Mencari sesuatu?

Thursday, 9 February 2012

Apa Senyum Senyum!! (-_- #)


senyum itu SUNNAH,
senyuman mu juga SEDEKAH,
anda tersenyum ia merupakan IBADAH,
senyumlah, semoga hidupmu mendapat BERKAH...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah..pertama sekali sy panjatkn kesyukuran ke hadrat Illahi kerana sekali lagi memberi peluang
kepada sy utk sama2 berkongsi sedikit ilmu bersama sahabat2 di sini. Setelah beberapa hari menghilang (yeke bbrapa hari??) kerana terpaksa memenuhi kerja yang lain, akhirnya hari ini sy diberi kesempatan utk sama2 kita meneruskn perjuangan menuju ALLAH yang Esa insyaAllah...(kita mula lah ye..muqaddimah panjang2, boring pulak nnti...=D )

Dikisahkan...
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,”Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

senyum, satu perbuatan yg tidak memerlukan tenaga yg terlalu byk utk kita lakukannya, tetapi masih ramai diantara kita yg sukar untuk melemparkan senyuman(maybe trmsuk sy sniri lah kot. tak snyum pd org xknal j lah, klau yg knal insyaAllah..)

tahukah anda???
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
p/s: info http://psipum.org/15-fakta-tentang-senyum-dari-sudut-kesihatan/

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

menurut hadis diatas, Rasulullah s.a.w menggalakkan kita supaya senyum agar wajah kita kelihatan sentiasa ceria dan bersemangat ketika kita berjumpa atau bertemu dengan orang lain.
"jika anda ingin disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan