Mencari sesuatu?

Friday, 6 January 2012

Basahkan Lidahmu dengan Zikrullah







Subhanallah
La ilaha illallah
Agungkan kebesaran Allah
Allah.. Allah.. Allah..

Berzikir mengingati Allah
Menyanyi memuji Ilahi


Dalam merdu irama bertingkah
Tak lupa pada kuasaNya
Tiap lafaz kata
Juga atur langkah
Tak pernah putus dari mengharap keredhaanNya

Dengan mengingati Allah
Hati akan menjadi tenang
Bertakbir Bertasbih Bertahmid

Subhanallah
La Ilaha illallah
Agungkan kebesaran Allah

Germa alunan kalimah Yang Esa
Hiasi seluruh semesta
Hanya padaNya tempat meminta
Damaikan resah yang melanda
Bersatu rahmat dan kasih sayangNya
Limpahi semua hamba
Tiada Yang Disembah Melainkan Allah
Hanya Dia Yang Maha Kuasa
Maha Pemurah



Berzikir tenangkan Jiwa
Zikir, atau perkataan asalnya ZIKR, bermaksud peringatan atau mengingati dan menurut Kamus Dewan, adalah perbuatan menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah. dan Bila kita sebut pasai zikir, apa yang terlintas di fikiran adalah kalimat-kalimat tazbih, tahmid, takbir dan sebagainya. Dan lazimnya bila disebut zikir, lafaz-lafaz memuji Allah disebut berulang-ulang, secara zahir.

tapi betulkah hati akan tenang bila berzikir?
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)
Bila kita ingat Allah, adakah kita akan bersedih? bila kita ingat Allah bermakna kita ingat segala kekuasaanNya, segala nikmatNya, segala kebesaranNya. Bila kita ditimpa musibah, masihkah kita anggap kita ini yang paling malang? Bila hadapi kesukaran, adakah kita akan berputus asa? bila tidak mendapatkan sesuatu, adakah kita rasa diri kita kekurangan?

fitrah manusia, bila dia bergantung kepada yang berkuasa, dia akan merasakan
  • Kehidupan di dunia untuk menikmati nikmat Allah SWT
  • Ia akan kembali selepas kematian  bertemu dengan Penciptanya
  • Kerugian mengikut kacamata dunia akan diganti pada hari akhirat
  • Allah SWT akan menolongnya dalam setiap situasi, sama ada kesenangan bagi menambahkan kebaikan atau kesusahan untuk menyelamatkannya.
Berzikir, adakah perlu dilafazkan?
Ramai yang menafsirkan, perkataan zikir yang bermaksud beringat, cukup dengan mengingati Allah sahaja namun, menurut kata-kata  Syeikh Ibnu A'thoillah dalam kitab Al-Hikam,
Jangan meninggalkan Zikrullah! Kerana (bukankah) kamu tidak dapat mengingati Allah sepenuhnya walaupun sedang berzikir. (Oleh itu) lalai bagi orang yang lansung tidak berzikir (adalah) lebih bahaya dari mereka yang lalai ketika (tetapi masih dalam ) berzikir.

zikir disini merujuk kepada tasbih( Subhanallah) tahmid (Alhamdulillah), Tahlil ( La ilaha ilallah ), dan Takbir(Allahuakhbar ). dan ini adalah kalimah yang paaaaaaaaaaaaaaaling disukai Rasulullah,
Rasulullah pernah bersabda : Ucapan yang paling Allah sukai itu adalah empat : Subhanallah, al-Hamdulillah, Laa Ilaaha Illa Allah, Allahu Akbar. Tidak ada bahaya darimanapun kamu mulai (HR. Muslim).
Jadi marilah kita amalkan berzikir, kerana bukan setakat memenangkan jiwa, malah Pahala Allah akan mengalir dalam jiwa orang-orang yang berzikir memuji Allah.

Penutup: Zikir Fikir
Kalau burung-burng berzikir, Awan-awan berzikir, ombak rindu untuk berzikir, pokok-pokok berzikir, unta kat padang pasir berzikir, hatta angin pon berzikir,malulah kita benda bernyawa, yang punyai akal fikiran, hidup bertuhankan Allah, tak mahu berzikir kan..

Jadi, bila masa kita nak berzikir ni, ANYTIME, berapa banyak kali kita nak berzikir ni, SEBANYAK MUNGKIN, Dekat mana kita nak berzikir nih KAT MANA PON BOLEH (kalau di tempat2 kotor dan bernajis, ingat Allah dalam hati ^^). Macam mana nak zikir, LAFAZKAN dengan lisan, INGATKAN dalam Hati, KERAPkan membaca Alquran. Semoga dengan Amalan zikir dapat memberatkan timbangan kita di akhirat kelak, insyaAllah. Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan