Bismillahirrahmanirrahhim
dengan nama Allah
yang memberikan nimat rezeki
kongsikanlah rezeki kami
kepada mereka yang perlu
WAQAF ALQURAN
Baru lepas tengok rancangan bual bicara Assalamualaikum dekat TV AlHijrah, saya terpanggil untuk buat entri hari ini, untuk memberitahu bahawa, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Yayasan Restu mengadakan program Wakaf Al-Quran bagi mengumpul dana untuk membiayai percetakan kitab alQuran dan seterusnya mengedarkannya kepada Masyarakat Islam yang memerlukan.
Apa yang menyentuh hati saya ketika mendengar kata-kata panel, masyarakat islam minoriti di negara lain, ada yang sanggup mencuri alquran dari masjid kerana sukarnya untuk mendapatkan Alquran di negara mereka. Dan laporan beliau mengatakan dana terkumpul baru RM600 000. dan hanya 40 Syarikat yang berkerja sama. target mereka adalah mengumpulkan RM2 juta ++ untuk kali ini, dan bulan Mac adalah 'due date', sebelum Alquran dicetak dan dihantarkan.
Saya rasa ini juga tanggungjawab kita untuk membantu, jadi apa kata kalau kita dermakan sedikit dengan cara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip Wakaf 1 untuk RM1 dan hantar ke 36620. Wakaf 2 untuk RM2 hingga seterusnya wakaf 10 untuk RM10 dan hantar ke nombor 36620.
Atau ada yang mahu menyumbangkan dalam jumlah yang besar, atau dalam bentuk cek, boleh berbuat demikian menerusi Bank Islam Bhd, nombor akaun 14032010021452 atas nama YAYASAN RESTU WAKAF
Dan, panel menyampaikan dua kata yang cukup bermakna,
Erti Firman Allah: “Bandingan orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama satu biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, satu tangkai mengandungi seratus biji. Dan Allah menggandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
[SURAH AL-BAQARAH : 261]
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lainnya.” (Ungkapan hikmah Nabi Muhammad riwayat Bukhari dan Muslim).
Sedekah adalah Sunnah nabi, Sempena Maulud Nabi ini, mari kita huidupkan semula sunnah nabi ini (^^)
No comments:
Post a Comment