Mencari sesuatu?

Monday 8 April 2013

SAYA TAK SEMPURNA


saya tak sempurna..

Bismillah wal hamdulillah...
Syukur kepada Allah kerana masih diberi pinjam nyawa kepada kita serta beri nikmat yang paling besar iaitu iman dan Islam...
Alhamdulillah.....

saya bukanlah yang terbaik..
saya bukan la baik sangat..


Tapi saya berusaha untuk mencapai semua tu..
Untuk mencapai keredhaan Allah..
Kerana saya yakin dan percaya. Kita dapat masuk syurga BUKAN kerana amalan kita sebaliknya adalah kerana rahmat Allah s.w.t. Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya."  Para sahabat bertanya : "Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w : "Tidak juga dengan diri ku, kecuali bila Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada ku". (HR Bukhari dan Muslim).

Disini jelas bahawa kita masuk syurga nanti sebab rahmat yang Allah bagi.
Dah tu macam mana nak dapatkan rahmat Allah??

IKUT APA YANG ALLAH SURUH
TINGGAL APA YANG ALLAH LARANG

Segala persoalan yang kita lontarkan semuanya Allah dah jawab dalam al-Quran. Contohnya dalam bab tutup aurat Allah s.w.t berfirman :- "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan juga isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-ahzab:59)

Allah dah jawab dan nyatakan semua tu beratus-ratus tahun dulu.
Kenapa kita nak mendustakannya??
Kenapa kita nak dustakan ayat yang Allah turun??
Hebat sangat kah kita??

Kalau nak ikutkan soal layak ke saya untuk bercakap soal agama..
Sudah tentu tidak..
Saya bukanlah sempurna...
dan saya bukanlah dalam bidang agama
Tetapi atas dasar tangunggajawab yang Allah bagi..
Dan Allah akan persoalkan apa yang saya buat semasa hidup didunia ini..
Menyebabkan saya berusaha untuk bercakap dan menulis dalam bab agama..
Walaupun hanya sedikit usaha saya ini,,
Semoga ada nilai disisi Allah s.w.t...

Apabila diakhirat nanti...
Sekurang-kurangnya saya ada jawapan untuk jawab dihadapan Allah nanti..
Tak la diam seribu bahasa.

Satu analogi yang saya nak bawakan :
Kalau kita duduk ramai-ramai dalam kuliah,
Penyarah akan nampak semua sama je,
Tapi bila kita selalu jumpa penyarah untuk berbincang dan bertanya,
Penyarah pun akan kenal kitakan..

Begitu juga dengan Allah...
Ramai kot manusia dalam dunia ni...
Jadi, Bangunlah malam..
Jumpa Allah...
Berdialog lah dengan Allah..
Curahkan segalanya kepada Allah..
Hati akan tenang...InsyaAllah..
Sama-sama kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

::Tiada Perubahan tanpa usaha::    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan