Mencari sesuatu?

Saturday 21 July 2012

Kejohanan Sempena Ramadan, Jangan Ketinggalan!!



Assalamualaikum!! Sudahkah Anda bersedia untuk menyahut cabaran? Satu kejohanan tahunan yang hanya boleh disertai oleh orang orang tertentu sahaja. Adakah anda rasa anda layak untuk sertainya?

Ramadan's Race!
Alhamdulillah selesai tarawih untuk malam yang pertama, itu hanyalah sesi pemanasan badan bagi kejohanan ini. Pertandingan ini mudah sahaja tetapi mencabar. menguji ketahanan dan kecekapan fizikal dan mental juga memerlukan pengetahuan dan ilmu yang mencukupi bagi bergelar Johan.

Antara cabaran yang bakal dihadapi peserta-peserta kejihanan ramadan ini adalah
______________________________________________________

BANGUN SAHUR
Peserta dikehendaki untuk bangun menikmati sedikit juadah diwaktu penghujung sebelum masuknnya waktu subuh.kepada peserta yang berjaya bangun bersahur akan mendapat ganjaran KEBERKATAN seperti yang dijanjikan dalam sebuah hadis Nabi 
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
peserta akan diberikan bonus jika berjaya melepas beberapa syarat ini:
1- Melambat-lambatkan waktu sahur.  
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2- Memakan buah tamar  
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
3- Berdoa Memohon keampunan
“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).
4- Solat Subuh Berjemaah
 ______________________________________________________

MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA SERTA PERKARA YANG MEMBATALKANNYA

Cabaran seterusnya bermula di sebelah siangnya pula, para peserta dikehendaki bertahan dalam tempoh sehingga waktu maghrib tanpa makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Peserta akan dibatalkan penyertaannya pada hari tersebut jika dia melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasanya.

Antara cabaran yang perlu di tempuh dalam sesi ini adalah
1- Percakapan (Peserta akan diberi mata tambahan jika Berzikir)
2- Nafsu (peserta diberi mata tambahan jika banyak bersedekah)
3- Amarah ( Peserta diberi mata tambahan jika banyak bersabar)
4- Sifat Bermalas-malasan (Peserta diberi mata tambahan jika banyak menolong orang susah)
5- Kebosanan (Peserta akan diberi mata tambahan jika diisi dengan tadarus atau tadabbur)

Selain itu, jika peserta dapat menyediakan makanan bagi orang yang berbuka puasa, maka BONANZA ganjaran akan diberikan.
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)

______________________________________________________

AMALAN MALAM HARI 
Setelah berjaya mengharungi cabaran-cabaran sebelumnya, kini tiba waktu kemuncaknya iaitu penganugerahan ganjaran sepanjang hari menempuh segala cabaran dan rintangan iaitu BERBUKA PUASA
“Orang yang berpuasa akan merasakan dua kegembiraan (besar): kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika dia bertemu Allah.” (Hadis Bukhari & Muslim).
Namun kejohanan ini tidak berhenti disini kerana waktu ini juga peserta akan dinilai dan masih diberi mata. Pada waktu ini, peserta kaan diuji samada berjaya menggawal nafsu atau tidak. Kecekapan pengurusan peserta juga di lihat samaada berjaya mengelak pembaziran atau tidak. Sesungguhnya Membazir itu perbuatan Syaitan.


Mata Tambahan kepada peserta yang berjaya melakukan
1- Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah

2- Tadarus Alquran dan bertadabbur
3- Zikir dan Bermunajat
4- Solat Tarawih 


Cabaran yamg paling besar umtuk sesi malam adalah solat malam (Qiamullail) sesungguhnya ia amatlah disukai Allah dan nabi, malah terakam sebuah hadis mengenai solat malam pada waktu ramadan
Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
The Game IS On| Participate?
Pertandingan sudah bermula, jadi adakah anda berani menyahut cabaran ini? Ayuh sertai kejohanan tahunan yang mendapat penajaan dari Allah dan rasulnya. Kejohanan terbesar setiap tahun yang disertai hampir keseluruhan penduduk bumi.

Hadiah bagi pemenang Kejohanan ini merupakan
1- Pengampunan Dosa
2-Ganjaran pahala berlipat kali ganda (hanya Allah sahaja tahu gandaannya)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).
(Al-Bukhari dan Muslim)

3- Syurga Khusus (Ar Rayyan)
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”
(Bukhari & Muslim)

4- Dijauhkan Api neraka
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim.”(Muslim)

JADI APA TUNGGU LAGI? MARI SAHUT SERUAN SERTAI PERLUMBAAN INI!!!!!
Sumber rujukan Hadis : 

  1. http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp?search=puasa
  2. http://drmaza.com/home/?p=1208
  3. http://agamaislam-dtecconan.blogspot.com/2009/08/hadis-sahih-mengenai-puasa.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan