بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Kekalkanlah Talimu Pada Kami
Dan Tali persaudaraan Kami
Dengan Saudara-Saudara Kami
Agar Kami sentiasa Saling Melengkapi
"Dulu, masa kecik-kecik, pantang bergaduh sikit ja, mula la “tak mau kawan…!!”, pastu xsampai sehari, eerrr..xsampai beberapa jam kadang-kadang terus bebaik, siap jadik macam kawan baik lagi..hahah bila teringatkan waktu tu dulu, tersedar aku, betapa susahnya nak putuskan hubungan persahabatan tu sendiri…subhanallah.."
Beza Untuk
Melengkapi.
Kadang-kadang tertanya juga, apa maksudnya perbezaan kita du
dunia ni adalah untuk saling lengkap melengkapi. Kenapa di dunia ini kita
diciptakan berbeza-beza, walhal Allah mampu berbuat semua dari kita ini sama
sahaja. Pernah tak terfikir macam saya fikir??
Dan tiba-tiba saya dapat satu idea, dan idea itu adalah
jawapan yang paling ringkas tetapi amat logik.(bagi saya yang biasa-biasa ni
la). Analoginya macam ni;
Berbeza 100%
Ibarat tudung pen dan pena itu sendiri, betuknya berlainan,
fungsinya berlainan, dan yang paling jelas, bentuknya berlainan. Tapi kedua-duanya
saling lengkap melengkapi. Tanpa tudung pen, pen akan menjadi kering mata
penanya, dan tanpa pen, tudung pen tak membawa sebarang erti dan kemungkinan
nama dia bukan tudung pen pun..hehe
Begitu la penciptaan makhluk-makhluk di dunia ini, ada yang
diciptakan sebagai tumbuhan haiwan, dan kita manusia. Haiwan dan tumbuhan amat
berguna kepada manusia, menjadi sumber makanan, keperluan harian dan
bermacam-macam lagi, bagi haiwan dan tumbuhan pula, manusia amat berguna kepada
mereka terutama haiwan ternakan, manusia yang menjaga mereka, merawat, dan
menambah baikkan sifat mereka (evolusi sains). Jelas bukan yang kita ni salng
lengkap melengkapi. Subhanallah
Serupa tapi xsama
Satu lagi analogi mudah, pernah main jigsaw puzzle? Bentuk dan
gambar pada setiap keping jigsaw puzzle tu hampir serupa, tapi xsama kan. Dan bila
digabung-gabungkan, akan menjadi satu gamba yang lengkap, walaupun mengambil
masa yang agak lama untuk menyelesaikan satu gambar rajah itu, tetapi bila
semunya terjalin, maka satu kepuasan semasa gambar itu Berjaya tercantum
semuanya.
Kembali kepada kehidupan sebenar, manusia ini tercipta sama
fizikalnya (termasuk yang istimewa). Dan yang membezakan, sifat, tingkah laku,
cara pemikiran dan cara bertindak. Itulah manusia. Tetapi kita berlu saling
bersatu, saling kenal mengenali, dan bersikap rendah diri. Barulah maju
sesebuah bangsa itu.(tetiba mcm belajar kenegaraan)
Firman Allah SWT :Maksudnya :Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [surah Al Hujurat, Ayat 13]
Yang mana tidak tahu, yang tahu beritahu, yang mana tidak
pandai, yang pandai tolong ajar, yang mana yang tak faham, yang faham tolong
terangkan. Yang mana masih terlena, yang terjaga tolong kejutkan. Yang mana
terlupa, yang beringat tolong ingatkan. Itulah konsep saling lengkap melengkapi
Jangan Cepat Menghukum
Akibat daripada gagal menemui hikmah kewujudan kita secara berbeza-beza ini, ramai yang mengambil tindakan melulu, tanpa berfikir rasional disebalik tindakan mereka. Ya mmg susah untuk mengubah sesuatu yang biasa tetapi tidak salah jika kita mencuba dan ingat kita tiada kuasa untuk mengubah, tetapi kita cuba membetukkan.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Banyak Hikmah,
carilah…
Ya, Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, semuanya ada hikmah dan kebaikan untuk keperluan ummat yang hidup di dunia ini,
jadi, kembalilah, kuatkan ikatan persaudaraan kita, ikatkan ikatan kasih sayang kita, pada saudara, sahabat, pada alam dan kehidupan sekelilingnya, dan kepada Allah dan rasul yang terutama...semoga Allah kuatkan tali2 ukhwah dan mahabbah kita, insyaAllah
saya tinggalkan sahabat-sahabat sekalian dengan 2 potong maksud ayat alQuran, semoga kit amengambil iktibar darinya..insyaAllah
sumber inspirasi:http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2007/bil269-bhgakhir.pdf
Abg Man: susah-susah kita nak dapat kawan, xkan senang2 kita nak putuskan persahabatan, susah-susah tumbuhan dan haiwan nak membesar, tak kan senang2 kita nak musnahkan mereka tanpa sebab. fikir2kan...
Ya, Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, semuanya ada hikmah dan kebaikan untuk keperluan ummat yang hidup di dunia ini,
“Apakah kalian mengira bahwa Kami menciptakan kalian ini sia-sia belaka dan kalian mengira bahwa kalian tidak kembali kepada Kami?” (Al Mu’minun 115)As-Sa’di mengatakan di dlm tafsir beliau hal. 30: ”Allah menciptakan segala apa yg ada di atas bumi buat kalian sebagai wujud kebaikan Allah bagi kalian dan rahmat-Nya agar kalian juga bisa mengambil manfaat dari bersenang-senang dan bisa menggali apa yg ada padanya. dan Allah menciptakan semua agar manfaat kembali kepada kita.”
jadi, kembalilah, kuatkan ikatan persaudaraan kita, ikatkan ikatan kasih sayang kita, pada saudara, sahabat, pada alam dan kehidupan sekelilingnya, dan kepada Allah dan rasul yang terutama...semoga Allah kuatkan tali2 ukhwah dan mahabbah kita, insyaAllah
saya tinggalkan sahabat-sahabat sekalian dengan 2 potong maksud ayat alQuran, semoga kit amengambil iktibar darinya..insyaAllah
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil". (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)
sumber inspirasi:http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2007/bil269-bhgakhir.pdf
Abg Man: susah-susah kita nak dapat kawan, xkan senang2 kita nak putuskan persahabatan, susah-susah tumbuhan dan haiwan nak membesar, tak kan senang2 kita nak musnahkan mereka tanpa sebab. fikir2kan...
best2..:)
ReplyDelete@Nur Ezzatul Aqmar Arbainapa yg bestnya???
ReplyDeletesuka cara anda menulis =)
ReplyDelete@dayahremleesy suka bila orang suka apa yang mereka suka....:)
ReplyDeletefikiran melayang mmbayang...
ReplyDeletefikiran cuba mengerti erti...
pengertian tidak disalah erti...
:)
@feizowl95wah..bermadah puisi, apa maksudnya???
ReplyDelete