Mencari sesuatu?

Saturday 13 April 2013

JUBAH MAKSIAT


       بسم الله الرحمن الرحم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan
Penyayang, Yang menguasai seluruh alam.Sungguh Allah telah menciptakan manusia daripada sebaik-baik kejadian. Betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah....
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberikan ruang untuk kita sama-sama berubah
InsyaAllah(dengan izin Allah)...

Saya berbicara dengan apa yang saya lihat pada masa kini. Saya kira dah menjadi satu trend masa kini yang mana rata-rata kalau kita tengok mengenakan jubah. Alhamdulillah bila dengar nak pakai jubah. Tapi malang sekali bilamana jubah yang selalunya bila kita sebut jubah pasti akan terbayang yang labuh dan menutup badan. Kini bila sebut jubah kena tengok dulu sebab jubah bukan sebarang jubah. Semua ni sebab terlalu ikut fesyen dan terlalu ghairah untuk menampakkan kecantikan diri. Allah......
Sedangakn dalam al-Quran Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[surah al-Ahzab 33:59]


Bukan apa,,
Kita jangalah ikut je peredaran zaman sampai mengabaikan syariat..
Kita kata Islam tu universal tapi sejauh mana kita aplikasi ke "universal" tu??
Tepuk dada tanya iman..
Jangan tanya hati...
Nanti mati...

Islam ni agama yang sangat terperinci..
Sampaikan cara makan,ketip kuku...
Cara pemakaian...
Semuanya diajar oleh Allah melalui Rasulullah...
Tapi kita still mengambil yang barat sebagai cara hidup kita...
Adakah kerana kita semakin jauh dengan al-Quran??Nauzubillah...
Sama-sama kita cek balik apa yang telah kita lakukan...

Bila org bukan Islam kutuk Islam, kita marah bukan kepalang lagi...
Bagus dah bila rasa gitu berbanding yang tak rasa langsung...
Tapi sedar ke tak  kita pun kadang kala tak laksanakan pun apa Islam suruh...
Islam bukan sekadar mengucap dua kalimah, solat, puasa, zakat dan haji sahaja tetapi Islam melingkupi semua benda.

P/S : Jangan lah kita jadi penyebab kepada ayah, abang,adik lelaki dan suami(buat yg dah kahwin) kita dihumban ke dalam neraka.




Tuesday 9 April 2013

ALLAH 4 ALL

Bismillah wal hamdulillah

Allah.....
Tiada satu perkataan yang boleh ditukar atau diganti..
Kerana Allah adalah Allah....
Bukan God, bukan Lord atau apa sahaja..

Isu kalimah Allah telah hangat diperkatakan oleh orang ramai
Yang paling nampaknya adalah parti politik..
Yang tak sepatutnya bersuara pun bersuara....

Sepatutnya perkara sebegini tidak terjadi kerana kalau kita sakit pasti kita kan rujuk doktor. Kalau nak buat bangunan pasti kita akan minta arkitek untuk lukis plannya. Jadi kalau bab agama dan hukum biarlah orang yang sewajarnya menjawab (alim ulama'). Apabila orang yang tidak sepatutnya bersuara maka macam-macam huraian yang tidak sepatutnya keluar,keluar sehingga menyebabkan golongan yang mempunyai pemahaman yang sedikit ini pening dan wujud kekeliruan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Saya pun bukanlah orang yang selayaknya untuk menulis dalam bab macam ni. Tapi saya rasa perlu untuk tulis berkenaan isu ini supaya jangan kita tersalah menghukum sehingga orang yang bercakap benar itu disalah ertikan.

Pertama : Allah adalah untuk semua. Ada yang tak setuju?? sila nyatakan
               Allah adalah untuk semua bermaksud Allah BOLEH DISEBUT oleh sesiapa sahaja selagi mana
               TIDAK bertujuan untuk menghina.

Kedua : Allah TIDAK dapat diterjemahkan kedalam bahasa apa pun...Ada yang tak setuju?? Sila nyatakan
             Perkataan Allah itu sendiri TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN kedalam bahasa pun bermakna
             Allah adalah Allah.  

Ini adalah pencerahan yang saya perolehi setelah berjumpa dengan beberapa orang yang fakeh dalam bidang keagamaan. Yang terbaru alhamdulillah berkesempatan berjumpa dengan peguam yang mana hujahnya yang diberikan dari segi undang-undang, hukum Islam dan juga logik akal telah membuatkan saya berani untuk menulis berkenaan isu Kalimah Allah ini.

P/S : Jika ada kesalah sila perbetulkan.

Monday 8 April 2013

MAngsa Rakus



Allah....
Hari ni terbaca satu entri berkenaan dengan saudara kita di bumi Palestin dan syiria...
fikiran bercelaru untuk tulis dan berusaha untuk tapis penulisan ni..

"Saudaraku! sekali lagi ingin saya kata,takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah!Tolonglah!Tolonglah"

Ayat ni berulang kali diaungkan oleh wanita Islam yang ditahan dalam penjara Israel dan Amerika Laknatullah...

Kenapa dia cakap macam tu??

Sebab setiap malam meraka jadi mangsa rakus kekejaman askar Israel laknatullah...
Apa lagi yang boleh meraka lakukan??
Menjerit??
Menangis??
Meratap??

Mereka dirogol sahabat-sahabat...
Mereka dibogelkan...
Mereka tidak dibernarkan solat...
Apa yang kita buat untuk mereka??
Apa yang kita buat??

YaAllah.....
Sedar tak kita di semai dengan hiburan...
Kita dibaja dengan kemewahan...
Sedang mereka dalam penderitaan yang amat sangat disana..

Tahu tak apa yang jadi kepada perempuan-perempuan Islam didalam tahanan??
Akibat daripada terseksa berbulan-bulan lamanya...
Mereka bunuh diri sahabat-sahabat....
Sebab nya mereka dah tak tahan diperlakukan seperti binatang.....

Ingatlah sahabat-sahabat...
Kita akan dipersoalkan apa yang kita buat diatas muka bumi ini..
kita akan dipersoalkan apa yang kita buat bila saudara seIslam kita di lakukan dengan zalim...
Bersedialah untuk jawab diakhirat kelak dengan apa yang kita lakukan didunia ini...

Inilah yang menyebabkan para mujahidin disana tidak gentar untuk mati daripada melihat perkara ini terus terjadi. Bahkan mereka tidak pernah kenal pun erti penat dan lelah. Hiburan mereka hanyalah kitab suci Al-QURAN. Tidur mereka tidak cukup dan tidak se selesa macam kita sahabat-sahabat.

BANGKITLAH SYABAB!!!!!!!
BANGUNKAN TAHAJUD MU!!!!
Bina kekuatan rohani mua.....

**Allah pasti akan bantu bagi sesiapa yang berjuangan untuk agamaNya**

SAYA TAK SEMPURNA


saya tak sempurna..

Bismillah wal hamdulillah...
Syukur kepada Allah kerana masih diberi pinjam nyawa kepada kita serta beri nikmat yang paling besar iaitu iman dan Islam...
Alhamdulillah.....

saya bukanlah yang terbaik..
saya bukan la baik sangat..


Tapi saya berusaha untuk mencapai semua tu..
Untuk mencapai keredhaan Allah..
Kerana saya yakin dan percaya. Kita dapat masuk syurga BUKAN kerana amalan kita sebaliknya adalah kerana rahmat Allah s.w.t. Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya."  Para sahabat bertanya : "Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w : "Tidak juga dengan diri ku, kecuali bila Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada ku". (HR Bukhari dan Muslim).

Disini jelas bahawa kita masuk syurga nanti sebab rahmat yang Allah bagi.
Dah tu macam mana nak dapatkan rahmat Allah??

IKUT APA YANG ALLAH SURUH
TINGGAL APA YANG ALLAH LARANG

Segala persoalan yang kita lontarkan semuanya Allah dah jawab dalam al-Quran. Contohnya dalam bab tutup aurat Allah s.w.t berfirman :- "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan juga isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-ahzab:59)

Allah dah jawab dan nyatakan semua tu beratus-ratus tahun dulu.
Kenapa kita nak mendustakannya??
Kenapa kita nak dustakan ayat yang Allah turun??
Hebat sangat kah kita??

Kalau nak ikutkan soal layak ke saya untuk bercakap soal agama..
Sudah tentu tidak..
Saya bukanlah sempurna...
dan saya bukanlah dalam bidang agama
Tetapi atas dasar tangunggajawab yang Allah bagi..
Dan Allah akan persoalkan apa yang saya buat semasa hidup didunia ini..
Menyebabkan saya berusaha untuk bercakap dan menulis dalam bab agama..
Walaupun hanya sedikit usaha saya ini,,
Semoga ada nilai disisi Allah s.w.t...

Apabila diakhirat nanti...
Sekurang-kurangnya saya ada jawapan untuk jawab dihadapan Allah nanti..
Tak la diam seribu bahasa.

Satu analogi yang saya nak bawakan :
Kalau kita duduk ramai-ramai dalam kuliah,
Penyarah akan nampak semua sama je,
Tapi bila kita selalu jumpa penyarah untuk berbincang dan bertanya,
Penyarah pun akan kenal kitakan..

Begitu juga dengan Allah...
Ramai kot manusia dalam dunia ni...
Jadi, Bangunlah malam..
Jumpa Allah...
Berdialog lah dengan Allah..
Curahkan segalanya kepada Allah..
Hati akan tenang...InsyaAllah..
Sama-sama kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

::Tiada Perubahan tanpa usaha::    

Friday 5 April 2013

CANTIK MENARIK TERTARIK

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Akhirnya,dah lama tak menaip...

Subhanallah....
Cantik....cantik....cantik
CANTIK tak boleh dipisahkan dengan kaum wanita. Betul, kalau jual apa ja produk kecantikan mesti laku punya. Tak salah untuk cantik sebabnya Allah sukakan kecantikkan. Buktinya :

"Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan"(HR Muslim dan at-Tirmidzi).

Sekarang kalau tengok dipasaran macam-macam fesyen pakaian dengan nama "muslimah" yang tonjolkan. Namun, walau apa pun yang kita buat dan lakukan back to Al-Quran dan As-Sinnah. Kerana itulah harta yang paling berharga yang Rasulullah s.a.w tinggalkan kepada kita. Kita tidak akan sesat selagi mana kita berpegang kepada tali Allah(Al-Quran dan As-Sunnah).

Dalam Al-Quran telah menjelaskan berkenaan dengan cara pemakaian yany menutup aurat bagi wanita. Antara garis panduan mengenai uarat ialah :

Dalam firman Allah s.w.t dalam surah an-nur ayat 24 " Hendaklah mereka    menutupkan kain tudung ke dada mereka". Ayat ini berkenaan suruhan menutup bahagian dada. Menutup disini yang rata-rata kita lihat pada hari ini "balut". Ini kerana istilah tutup, kalau tutup means tak nampak tapi kalau "balut" still nampak bentuk.

NAK BERGAYA BOLEH DENGAN SYARAT :
1) Tutup bahagian terdedah kecuali telapak tangan dan muka
2) Tidak nipis dan tidak ketat(longgar).

almaklumla perempuan ni badan bukan lurus...
dan lelaki ada nafsu...
Remember that!!!

Satu lagi trend islamik masa kini..
Nama jubah muslimah tapi kain melekat di badan sampaikan bila berjalan nampak bentuk. Wahai muslimah, sayangi diri mu. Perlihatkan hanya kepada suami mu BUKAN bakal suami mu. Buat ar-rijal[pemuda], jangan rasa bangga bila berjalan bersama dengan wanita yang terdedah sana sini kerana di akhirat kelak Allah tidak melihat semua tu.........BE CAREFULL TO CHOOSE YOUR PARTNER.............pasangan yang baik akan memimpin kita(muslimah) ke syurga, pasangan yang tidak baik akan memberikan kasih sayang mereka yang akan mengheret kita(muslimah) ke neraka. Nauzubillah...

Gelang kaki pula,kalau si pemakai gelang kaki tak berbunyi ok. Yang tak ok nya bila pakai lepas tu tinggikan kain untuk menampakkan gelang yang dipakai. Ada pula loceng bila jalan berbunyi. Setiap bunyian yang itu adalah menandakan lenggokan si pemakai. Buktinya : bila jalan laju, bunyi akan jadi kuat. bila yang jenis lembut gemalai,gemalai la juga bunyi nya.

Dalam firman Allah s.w.t dalam surah an-nur ayat 31 yang bermaksud : "Dan jangalah mereka(perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkat) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan".

Jelas, NAK PAKAI GELANG KAKI BOLEH TAPI DENGAN SYARAT :
    **Tidak berbunyi
    **Tidak menampakkannya dengan sengaja

Ramai dalam kalangan wanita pada hari ini gemar mencukur bulu kening terutamanya waktu nikah. Menurut  HR Abu Daud "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening". BOLEH NAK CUKUR BULU KENING dengan syarat bulu kening tu lebat dan panjang sampai mengganggu pemandangan. Ketika ini barulah boleh cukur bulu kening. Tapi kalau cukur sebab nak bagi cantik atau saja-saja hukumnya adalah HARAM. Kerana kita telah mengubah ciptaan Allah s.w.t.

Allah tak tengok semua tu sayang(perempuan),kita kena jaga diri kita...
Sebab Rasulullah tengok dalam neraka ramai penghuninya adalah perempuan...
Tapi perempuan paling senang masuk syurga...

p/s : Bagi saya simple, pakaian yang kita pakai dan boleh diguna untuk sembahyang itu adalah menutup   aurat. Bersyukurlah kerana kita diciptakan sebaik-baik ciptaan dan indah tersusun. JANGAN KERANA MENGEJAR KECANTIKKAN KITA TERHUMBAN KENERAKA. Nauzubillah himinzalik

Tuesday 2 April 2013

Kencing Ke Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua

moga sentiasa dalam lindungan Allah

Membuang air kecil, itu lumrah, tetapi kenapa sehingga melakukan sestua yang fitra sampai masuk ke neraka? mendapat azab kubur? Nauzubillah. apakah penyebabnya? adakah kita dilarang kencing? uuii..mana boleh tahan tu...Jadi kenapa sehingga boleh mendapat azab dan masuk ke neraka??

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu berkata : “Suatu kali Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam melewati kebun di antara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba beliau mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Lalu Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

“Sungguhnya kedua mayat ini sedang diazab. Bukanlah keduanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci dari kencing. Dan seorang lagi kerana berjalan kesana kemari mengadu domba. Maka Nabi S.A.W meminta pelepah tamar yang basah lalu dipatahkan kepada dua bahagian dan dipacakkan kepada dua buah kubur tersebut. Dan Nabi saw pun bersabda : Mudah-mudahan diringankan azab dari kedua mayat ini selama pelepah ini belum kering.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Prihatin dengan diri sendiri

Nauzubillah, kadang kalai kita tak sedar yang kita melakukan kesilapan ketika membuang air kecil sehingga menyebabkan kita diazab di kubur dan masuk ke neraka, Nauzubillah. Tetapi apakah punca kencing mengheret kita kepada azab Allah? Jom buat check list!!

  1. Air Kencing terpercik ke pakaian
  2. Kemaluan tidak dibersikan dengan betul (masih bernajis)
  3. Najis masih keluar selepas selesai kencing
Mungkin kerana 'nak cepat' kita terlupa 3 perkara dia atas sehinggakan kita dalam keadaan tidak suci, bila mana kita tidak suci, bagaimana kita mahu lakukan ibadah? Sahkah beribadah terutamanya Solat dalam keadaan bernajis?


Koreksi diri, tambahkan kepekaan kita walaupun kepada benda yang kecil seperti ini. Antara cara menyelesaikan masalah diatas yang dapat saya cadangkan kepada anda adalah

  1. Elakkan kencing berdiri (Harus kencing berdiri kalau darurat) kerana kencing berdiri dikhuatiri akan terperik air kencingnya.
  2. Kencing duduk juga berkemungkinan akan terperik air kencing, jadi lipat kaki seluar sebelum kencing. Usai segala urusan, basuh kaki.
  3. Basuh kemaluan seeloknya, sehingga yakin. Guna tangan untuk mengeluarkan saki baki kencing atau berdehem. dan basuhlah sehingga bersih
  4. Masalah kencing tidak lawas ini, masalah yang perlu dapatkan rawatan. samada dengan rawatan moden ataupon tradisional. namun terbaca artikel yang mana, cuba amalkan kencing 2 kali iaitu selesai kencing pertama, bangun dan kencing lagi buat kali ke dua. Masalah kencingtidak lawas ini ada kaitan dengan otot pundi kencing.

    untuk bersolat bagi mereka yang mengalami masalah ini. ulama telah menggariskan cara iaitu sucikan kemaluan terlebih dahulu. gunakan kain atau lampin untuk menutup kemaluan tersebut. dan terus berwuduk dan bersolatlah. Jika terkeluar maka dimaafkan kerana ia satu penyakit yang sukar dikawal. Namun untuk solat yang berikutnya, selagi mana kamu rasa kamu masih suci dari hadas, maka solatlah. (rujuk:http://tanya-ustaz.com/cara-solat-bila-kencing-tak-lawas/)
wallahualam, itu sedikit yang dapat saya kongsikan dari ilmu saya yang cetek. insyaAllah moga beri manfaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan