Mencari sesuatu?

Sunday, 8 May 2011

Kongsi: Piere Cardin di Darul Taqwa


بسم الله الرحمن الرحم 
Dengan Nama Allah
yang Maha Besar dan Maha Berkuasa
Menciptakan langit dan bumi
Tuhan pentadbir sekalian Alam…

Assalamualaikum dan salam ukhuwah kpd para pembca yg di kasihi Allah swt…alhamdulillah nmpknya ni kali ke 2 sy mngepost entry dlm NR ni…tp kali ni pnjg skit sbb sy nk brcerita kpd sahabat2 semua…    (bess x??)okhei, kali ni sy nk kongsi skit crita pendek a.k.a cerpen yg mna tajuknya sma mcm kt atas nuhh…PIERE CARDIN DI DARUL TAQWA(cm bess ja tjuk nihh..hihi)…disbbkan xtau nk buat apa dlm 2 3 hari nihh(maklum laa, cuti pnjg..kui3) jd sy pon tulis laa crita nihh…
Bila sy tgok kehidupan kita skrg nihh..sy trfikir, bleh dak negara kita jd mcm crita yg bakal sy kongsikn ni…ini adlh apa yg sy impikan laa…qasa cm bess ja klau negara kita cm nihh…so, sy xpyah meqapu pnjg2 lg..kita bca crita nihh..zaaaazzzzzzz(cer cite..cer cite…)
Okhei, bca dan dalami crita nih….critanya brmula dengan………………………………………………(n_n)>>>>
Digosok2 lg matanya. Dia seakan2 tdk prcaya apa yg dilihatnya. Apakh aku kembali ke zaman unta? Ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yg brair dgn kertas tisu. Kertas itu kemudiannya di campakkn ke tepi jln.
          “Assalamualaikum, pak cik. Tolong kutip kertas itu. Nanti pak cik rugi di akhirat. Kebersihan itu sbhgian drpd iman,” kata satu suara di belakangnya. Dia bingkas brpaling. Siapa berani menegurku? Aku Dato’ Dr. Johan la, org besar negara ini. “Pak cik biarlah sy tolong kutip sblm Penguatkuasa Iman dan Islam dtg, nnt didendanya pak cik,” kata budak kecil brpakaian putih dgn serban melilit di kepalanya.
          Dato’ Dr. Johan mmbetulkn tali lehernya. Kalau dia dtg biar aku sogok dgn duit ni. Siapakh yg tdk kelabu mata, tgok duit merah, biru brlapis2. Namun Dato’ Dr. Johan terus hairan. Bangunan pencakar langit dgn wajah pmbangunan yg sotisfikated. Ada helikopter brsimpang-siur brgerak di udara. Ralibus brcerakah di sana-sini. Bullet train meluncur bgaikn panah di lepas dr busurnya. Kesibukan leyah dipikul manusia2 moden. Namun peliknya pakaian mereka, tingkah laku mereka. Ah, di mana aku skrg ni, gerutu hati Dato’ Dr. Johan.
          “Hoi budak, aku di mana skrg?” soalnya kpd budak yg mnegurnya tdi. Budak itu trsenyum. Mukanya merah, indah, terang, cerah dan brsuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak arab dgn lampu ajaibnya? Teka-teki itu terus menerjah ke otaknya. Budak itu mmbuka mulut hendak mnjawab. Belum sempat, tiba2 dtg sebuah kereta jns Ferrari, merah dan brcahaya. Keluar dua org lelaki brpakaian hebat dan segak. Jubah mereka brwarna hijau garang. Serban mereka brwarna hitam brjalur biru.
          “Assalamualaikum, maaf pak cik. Kesalahan buang sampah ini sudah belasan tahun tdk brlaku di Darul Taqwa ini. Kami trpaksa mendenda pak cik. Kebersihan itu lambang Iman. Negara ini menitikberatkn Iman. Jadi Pak cik didenda 30 kali Subhanallah, 30 kali Astagfirullah, dan selawat 100 kali,” kata pgawai penguatkuasa itu dgn lembut. Dato’ Dr. Johan trsentuh. Undang2 apakah namanya ini? Tdk ada dewan bndaraya seluruh pelosok dunia mngamalkannya. Dia trcengang2 namun egonya membumbung tinggi.
          “Apa! Dia hndak mengarahkn aku? Ni duit RM100. Sy tak mahu buat apa yg kamu minta. Kita selesaikn di sini shj. Berapa gji kamu sbulan?”tanyanya angkuh. “Pak cik, kita bkerja krn Allah, bkn kerana gaji. Lagipun duit bkn ada harga pd zaman ini. Semuanya dipandang sbg alat, bkn matlamat,”jawb pegawai brjanggut dan brjambang itu. “Oh ya, maafkn kami pak cik! Kami nk tnya sikit, knp pak cik pakai pakaian zaman dahulu? Mana pak cik dpt pakaian mcm tu? Tanya pegawai itu pula.
          Aku yg gila atau dia yg gila, detik hati Dato’. Dia brjln ke arah kereta Ferrari yg brkilat itu. Melalui cermin kereta itu, dia nmpak prwatakannya dgn jelas. Tak ada yg salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas, segak dan dr jenama yg mahal plk tu (Piere Cardin). Kasutnya hitam brkilat dr jenis Benny. Ahh, aku msih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kjayaan. Dia yg kolot, dia yg ketinggalan zaman.
          “Anak muda, pakaian ini pakaian pmimpin. Pak cik org besar negara ini. Pak cik dah keliling dunia dgn pakaian ini.”….pak cik, itu pakaian puluhan tahun yg lampau. Ketika Islam belum brdaulat di Darul Taqwa ini. Moyang2 kami dulu shj yg prtahankn pakaian mcm tu. Itu pakaian org hina di barat. Skrg kami hnya dpt lihat gmbarnya shj. Itupun dlm buku Sejarah Zaman Peralihan Islam. Org barat zaman moden ini pun dah brpakaian mcm yg kami pakai. Tak ada org yg pakai mcm tu kecuali org2 yg bukan Islam yg dijernih kebebasannya dlm sebuah negara Islam spt Darul Taqwa. “Dato’ Dr. Johan trmanggu kesinggungan.
          “Dimana aku sbnrnya ni?”tanyanya lg kpd pegawai penguatakuasa dan budak kecil di tepi jln itu. Dia masih kenal, ini jln Chow Kit, ditgh bandaraya Kuala Lumpur. Masjid Pakistan dan masjid Kampung Baru msih ada di sebelah sana ttp itu shj, yg lain tdk ada. “Pak cik brada di Bandar Mutmainah. Ini jln Mujahadah namanya. Sy Haji Ahmad Wijdan, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanat utk mmastikn kbersihan zahir dan batin pnduduk bandar ini,”terang pegawai tu. “Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jd bandaraya Mutmainah? Jln Chow Kit dah jd jln Mujahadah? Apa dia Mutmainah dan Mujahadah tu? Apa yg trjd ni? Soalan2 itu terus mnyerang benak Dato’ Dr. Johan.
          “Pak cik, kami mrayu kpd pak cik supaya pak cik mmbayar denda td. Kalau tdk boleh skrg lps solat nnt pak cik laksanakanlah. Demi kebaikan pak cik dunia dan akhirat.” Tiba2 dgr suara org mmberi salam dr jauh. Nyaring dan jelas. Seorg lelaki dtg kpd pegawai pnguatkuasa. “Tuan, hukumlah sy. Sy mngumpat td. Ya Allah! Siksa neraka amt pedih. Tolonglah tuan. Hukum sy di dunia sblm sy di hukum di akhirat,” rayu lelaki itu. Pegawai td brpaling ke arah lelaki yg baru dtg, dan kesempatan itu di ambil oleh Dato’ utk lari sekuat2nya. Peliknya mereka tdk mngejarnya. Dia trlepas lega.
          Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum namun dimana? Tiba2 dia trdengar suara komputer dr ‘sound system’ di tepi jln. “Assalamualaikum, kpd seluruh pnduduk kota Mutmainah, Syed Muhammad Al-Asyraf, hartawan besar berada di Jalan Zukhruf Al-Zalzalah. Dia mrayu kpd fakir miskin utk menerima sedekahnya. Hari ini dia hndak menjamu nasi dan minuman, sila datang!! Dato’ Dr, Johan org besar Darul Qhurun itu tdk mncemar duli utk menagih nasi. Dia ada duit dan mampu membelinya sndiri. Dia pun msuk ke sebuah restoran di tepi jln. Di situ penuh dgn pelanggan. Semuanya brsusun dan brjubah. Namun krn lapar dia masuk jg,  “Maaf tuan, itu pintu masuk utk wanita, di sini utk lelaki”………….”Ciss! Diskriminasi, dwistandard, lelaki dipisahkn drpd perempuan,” mukanya dicerminkn kpd tuan kedai yg menegurnya. “Ada restoran lain yg mngamalkn prsamaan taraf lelaki dan perempuan? Sy tdk suka prmisahan mcm ni!” lelaki itu tersenyum.
          “40 tahun lalu ada lah. Skrg ni kita dah bebas dan merdeka. Zaman pnjajahan fikiran dan jiwa sudah brlalu. Tdk ada diskriminasi wanita di sini tuan. Shekh Ahmad Asyraf Ahmad Najmuddin, pemimpin Darul Taqwa tlh mnaikkan taraf wanita tanpa ada emansipasi wanita. Kalau tuan ada isteri dan mmbawanya brsama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus utk makan brsama isteri dan anak2,”terangnya. “Ini brtentangan dgn dasar demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis malah komunis sekali pun tdk mcm ni. “MasyaAllah, pak cik. Jgn disebut lg nama2 ideologi itu. Semuanya tlh trmaktub sbg ajaran2 sesat dlm perlembagaan Darul Taqwa ini. Tdk ada org lg brpegang dgn fahaman jahiliah itu. Subhanallah….,”keluh tuan restoran itu sambil mengurut2 dadanya. Ekor serbannya bergoyang2 ketika mnggelengkan kepalanya. “Persetankan semua itu. Perut aku lapar, Dato’ Dr. Johan pun masuk. “Nasi Beriani sepinggan!” ujarnya. “Dalam pinggan tuan?”Tanya pelanggan itu kehairanan. “Ya, apa yg peliknya?” “Baik tuan, tp semua org berebut2 pahala makan brjemaah. Tuan makan seorg?”Tanya pelanggan brkulit hitam itu. Dia brtambah geram. Direnungnya ke hadapan, iaitu ketempat org mnikmati makanan, tak ada meja makan. Hanya hamparan prmaidani tebal dgn dulang2 indah yg trsusun rapi. Mereka makan dlm satu dulang, jijiknya..
          “Jemput makan dgn nama Allah yg mmberi rezeki,”kata pelanggan itu dgn sopan. Dato’ Dr. Johan makan dgn seleranya. Dewan makan itu brhawa dingin lengkap dgn televisyen dan pita videonya sekali. Dia makan seorg diri bagai kera sumbang.
          “Ya Allah, apa musibah yg menimpa ana subuh td. Ana masuk dlm solat berjemaah subuh,” ujar seorg lelaki muda dgn wajah yg kecewa. Suapannya perlahan mcm tak lalu makan shj. “Anta tdk cuba tampung dgn amal makrufat  yg lain?” Tanya sahabatnya. Dia Nampak simpati. Dato’ Dr. Johan pasang telinga shj. “Ana nk sedekahlah RM5000, malang nasib ana, ana tunggu di tepi jln td. Seorg pun tdk mahu trma sedekah ana,”keluhnya. “Ahh, susah kita sekarang, org miskin bolot pahala redha, sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima kita. “Ahh, susah jd org kaya mcm kita ni. Dah la di akhirat banyak hisabnya, di dunia org tak sudi pula terima sedekah kita,”keluh yg lain pula.
          “Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu kan dpt kita korbankan harta yg banyak ni. Sy pun dpt harta ni melalui warisan drpd bapa, yg diwariskn oleh datuk sy drpd moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkn projek negara, atau nak gunakan duit utk kemaskinikan kementeriannya, sy nak labur habis-habisan. Biar jd saham di akhirat,”kata pemuda itu menutup perbualannya. Dato’ Dr. Johan semakin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi,”ujarnya kpd pelayan restoran. “Demi kesihatan tuan, sy nasihatkan berhentilah sblm kenyang. Maaf tuan, sy terpaksa mnyatakan sedemikian. Sy pelayan kedai merangkap pegawai perubatan,”kata pelayan itu lagi.
          “Apa? Awak pegawai perubatan? Seorg doktor ke? Lulusan luar negeri atau dlm negeri? Awak spatutnya brtugas di hospital buknnya di restoran!” Bentaknya marah brcampur geram. “Tuan, mana ada hospital skrg. Yang ada pun hanya utk bayi, kanak2 dan wanita, jg utk para mujtahid yg cedera ketika pergi brperang. Tuan, kalau tuan amalkan hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, InsyaAllah tuan akan sihat. Kita tak perlu ke hospital lg.”
          “Bodoh! kalau mcm tu mcm mana aku nk rawat penyakit kencing manis aku nih?” leternya perlahan2. “Penyakit kencing manis? Tuan mengidapnya? Sy ada baca buku perubatan edisi 1990-an dulu. Sekarang penyakit itu dah tiada siapa mengidapnya.” Batalkan shj order sy td, byk sgt cakap, bosan sy. Sy perlu hiburan skrg. Di mana boleh sy dptknnya?” tanyanya.
          “Di sana tuan, melalui butang pd komputer di sebelah sana, tuan boleh dpt apa shj hiburan yg mnyegarkan. Tak payah risau pasal bil, percuma.”
          Dato’ Dr. Johan, org besar negara, melangkah dgn machonya ke tempat yg ditunjukkan. Berbagai2 butang dan berbagai2 warna yg berkelip-kelipan.
          Sangat rumit, namun kekeliruan itu disembunyikan. Dia malu kalau dengan pakaian mahal brjenama Piere Cardin itu dia masih kelihatan kolot. Dia memberanikan hatinya. Satu butang berwarna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar KHAUF. Apa bendanya ni?? Kemudian menyusul pula tajuk2 lagu. Firdausi melambaimu, Demi Cinta dan rahmatNya, Keindahan Jannah yg Abadi. Kepala Dato’ Dr. Johan makin pusing. Semuanya tentang akhirat. Apa nak jadi ni?  “Tak ada lagu yg panas sikit ke?”tanyanya kpd anak muda brjubah coklat di hadapannya. “ Nanti pak cik, sy pilih lagu yg tgh hot skrg ni. Kegemaran anak2 muda skrg.”….”Ya, ya sy setuju,” balas Dato Dr. Johan. Telinganya dihalakan ke sistem suara. Dia ingin dengar lagu kegemaran muda-mudi di daerah pelik itu. Ayat suci Al-Quran bergema. “Eh, ini suara org mengaji,” “Nanti dulu pak cik, slps ini ada trjemahannya, baru menyusul lagunya,” kata pemuda itu sambil matanya tertutup rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema….
                “UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG
                 HARI INI MESTI LEBIH BAIK DR SEMALAM
                 JANGAN BUANG MASA
                 SIAPA KATA KITA TDK BOLEH
                 KITA PUNYA ALLAH MAHA KUASA
                 KITA PUNYA KUASA TENAGA
                 DOA SEBAGAI SENJATA
                 UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH..
                KEBANGKITAN ISLAM SUDAH MAKIN KETARA
                AMALANNYA MAKIN PESAT DIMANA-MANA
                BERMACAM CARA DALAM ISLAM DIBINA
                DAKWAH DAN IBADAH MAKIN BERKEKALAN
                FARDU AIN DAN KIFAYAH MULA SEIRING
                ARAK DAN RIBA MAKIN DITINGGALKAN
                 PERGAULAN BEBAS MAKIN DITINGGALKAN
                 UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH……”       

          Dato’ Dr. Johan tdk tahan lagi. Dia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. “ Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar, kami halalkan shj,” Dato’ Dr. Johan semakin geram. Dia menderam dan berkata “Saya bayar dgn kad kredit shj,” “Maaf sekali lg tuan, kad kredit ini pon kami tak boleh terima, kami halalkan shj,” Tidak, pantang sy minta sedekah. Sy ada harta simpanan, berbungkal2 emas di bank. Takkan sy nak bawa, nanti disambar pencuri,,,,,,”
          “Darul Taqwa tak ada pencuri tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yg lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takut seksaan neraka,”….”Ahh, aku tak nak dgr semuanya. Makin gila aku dibuatnya.” Pekik Dato’ Dr. Johan lantas brlari keluar dr restoran itu. Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa org kolot ini mentadbir teknologi begitu tinggi??
          Pemandu “bullet train” berserban merah tersenyum kpdnya. Pilot helikopter dgn tulisan ‘Makrufat Air Transport’ sibuk dgn tugasnya. Dia menyeberang jln yg tertera dgn papan tanda KELUARGA BAHAGIA DENGAN SUNNAH. Pada papan tersebut terpampang gambar org lelaki dgn perempuan beserta dgn anak2nya. Baginya semua itu seolah2 menyindir dan mengejeknya. Dato’ Dr. Johan tiba2 menjerit.
          “Knp jd begini? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa?!!!!”….tekanan dlm jiwanya yg kian tersumbat itu tiba2 meletus. “Dato’! Dato’, bangun cepat Dato’. Ada berita buruk!” Dato’ Dr. Johan segera bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.” Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?” Tanya Dato’ Dr. Johan. Tidak Dato’, rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya,”…..Habis, apa yg mereka mahu?”…”Mereka mahu Islam Dato’, Islam!” “Islam?”keluh Dato’ Dr. Johan. Dia menggosok2 lagi matanya. Apakah aku masih lagi di Darul Taqwa? Dia gementar. Apakah mimpinya akan menjadi realiti???
“its all about your mind”(cilok tagline adk zaid..ngeh3)

TAMAT
Yaa..itu dia,mcm mna?..agak2 bleh brlaku x mcm nihh kt negara kita?
MISS NANA: Semua jln cerita dan watak2 dlm cerpen di atas adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yg hidup mahu pun yg sudah meninggal dunia.
“BERSEMI UKHUWAH DIPUPUK KASIH”



3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan