkan lagi perasaan anak muda.
ISLAM Perlu Kuasai Media.
Melihatkan daripada potensi tarikan media kepada anak muda, kenapa tidak kita gunakan media sebagai medium utama dalam berdakwah? Yup!! kenapa tidak... kan media dekat dengan jiwa anak-anak muda sekarang. dnegan media jugak mereka mereka terpengaruh dengan sesuatu, dengan media jugak mereka berhibur, dengan media jugak mereka mecari identiti. Jadi kalaulah media tersebut adalah media yang ber 'roh' kan keislaman, agak-agak apa akan jadi kepada anak-anak muda? apa? semua berserban..haha sampai macam tu sekali macam mustahil pulak, tapi siapa tahu, satu hari nanti kan...
Tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh Ustaz Adzhar Idrus dan Ustaz Kazim, menggunakan medium Youtube sebagai tempat berkongsi Ceramah-ceramah mereka, dan lihat sahajalah berapa ramai sambutan yang diterima, Viewer video mereka menjangkau puluh ribuan orang. Subhanallah.
Di Youtube jugak, Vloger-vloger sudah banyak yang membuat Vlog kearah keislaman. tidak ketinggalan juga short filem yang juga mengajak kita mendalami kehidupan islamic. Beberapa Vlogger seperti AimanAzlan, Hilal Asyraf, sehinggakan matlutfi dan Anwar hadi juga sudah mula menjuruskan Vlog mereka kearah keislaman, dan feedback video mereka bukan makin berkurang malah bertambah berganda ganda.
Kesan dan terkesan
fitrah manusia itu sukakan kebaikan dan inginkan kebaikan, sifat baik juga sudah lumrah ada tersemat dalam diri. pernah dengar tidak yang Seorang manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrah? Ya itu bermakna, kita semua adalah mulia. Tapi kenapa dalam dunia ni ada yang berperangai baik dan berperangai jahat??
Ini semua adalah apa yang berlaku disekeliling kita. Dan tahi atau tidak, di zaman sekarang ini, media adalah medium yang selalu mengelilingi kita, setuju tidak? TV, radio, internet dan lain-lain lagi selalu bermain. dan secara tidak langsung membentuk peribadi manusia itu sendiri.
Ini adalah bidalan yang saya gubah. Bagi saya, kalau media berjaya membuatkan manusia biasa berubah, dengan media jugalah kita dapat mengubahnya kembali? Jika media dahulunya membuatkan manusia lalai dan leka pada Allah, kenapa tidak Media membentuk kita untuk kembali ingat patuh dan taat pada Allah? sebab itulah saya rasa ISLAM perlu kuasai media.
Semua itu kembali pada HATI
Betul, cara ini belum tentu berhasil, tapi ingat, walaupun dihukum mereka-mereka yang korup, jika hati mereka kata itulah jalan pilihan mereka yang benar. Maka ia tetap tidak akan jadi apa-apa. Semuanya Terletak pada hati masing-masing. Semoga Allah membukakan pintu hidayah kepada mereka.
Kepada pengguna-pengguna media dan pendakwah-pendakwah, ambillah peluang ini, sahutlah cabaran itu, mulakan demensi baru dakwah dengan cara yang lebih menarik dan interaktif, semoga dengan cara ini dapat menarik lebih ramai untuk dekat dengan Islam, insyaAllah. Wallahualam
Suka nak berkongsi channel video di youtube dengan sahabat-sahabat semua
UAI-ustaz utube |

Dengan Air boleh membentuk tanah dan dengan air juga dapat menhancurkannya semua. Dengan apa dikunci dengan itulah dibuka.
Ini adalah bidalan yang saya gubah. Bagi saya, kalau media berjaya membuatkan manusia biasa berubah, dengan media jugalah kita dapat mengubahnya kembali? Jika media dahulunya membuatkan manusia lalai dan leka pada Allah, kenapa tidak Media membentuk kita untuk kembali ingat patuh dan taat pada Allah? sebab itulah saya rasa ISLAM perlu kuasai media.
Semua itu kembali pada HATI
Betul, cara ini belum tentu berhasil, tapi ingat, walaupun dihukum mereka-mereka yang korup, jika hati mereka kata itulah jalan pilihan mereka yang benar. Maka ia tetap tidak akan jadi apa-apa. Semuanya Terletak pada hati masing-masing. Semoga Allah membukakan pintu hidayah kepada mereka.
"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
screenshot dari short film-Tomato |
Kepada pengguna-pengguna media dan pendakwah-pendakwah, ambillah peluang ini, sahutlah cabaran itu, mulakan demensi baru dakwah dengan cara yang lebih menarik dan interaktif, semoga dengan cara ini dapat menarik lebih ramai untuk dekat dengan Islam, insyaAllah. Wallahualam
Suka nak berkongsi channel video di youtube dengan sahabat-sahabat semua
- ONEHEARTCS
-Short filem + video motivasi - PRODUCTIVEMUSLIM
-kartun islamic - AIMANAZLAN90
-vlog + talk islami
No comments:
Post a Comment