Mencari sesuatu?

Sunday, 6 March 2011

Aku Merinduimu...


Aku Merinduimu


Tidak dapat kugambarkan

Rindu yang lahir dari hati ini 

hanya yang mampu tuk kulafazkan

Aku Merinduimu



Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu 
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju




Semakin jauh atau menjauh?
masih ingat lagi x, dulu, mak selalu kejutkan kita dari tidur..kadang2 simbah dengan air..suruh kita bagun siap2 pergi sekolah, mak masakkan sarapan, iron baju sekolah, mak tolong siapkan semua, sampai kadang2 sikat rambut pon mak yang buatkan.hehe rindu saat tu, time tu kita xfikir apa pun, kecuali "nasib baik ada mak".

abah pulak, makan sarapan sekali atas meja, pesan itu, ini, dan saat yang paling dinanti adalah bila not duit seringgit abah hulurkan untuk duit belanja (dulu singgit pon dah lepas kalau nak makan kat kantin). lepas tu abah hantarkan ke sekolah. masa tu pun asyik terfikir "syukur ada abah".

namun semakin kita besar, adakah kita semakin jauh dengan ibu bapa, atau kita yang menjauhi ibu bapa?erm,kalau ikutkan hati, kedua-duanya pon kita xnak lakukan.ada yang berjauhan kerana tanggungjawab kerja, ada yang berjauhan kerana tuntutan ilmu, ada yang berjauhan kerana cinta kepada ilmu.dan janganlah kita menjauhinya kerana benci kepada mereka.

Sejahat mana pun mereka...
kebanyakkan kes terjadi, ramai anak-anak sanggup tinggalkan ibu bapa mereka kerana dulu masa kecik-kecik, mak bapak xberikan apa yang mereka mau. dan bila mereka sudah dewasa, sudah mampu berdiri atas kaki sendiri, ibu bapa ditinggalkan, dan lebih teruk, sesi membalas dendam sang anak pada ibu bapanya.

satu refleksi, sejahat mana pun dia, seteruk mana pun dia, tahukan, yang tanpa Ibu dan bapa, dan rahmat Allah, Kita tiada di dunia ni, jika ibu bapa tidak sayangkan kita, dari kecil lagi dia dah buang kita. wajar x kalau kita yang diasuh, dibesarkan dari kecil oleh ibu bapa yang bersusah payah untuk tu, kita balas dengan keburukan??

suka saya letakkan hadis ini:

"Amal perbuatan yang amat disukai Allah swt ialah solat (yang tepat) pada waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad pada jalan Allah." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Muslim)
"Keredaan Allah bergantung kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan bapa." (Hadis Riwayat: Imam Termizi)
Apa yang patut Aku lakukan? 


satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. Kisah itu adalah seperti berikut:

Pada suatu hari sedang Nabi Muhammad berada dalam satu majlis bersama-sama sahabatnya, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salamah. Setelah duduk dan meminta maaf, beliau dengan hormatnya memulakan pertanyaan:


*Ya Rasulullah! Apakah aku masih dapat berbuat baik terhadap kedua ibu bapaku yang telah meninggal? Sewaktu hayat keduanya, aku telah berbuat baik kepadanya sedaya upaya yang mungkin. Aku rasa aku telah melakukan perbuatan yang sepatutnya kepada keduanya. Ini pun sudah menjadi kebaikan bagi mereka. Semoga selalulah Allah kurniakan rahmat ke atas keduanya.*



Sahabat-sahabat yang hadir terdiam mendengar pertanyaan lelaki itu dan mereka ingin mengetahui bagaimana caranya berbuat baik dan menghormati ibu bapa yang sudah meninggal.



Lantas Nabi menjawab: *Ya! Kamu dapat berbuat baik terhadap kedua-duanya iaitu dengan mengerjakan solat (sembahayang) terhadap keduanya di samping meminta ampun kepada Tuhan; melaksanakan wasiat sesudah mereka meninggal dan selalu bersilaturrahim dengan orang-orang yang dilakukannya dahulu dan memuliakan teman-teman keduanya.*



Lelaki yang bertanya itu berterima kasih di atas penjelasan Nabi dan kembali ke rumahnya dengan gembira dan akan terus menghormati serta berbuat baik terhadap orang tuanya yang telah berpulang ke rahmatullah.



Dari kisah di atas, dapatlah dikatakan ibu bapa wajib dihormati, ditaati dan berbuat baik sejak mereka masih hidup hinggalah mereka bersemadi dikuburan.



jelas??hatta ibu bapa yang sudak kembali kerahmatullah sekalipun kita disuruh terus berbakti kepada Ibu bapa. ini  kan yang masih hidup, lagi-lagi lah kita diwajibkan berbakti kepada ibu bapa.


Penutup:Kau juga bakal menjadi
selalu sy terfikir, jika aku rasakan ibu bapa aku jahat, cukup baikkah aku untuk menjadi ibu bapa??
cukup!!! sekarang kita ubah!!! sapa yang sayang dan cinta pada ibu bapa dia akngkat tangan mcm saya!!!(n_n)/

"Barangsiapa membuat sukahati ibu bapanya maka sesungguhnya ia telah menyukakan Allah. Dan barang siapa yang membuatkan ibu bapanya marah maka sesungguhnya ia telah membuat Allah murka." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan