Mencari sesuatu?

Sunday, 6 February 2011

Diskusi: Sayang awak, Rindu Awak

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
yang mencipta perasaan
tanamkan perasaan ini
tertinggi kepadaMu kepada RasulMu
Ayah Bonda, serta agamaku
agar cinta kepada manusia
adalah kurniaanMu

Antara dua kasih
Febuari 2011 bakal menguji meter cinta antara kita, kenapa?? Eermm..sbb pada bulan ni akan menguji kita samada kita akan menzahirkan kecintaan kepada kekasih yang mna?? Yang halal kah atau yang…. Masing2 paham.

Saya yakin, entri mengenai haramnya menyambut valentine day mesti sudah banyak di postkan oleh sahabat2 blogger yang lain, tinggal nak dibaca oleh mereka2 yang tergerak hatinya, kenapa dengan valentine day?? Ala, pasai haram menyambutnya la, kenapa? Terlupa ka? InsyaAllah nnt sy ceritakan

Eemm, mengenai satu lagi kekasih yang sy tuliskan sebelum ini, Dia ialah Muhammad SAW, kenapa? Tak pecaya, saya bukan maksudkan nak ucapkan valentine day kat nabi la, tapi hari kelahiran nabi adalah sehari selepas 14 febuari, xpecaya? Pegi tengok kalender kuda, yang ada kotak kuning putih tu…betol x??
Dan sekarang, siapakah yang kita akan pilih? Biar iman yang tentukan, boleh?

Valentine HARAM, Full stop!!
Fuh kanan!! Fuh kiri!! Mintak simpang dari menyambutnya, sahabat2 semua tau kan kenapa kita di HARAMkan menyambut hari valentine, sebab
  1.  Sambutan ini menjerumus kepada maksiat yang berpanjangan…~~~
  2.  Meraikan sorang paderi yang kononnya memperjuangkan cinta ‘suci’, siapakah paderi dihati anda??
  3. Memperingati@ merupakan perayaan meraikan sedewa dewa (xingat dewa apa namanya)
  4. perayaan meraikan kejatuhan islam (di sesetengah tempat suatu ketika dahulu).
Emm, lagi pon kan ada dalil, yg menyuruh kita menjauhi zina, ulama mentafsirkan zina di sini bukanlah perhubungan  ‘itu’ sahaja tetapi apa yang menjerumus kepada itu, kita mesti jauhkan.

Satu persoalan, kalau pasangan suami isteri nak wish valentine day kat pasangan masing2, boleh x, nnt hubungan akan lebih intim, so sweet~~(eerrr….) dan saya nak balas balik dengan beberapa soalan,

1.       kenapa mesti hari tu baru nak lafaskan perasaan??
2.       Kenapa baru hari tu baru nak romantic??
3.       Siapakah yang memberikan kebahagian dan keintiman??     
kenapa baru nak berkasih sayang sesama insan??
4.       Adakah anda seorang muslim?

ada orang bagi cadangan, kita ubah kepada satu kebaikan, kita wishkan kepada kawan2..setuju?? JANGAN!!! kan tadi dah kita bincangkan yang sambut valentine tu haram, jadi dia tetap HARAM... kalau xpuas hati jugak, jom kita berbalik pada soalan yang dekat atas nih

Hari kekasih yang sebenar
isshhh...tadi kata xboleh sambut hari kekasih, sbb hari kekasih = valentine day, ni ada pulak hari kekasih sebenar....

sabar2...sy nak ajak sahabat2 bukak kalender, perasan x yang 15 haribulan itu adalah hari kelahiran nabi junjungan teragung kita, kekasih Allah dan ummat2nya. haaa.. itu la hari kekasih yang sebenar. kenapa muka mcm xpuas hati tu??apadia BIDAAH??

eemm, mmg la Nabi xpernah sambut birthday dia, mcm kita ni, beli kek secrete recipe bagai, tapi adakah menyambut hari kelahiran nabi ini adalah satu yang mendatangkan mudarat kepada kita?? bukankah kita dapat menambahkan lagi rasa sayang kita kepada nabi?? bukan kah kita ini ummat yang baginda sayangi??
Jom kita bandingkan Valentine day dengan Maulid Nabi

Bandingkan!!

sambutan
Valentine day
Maulud Nabi
Aktiviti
  1. bagi bunga
  2. bagi choclate bentuk hati
  3. bagi kad ucapan
  4. bagi pelukan
  5. bagi ciuman
  6. bagi ...........
  7. bertambah maksiat
  8. bertambah zuriat xhalal (nauzubillah)
banyak lagi perkara yang kita buat dengan niat cinta kepada pasangan dengan dibantu makhluk ke 3, menjerumus kepada maksiat Nauzubillah
  1. berarak sambil berselawat
  2. membawa sepanduk memuji nabi Muhammad
  3. mendengar ceramah agama mengenai Nabi
  4. mendoakan Nabi
  5. mengamalkan sunnah nabi
  6. menambahkan rasa cinta kepada nabi melalui program yang dianjurkan
banyak lagi perkara yang kita buat dengan niat cinta kepada nabi insyaAllah akan mendapat pahala daripada Allah

Eermm...mungkin ada yang kata sy xadil dalam memberi pandangan, tapi jika difikirkan, siapakah yang lebih berjasa yang kita patut raikan?? adakah yang memberikan islam kepada kita, atau yang memberikan kepuasan nafsu kepada kita??

Ya tidak dapat dinafikan, naluri kasihkan manusia yang berlainan jantina itu adalah fitrah, dan itu juga ada pada saya, tapi bukan kah saya dan anda ada satu lagi perisai iaitu iman, dan iman lah yang membatu kita mengawal perasaan itu. dan satu cara kita nak salurkan persaan sayang dan cinta kita kepada manusia adalah?? Ya sahabat-sahabat tahu, dengan NIKAH.

tapi jika tidak mampu bernikah, mcm mna kita nak menyalurkan perasaan sayang dan kasih kita pada manusia itu, Apa yang sy belajar adalah jangan bercouple dengan pasangan anda. Eermm?? kenapa?? anda pernah dengar atau baca pasai ayat ni?
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26).
adakah anda mahu jadi pasangan yang jahat untuk pasangan anda?? melakukan perhubungan tanpa nikah. Ya kita akan cakap, kita xbuat apa2, tapi setebal manakah iman anda untuk menangkis hasutan makhluk ke tiga? bagi saya, saya mahukan pasangan saya itu baik, jadi saya mesti menjadi baik, kalau saya nak pasangan yang jahat, sy xpayah susah2 jadi baik...carik ja kat tepi2 jalan..Nauzubillah

Penutup: Cinta itu suci maka sucikanlah
Cinta ilahi cinta hakiki, cinta rasul cinta diberkati, cinta manusia cinta insani, cinta harta xmembawa kemati. jadi sucikan cinta dengan islam, agar ia bersinar terang, dipandu kebenaran, dibaja keindahan, diulit keenakan keberkatan Allah...

mari kita letakkan cint akita ditingkat-tingkat cinta yang sebenar...wallahualam




17 comments:

  1. salam..izin btanya..mcm mna klau individu itu, cthnya klau dia nk mraikan hari kksih ni tp bkn srtus pratus smbut vlentine la,,cuma dia nk mghargai hubngan mereka yg trjalin dgn mberikan al quran misalnya dan bukan dgn coklat bbentuk hati dan sbgainya...??

    mcm lawak ja soalan..tp nk nk mntak komen??

    ReplyDelete
  2. @hikmahtapi kenapa mesti pada hari valentine day (14/feb) walaupun perbuatan berdasarkan niat, tapi niat x menghalalkan cara, kalau nak bagi better bagi pada hari lain, kan kita ada 365 hari...lagi pon kalau bagi pada hari tu taku2 niat berubah..xkan xtau makhluk ke 3 tu perangai dia mcm mna,,,

    ReplyDelete
  3. @TintApEnaooo..kiranya klau dia nk bg hdiah, bkn pd hari vlntine dan niat dia pon bkn nk smbut hari kksih cma sbg tnda mnghargai ble laa..??

    ReplyDelete
  4. @hikmahtapi bagi quran kan??? eemm... susahnya nak carik orang yg bagi quran sebagai hadiah penghargaan, selalunya kalo bagi quran ni nak nikah@bertunang....eerrmmm ada niat ka??

    ReplyDelete
  5. @TintApEnahaha..psai tu la tny sbb ssah la nk jmpa org yg quran...aisss lmbt g..bknny apa skdar mndapatkn ilmu

    ReplyDelete
  6. minta izin utk share psal ni. bminat.

    ReplyDelete
  7. @Aimifiqakalau ada kesalahan atau xsesuai bahasa. boleh la edit2.. kalau fakta salah betul2kan la ekk

    ReplyDelete
  8. terime kaseh berkongsi pasal ni :)

    ReplyDelete
  9. @sitihanisahaliterima kasih jugak sbb sudi baca entri xseberapa ni...xlayak rasanya menerima penghargaan

    ReplyDelete
  10. tq sgt2 acap
    en3 yg bertenaga utk pembaca....
    like3

    ReplyDelete
  11. entri ni telah berjaya menarik minat 190++ pembaca..boleh sy rumuskan yg ramai pembaca blog sukakan entri mengenai cinta??

    ReplyDelete
  12. pandangan yg tepat N terisi :)
    insyaALLAH

    ReplyDelete
  13. @aceraquesatu penghormatan..syukran..doakan sy tidak menulis perkara2 yang salah..insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan