Mencari sesuatu?

Wednesday, 16 March 2011

Diskusi: Kuasa Allah, Siapa Boleh lawan?

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
tuhan maha besar
maha berkuasa atas sesuatu
dengan kekuasaanMu
berikan kami sedikit kekuatan
mengharungi dugaan dariMu



Tika Dinihari-Devotees 

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Kekuasaan Allah, Siapa Berani lawan?
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gempa bumi yang amat kuat, 8.9 kalau x silap, disusuli pula dengan tsunami yang memusnahkan hampir semua yang berada dekat dengannya.

itulah kuasa Allah, kita tahu, jepun terkenal dengan teknologi yang canggih, mereka juga digelar negara yang mendahului teknologi, mendahului zaman, kerana suatu ciptaan itu akan wujud di negara ini, namun itu semua kekuasaan manusia, secanggih mana pun sistem yang mereka ada, kuasa Allah tetap tidak dapat dilawan.

Ya mmg bukan kehendak mereka untuk mendapat musibah ini, tetapi mungkin ini satu daripada peringatan kepada mereka dan sudah semestinya kepada sesiapa yang berfikir, ini juga adalah peringatan bagi KITA yang memerhati.

Kesedaran, itu perlu
selepas daripada gempa bumi, satu persatu bala yang datang. tsunami, letupan loji dan selepas ini tidak kita tahu, sebelum ini di australia juga ada gempa, sebelum itu pula ada banjir, letupan gunung berapi. subhanallah, bumi di akhir usia??

ramai yang menegaskan bahawa ini sudah hampir hari kemusnahan, bagaimana ini??
antara tanda hari kiamat adalah kerapnya berlaku gempa

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga berlaku banyak gempa bumi."(HR Bukhari).
kadang-kadang bala bencana yang datang ini atas tindak tanduk, tingkah laku kita juga

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Surah Asy-Syuura:30) 
Sekarang apa yang patut kita lakukan? saya tinggalkan persoalan itu disini........ 



Ikuti beberapa gambar satelit di beberapa lokasi penting yang terjejas teruk akibat tsunami. Gambar ditaja Geo Eye. Saksikan kerosakan yang dialami oleh Jepun.

KLIK SINI : GeoEye - Japan Before n After Hits By Tsunami
[**gambar boleh di drag kiri n kanan]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan