Mencari sesuatu?

Friday 5 April 2013

CANTIK MENARIK TERTARIK

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Akhirnya,dah lama tak menaip...

Subhanallah....
Cantik....cantik....cantik
CANTIK tak boleh dipisahkan dengan kaum wanita. Betul, kalau jual apa ja produk kecantikan mesti laku punya. Tak salah untuk cantik sebabnya Allah sukakan kecantikkan. Buktinya :

"Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan"(HR Muslim dan at-Tirmidzi).

Sekarang kalau tengok dipasaran macam-macam fesyen pakaian dengan nama "muslimah" yang tonjolkan. Namun, walau apa pun yang kita buat dan lakukan back to Al-Quran dan As-Sinnah. Kerana itulah harta yang paling berharga yang Rasulullah s.a.w tinggalkan kepada kita. Kita tidak akan sesat selagi mana kita berpegang kepada tali Allah(Al-Quran dan As-Sunnah).

Dalam Al-Quran telah menjelaskan berkenaan dengan cara pemakaian yany menutup aurat bagi wanita. Antara garis panduan mengenai uarat ialah :

Dalam firman Allah s.w.t dalam surah an-nur ayat 24 " Hendaklah mereka    menutupkan kain tudung ke dada mereka". Ayat ini berkenaan suruhan menutup bahagian dada. Menutup disini yang rata-rata kita lihat pada hari ini "balut". Ini kerana istilah tutup, kalau tutup means tak nampak tapi kalau "balut" still nampak bentuk.

NAK BERGAYA BOLEH DENGAN SYARAT :
1) Tutup bahagian terdedah kecuali telapak tangan dan muka
2) Tidak nipis dan tidak ketat(longgar).

almaklumla perempuan ni badan bukan lurus...
dan lelaki ada nafsu...
Remember that!!!

Satu lagi trend islamik masa kini..
Nama jubah muslimah tapi kain melekat di badan sampaikan bila berjalan nampak bentuk. Wahai muslimah, sayangi diri mu. Perlihatkan hanya kepada suami mu BUKAN bakal suami mu. Buat ar-rijal[pemuda], jangan rasa bangga bila berjalan bersama dengan wanita yang terdedah sana sini kerana di akhirat kelak Allah tidak melihat semua tu.........BE CAREFULL TO CHOOSE YOUR PARTNER.............pasangan yang baik akan memimpin kita(muslimah) ke syurga, pasangan yang tidak baik akan memberikan kasih sayang mereka yang akan mengheret kita(muslimah) ke neraka. Nauzubillah...

Gelang kaki pula,kalau si pemakai gelang kaki tak berbunyi ok. Yang tak ok nya bila pakai lepas tu tinggikan kain untuk menampakkan gelang yang dipakai. Ada pula loceng bila jalan berbunyi. Setiap bunyian yang itu adalah menandakan lenggokan si pemakai. Buktinya : bila jalan laju, bunyi akan jadi kuat. bila yang jenis lembut gemalai,gemalai la juga bunyi nya.

Dalam firman Allah s.w.t dalam surah an-nur ayat 31 yang bermaksud : "Dan jangalah mereka(perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkat) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan".

Jelas, NAK PAKAI GELANG KAKI BOLEH TAPI DENGAN SYARAT :
    **Tidak berbunyi
    **Tidak menampakkannya dengan sengaja

Ramai dalam kalangan wanita pada hari ini gemar mencukur bulu kening terutamanya waktu nikah. Menurut  HR Abu Daud "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening". BOLEH NAK CUKUR BULU KENING dengan syarat bulu kening tu lebat dan panjang sampai mengganggu pemandangan. Ketika ini barulah boleh cukur bulu kening. Tapi kalau cukur sebab nak bagi cantik atau saja-saja hukumnya adalah HARAM. Kerana kita telah mengubah ciptaan Allah s.w.t.

Allah tak tengok semua tu sayang(perempuan),kita kena jaga diri kita...
Sebab Rasulullah tengok dalam neraka ramai penghuninya adalah perempuan...
Tapi perempuan paling senang masuk syurga...

p/s : Bagi saya simple, pakaian yang kita pakai dan boleh diguna untuk sembahyang itu adalah menutup   aurat. Bersyukurlah kerana kita diciptakan sebaik-baik ciptaan dan indah tersusun. JANGAN KERANA MENGEJAR KECANTIKKAN KITA TERHUMBAN KENERAKA. Nauzubillah himinzalik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan