Mencari sesuatu?

Sunday 15 May 2011

Diari: Mendaki mimpi Nurrahman

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sy baru ja lepas selesai bawak budak pergi ke pertandingan nasyid di festival nasyid negeri perak 2011 di SBPI Gopeng baru-baru ini, dan alhamdulillah pasukan nasyid NurRahman berjaya mendapat tempat ke 3 keseluruhan nasyid sekolah menengah dan anugerah lirik terbaik lagu irama padang pasir.

wajah2 ceria NurRahman

Ini adalah langkah pertama pasukan NurRahman di arena festival nasyid peringkat negeri perak. Satu penghargaan setelah dinobatkan sebagai tempat ke 3 dan lirik terbaik. kerana sebagai kumpulan yang baru bertapak, juri dan penonton dapat menerima pesembahan kami.

Keputusan Festival Nasyid Negeri Perak 2011
Pertandingan nasyid bermula dengan pertandingan nasyid sekolah menengah pada malam 13 mei. disertai oleh 10 daerah di perak yang semuanya hebat2 dan mempamerkan persembahan yang mengujakan. Pagi esoknya pula disambung dengan pertandingan Nasyid sekolah rendah, juga tidak kurang hebatnya...hehe dan keputusannya.

Sekolah rendah
1st-Shoutul Naajihin (manjung)
2nd-Shoutul Fath (kuala kangsar)
3rd-Shautul Faizin (kinta utara)

Sekolah menengah
1st-Sofwatunnur (perak tengah)
2nd-IQ(islamic quality)(hilir perak)
3rd-NurRahman (kerian)

video pesembahan?? insyaAllah akan saya muatkan dalam entri akan datang. masih dalam proses mengupload. sabaq eekk...

Perjuangan si Da'ie
Hakikat dalam Pertandingan Nasyid, minda setiap peserta bukan hendak menang semata-mata, tetapi masing-masing ikhlas niat untuk menyampaikan dakwah yang terdapat pada lagu-lagu nasyid yang indah. Irama dan alunan suara yang merdu dapat menarik minat pendengar untuk menghayati bait-bait dakwah yang tersulam dalam lagu.

Dan bagi kami Nurrahman, Semoga Allah mengikhlaskan hati-hati kami dalam menyampaikan Dakwah dan terus beristiqamah dalam menyampaikan nasyid dakwah. Kami dapat merasakan dengan nasyid, ukhwah antara kami dan juga penasyid-penasyid lain semakin berkembang dan semakin kuat.insyaAllah.

antara Da'ie yang akan meneruskan perjuangan di peringkat kebangsaan:
1. ALL FOR UMMAH (SELANGOR)
2. SOFWATUNNUR (PERAK)
3. IZDAN (JOHOR)
4. SHOHIBBUL ZAMAN (SABAH)
5. SOUTUL ITTIFAQ (TERENGGANU)
6. SOUTUL AZIM (MELAKA)
7. KHAIRAN (KEDAH)
8. IRSYADUS SUFI (NEGERI SEMBILAN)
9. ANUGERAH (KUALA LUMPUR)

tp ni xsemua lagi ni..akan diupdate dari masa ke semasa

Lirik Terbaik Masri Negeri Perak
Akidah Mantap Menjana Sahsiah Diri

Kehadiranku melengkapkan akhlak mulia,
Begitulah sabda baginda tercinta,
Disampaikan wahyu pelengkap akidah,
Itulah penekanan awalan Rasulullah,

......
[Nak lagi? klik link tajuk..hehe]
Video-video pasukan yang bertanding
nak Masukkan video dalam ni takut berat pulak blog ni, jadi saya bagi link ja la eek...kalau nak tgk boleh pergi sana. maaf sangat...

Daerah : Kuala Kangsar
Nama Kumpulan : Soutun Najihin
Nama Sekolah : SMK Bukit Merchu

Daerah : Kinta Utara
Nama Kumpulan : End War
Nama Sekolah : Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh

Daerah : Hulu Perak
Nama Kumpulan : Al-Iman
Nama Sekolah : SMA Tan Sri Ghazali Jawi,Grik

Daerah : Larut Matang & Selama
Nama Kumpulan : Nurun Najmi
Nama Sekolah : SABK Maahad Al-Khair Lil Banat

Daerah : Hilir Perak
Nama Kumpulan : Islamic Quality
Nama Sekolah : SMK Seri Perak,Teluk Intan

daerah lain masih xada di utube, harab bersabar, insyaAllah kalau saya jumpak sy sharekan...
Index
Johan sekolah rendah dan sekolah menengah
Tempat ke 2, IQ,Seri Perak-hilir perak
NurRahman, Smka Kerian
dari kiri- Solo kebangsaan Azlan 07, Solo Nurrahman, 2nd voice, motivator NR
reunion NR 1st Generation
kombinasi 2 komposer menghasilkan lirik Terbaik Negeri Perak!
Dah Jom balik....

P/s: video akan menyusul kemudian, insyaAllah..
credit to: LenzaRetak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan