Mencari sesuatu?

Tuesday 24 July 2012

Niat Puasa dan Doa Berbuka Versi Acapella

Assalamualaikum
Salam ramadan yang mulia buat sahabat-sahabat semua, moga Allah memberikan rahmat dan inayah kepada kita untuk terus kekal beribadah di bulan ramadan yang mulia ini. Bagaimana iman kita hari ini? InsyaAllah semoga ada peningkatan.

Baiklah hari ini saya mahu berkongsikan hasil kreativiti seorang sahabat dalam menyebarkan dakwah islamiah. Dia sahabat insyaAllah dunia akhirat dan amat saya segani dalam dunia seni suara. Namanya Idris Shamsuddin . Jika anda ke laman Soundcloud nyam terdapat lagu-lagu ciptaannya dan hasil kretiviti dia dalam mengubah sesuatu lagu.

Dan sempena ramadan ini, 2 hasil yang telah disiapkannya (insyaAllah akan ada lagi selepas ini) adalah Doa berbuka puasa dan Niat puasa dengan harapan mudah untuk kita mengingati terutama adik-adik yang baru mula berpuasa.

Dengar dan hayati, berikan adik-adik atau anak-anak anda dengar lagu ini. insyaAllah mudah bagi mereka mengingati.

Niat Puasa


Doa Berbuka Puasa


Dan untuk halwa telinga kita sepanjang ramadan ini, saya sediakan satu lagi lagu mengenai ramadan yang disampaikan oleh kumpulan FINE ft Paradise



Semoga Ramadan ini terisi dengan Amal ibadah yang bermanfaat, Kumpul mata pahala anda untuk menjuarai tahta taqwa! InsyaAllah

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan