Sejak kecil, kita diajar oleh orang tua kita supaya berdoa. Malah setiap kali habis solat, ayah kita mesti sertakan dengan doa. Dijadikan amalan. Jangan jadikan ini budaya, tapi jadikan ini sebagai tuntutan agama dan kita perlu faham kenapa kita perlu berdoa.
Tapi itu zaman kecil-kecil bersama ibu bapa kita. Kini, kita sudah remaja. Solat pun berjauhan dengan mereka. Doa pun kadang-kadang express. Laju sangat sebab mahu mengejar perkara lain. Assignment, ajakan kawan untuk keluar, Facebook, TV dan sebagainya.
Sahabat-sahabat, mungkin kita rasa hidup kita sudah cukup serba serbi, tapi pernah atau tidak kita fikir tentang masa hadapan. Hanya Allah yang tahu tentang masa depan kita. Baik atau buruk. Bila berfikir jauh ke depan, kita akan terfikir soal jodoh kita, soal perkerjaan kita, soal zuriat yang bakal menjadi tanggungjawab kita dan soal kematian dan destinasi terakhir kita juga; syurga atau neraka?
Haa.. dah confirm ke semuanya akan baik belaka.
Dah confirm kita dapat jodoh yang baik?
Dah confirm kita dapat pekerjaan yang menjamin?
Dah confirm zuriat kita soleh solehah?
Dah confirm ke kita dapat masuk syurga?
Hakikatnya semua tiada confirmation. Jadi berdoalah semoga Allah berikan yang terbaik untuk hidup di dunia dan akhirat kita.
Susah Nak Hafal Doa
Susah? Doa sebenarnya mudah. Sangat mudah. Mintalah apa-apa sahaja daripadaNya. Berdoalah dalam bahasa apa pun. Allah faham semua bahasa. Kalau susah nak hafal doa-doa dalam Bahasa Arab, doa dalam Bahasa Melayu boleh, Bahasa Inggeris boleh, Bahasa Mandarin boleh, Bahasa Jowo (Jawa) pun boleh sokmo.
Doa tiada skrip khusus. Setiap apa yang kita hajatkan, berdoalah dengan bahasa yang mudah. Tiada salahnya. Malah tidak berdosa pun. (Tapi memang ada doa-doa yang khusus. Doa yang lazim dibaca selalunya bersumber daripada AlQuran dan Hadith)
Ya Allah, berilah aku kejayaan dalam exam esok.
Ya Allah, esok aku nak balik kampong. Selamatkanlah perjalananku.
Ya Allah, mudahkanlah urusan hidupku hari ini.
Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapaku.
Ya Allah, temukanlah aku dengan jodoh yang baik.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurgaMu.
Ish...Allah faham ka bahasa melayu?
YA, Allah faham semua bahasa, wahai sahabat..
tapi Allah terima ka doa aku ni?
YA, Allah faham semua bahasa, wahai sahabat..
tapi Allah terima ka doa aku ni?
Allah Tak Makbulkan Doa Aku.
Siapa kata Allah tidak makbulkan doa kita? Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Tolonglah jangan buruk sangka dengan Allah. Kita minta kejayaan pointer 4.00 daripada Allah. Tapi kita just dapat 3.50 sahaja. Bersyukurlah. Muhasabah semula. Kenapa Allah tak bagi 4.00 seperti yang kamu doakan? Ada macam-macam kemungkinan.
1.Kita doa tidak ikhlas.
2.Niat belajar tidak betul.
3.Diri masih bergelumang dengan dosa.
4.Kalau kita dapat pointer 4.00, kita akan riak dan hanya menambahkan dosa.
Kawan-kawan,
Secara zahirnya, kita melihat bahawa doa kita tidak makbul. Namun, hakikatnya Allah sudah gantikan doa kita itu dengan benda yang lebih baik yang tidak kita sedari. Tapi adakah berhenti berdoa adalah jalan yang terbaik? Sombongnya kita dengan Allah. Siap boleh merajuk-rajuk lagi. Allah baru uji kita sedikit, tapi mudah betul kita berputus asa. Janganlah berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah kerana rahmat Allah itu sangat luas. Tak terkira luasnya.
Teruskan berdoa, insyaAllah akan dimakbulkan semuanya. Mungkin tidak akan dimakbulkan setahun dua ini, tapi Allah akan makbulkan juga suatu hari nanti. Yakinlah dengan janji Allah seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang tafsirannya:
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."
Berdoa sahaja dah cukup..
Sapa yang bagitau camtu?? nak kena pukul ka? (^^). Cuba simulasikan, kita minta kat ayah kita belikan basikal atau motosikal, kalau kita tak kayuh basikal tu atau kita tak pulas minyak motosikal tu, agak-agak bejalan tak, kalau jalan pon kalau ada orang tolak. ini bermaksud, setiap hajat mesti disertakan dengan tindakan, kalau tak bertindak tapi ada hasil itu bermakna ada orang yang tolong. tapi adakah itu dikira usaha kita?
Nantilah aku doa, tunggu waktu mustajab la..
waahh..bagus la, amat peka dengan waktu-waktu mustajab doa, tapi kenapa nak kena tunggu? berdoa sekarang apa salahnya? kalau kita ditimpa bencana? macam waktu rumah kebakaran ka..ada kecurian ka? kena tunggu waktu siang la eekk? waktu kerja? haha.. tau tak sebab apa polis, bomba, doktor, mereka bekerja 24 Jam, bagi memberikan pertolongan kepada mereka yang meminta pertolongan mereka. Jadi Allah tak tidur, dan Allah ada setiap masa, mentadbir Alam yang kamu sedang tinggal, kenapa perlu tunggu waktu yang sesuai untuk berdoa.
Ya, berdoa waktu mustajab doa itu amaaat lah baik, tapi, kamu yakin sempat untuk sampai ke waktu itu? fikir-fikirkan. Allah takkan jemu mendengar doa kita, malah Allah rindu mendengar suara hambanya.Jadi jom banyakkan doa, tak kira masa.
Aku nak berdoa..tapi..tapi...
tapi...?? aku berdoa dengan keadaan aku banyak dosa ni, aku takut Allah tak makbulkan doa aku ja, boleh tak aku mintak orang lain doakan untuk aku? Boleh... tapi dengan syarat.
apa syaratnya..cepat lah..nak tau nih..
hehe..releks2...asalkan kau berusaha untuk apa yang didoakan, dan kau juga berdoa. itu tanda kau juga berusaha memohon pertolongan Allah. tadi kau kata kau banyak dosa, jadi syarat seterusnya, berusahalah untuk tidak lagi berbuat dosa, dan mohonlah keampunan Allah.
apa syaratnya..cepat lah..nak tau nih..
hehe..releks2...asalkan kau berusaha untuk apa yang didoakan, dan kau juga berdoa. itu tanda kau juga berusaha memohon pertolongan Allah. tadi kau kata kau banyak dosa, jadi syarat seterusnya, berusahalah untuk tidak lagi berbuat dosa, dan mohonlah keampunan Allah.
Ok, eehh... InsyaAllah..jadi siapa yang saya nak mintak tolong untuk doakan saya?
antara orang yang makbul doanya antaranya adalah
antara orang yang makbul doanya antaranya adalah
1. Doa seorang pemimpin yang adil. (boleh suruh ketua kelas ka..ketua kampung ka..)
2. Doa orang yang sedang berpuasa. (atau kau sendiri yang berpuasa dan berdoa)
3. Doa orang yang dizalimi. (jangan la doakan keburukan kat orang tu pulak..)
4. Doa seorang muslim untuk saudaranya. (sebab tu untung ramai kawan)
5. Doa seorang anak untuk kedua-dua orang ibu bapanya. (tanggungjawab kita nih..)
6. Doa orang tua kepada anaknya.( redho mereka adalah redha Allah juga..)
2. Doa orang yang sedang berpuasa. (atau kau sendiri yang berpuasa dan berdoa)
3. Doa orang yang dizalimi. (jangan la doakan keburukan kat orang tu pulak..)
4. Doa seorang muslim untuk saudaranya. (sebab tu untung ramai kawan)
5. Doa seorang anak untuk kedua-dua orang ibu bapanya. (tanggungjawab kita nih..)
6. Doa orang tua kepada anaknya.( redho mereka adalah redha Allah juga..)
Baiklah..jom berdoa!!
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’min: 60)
jadi kenapa tidak untuk berdoa? berdoa..dan teruskan berdoa, kerana doa itu senjata orang mukmin. Dan berdoa lambang orang yang beriman.
Adabtasi daripada
- http://harithfaisal.blogspot.com/2012/01/doa-yang-tidak-termakbul.html
- http://psipum.org/termakbulkah-doa-anda/
No comments:
Post a Comment