Mencari sesuatu?

Monday 30 July 2012

Aku tanpa cermin mata - siri 2

Bermusafir, melihat lihat sekitar, tanpa kaca mata, selalunya ada sahaja perkara yang akan aku terpandang dengan jelas walau tanpa cermin mata, dan pengajaran dan ikhtibar pasti akan menggetuk sanubari aku. dan inilah...

aku tanpa cermin mata 

Sehari sebelum aku pulang ke rumah nenek, di masjid kampus di sebuah pekan yang penuh dengan ilmuan. berbuka dan bersolat jemaah bersama.seperti
biasa yang imamnya bertaraf ustaz dan makmumnya orang-orang yang berilmu. namun itu tidak menarik minatku. selepas solat, mataku melirik kepada kanak-kanak yang bersolat dengan sedaya upaya mereka. tidak kurang juga yang sekadar mengikut tanpa mengetahui apa yang mereka lakukan itu. namun bagi aku, itu adalah bagus kerana dapat tunjuk teladan yang betul dalam masa yang sama mengajar kanak itu cara solat jika dikiaskan seperti kata2 nabi, solat seperti mana aku solat. untuk permulaan, biarlah anak-anak itu lihat bagaimana ayah atau ibu mereka bersolat supaya terlatih dan menimbulkan minat mereka 

Seperti biasa persoalan melintasi kaca mataku. tidak malukah orang dewasa melihat kanak-kanak yang bersih ini bersungguh sungguh untuk solat. apa pendorong anak ini untuk gigih bersolat, jika itu satu arahan dari ayahnya maka jika untuk orang dewasa solat itu satu arahan dari Allah yang maha esa. sepatutnya lebih patuhlah. ketika itu hanya husnul zon sahaj yang mampu menepis persoalan ini. mungkin aku sahaja yang tidak nampak ibadah mereka. tapi kagumnya aku pada seorang anak kecil berbaju t bergambar kartun disney car bersolat dengan penuh tertib sudah cukup buat aku malu dengannya. 

hari ini, bersolat di felda, kampung ibuku, aku berbuka bersama nenek yang penyayang. 

seperti biasa rutin di bulan ramadan, solat tarawih, dan kali ini surau menjadi destinasiku. berjalan bertemankan ibu saudara, dia mengadu pada aku, sipulan itu dan si pulan ini tidak pernah lagi solat tarawih, dan sipulan yang satu lagi pula langsung seakan-akan tidak solat. dalam hati aku, ya Allah, usia mereka masih muda, kenapa mereka tidak terdaya? sedang memintas aku seorang lelaki berpangkat datuk saya kira membonceng honda 70 untuk ke surau. gagahnya dia. 

seronok! aku disambut oleh kariah surau tersebut dengan senyuman, persis aku juga ahli kariah, mungkin kerana aku seorang sahaja yang belia remaja mungkin, terkejut melihat akukah? itu aku tidak pasti. namun seakan akan persoalan tadi terjawab apabila hampir setiap saf adalah berpangkat datuk dan ayah bagi aku. 

lantas persoalan sekali lagi melintasi aku yang tanpa cermin mata ketika itu. dimanakah anak muda felda ketika ini, tidakkah ayah-ayah atau datuk-datuk ini membawa sekali anak atau cucu mereka untuk bersolat sekali? husnulzon lagi aku, mungkin ini surau, barangkali dimasjid atau surau yang lebih besar ramai anak muda ataupun kanak-kanak yang hadir bersolat. 


sayu hatiku, hilang fokus sedikit ketika solat, suara tua makmum disebelah, batuk dan batuk tidak berhenti. seusai solat pula mengurut-urut kaki. malunya aku, dia yang tua masih gagah berusaha mencari reda allah, aku yang muda mengeluh seakan tak terdaya, apakah ini? 

hari berikutnya, rasa syahdu dan sedikit bangga, tempat yang mana menjadi tumpuan pelajar yang mengambil jurusan agama, menjadi siswa dalamnya ditapis dengan ujian. berrmakna siapa yang berjaya melanjutkan pelajaran disini hebat. aku walaupun hanya menumpang untuk bersolat tarawih, namun kegembiraan aku seperti diterima masuk kesitu. 

kali ini, hati aku amat gembira, terubat sedikit gundah yang entah dari mana punca. imamku hari ini seorang penghafal alquran muda dari umurku, bilalnya pula juga dari kalangan pelajarnya, pensyarah-pensyarah menjadi makmum namun bukan bermaksud mereka tidak mampu tetapi melatih anak muda untuk memimpin dan kepimpinan awalan untuk seorang pemimpin adalah memimpin saf solat. sungguh, mereka amat diperlukan oleh masyarakat, masyarakat dahagakan perubahan, dahagakan ilmu dari kalian wahai pemuda suci. 

masih ada harapan untuk malaysia kekal maju, aman dan sejahtera kerana masih ada pemuda dan pemudi  yang akan mendukung syariahMu, menyabar ajaranMU menyedarkan hamba-hambaMU mengenaiMu Menyedarkan Ummat dari lena yang panjang, mimpi yang sudah lama, terlalu lama, membuat ummat terkulai di pangkuan keselesaan.

aku bersyukur ya Allah, ketika aku tanpa cermin mata, kau masuh tunjukkan aku dengan jelas pengajaran untuk aku ambil ikhtibar sebagai pedoman diri. dan cermin mata alquran, mohon ia kekal menjadi penerang. mataku tika aku rabun mencari jalan kebenaran. 





tapi aku hairan, ketika dalam pejalanan pulang ke tanjung mallim, singgah di kedai untuk minum, ketika itu masih ada masjid yang belum usai solat tarawih, boleh pulak pakcik-pakcik ni layan skrin besar acara terjun wanita sukan olimpik, alahai pakcik, dengan kopiah dikepala, seakan khusuk menyokong pasukan terjun malaysia!! malaysia boleh!! pakcik pon boleh!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan