Mencari sesuatu?

Tuesday, 22 March 2011

Kongsi: Bergaduh la kalian, sehingga datang waktu itu





Ya Allah,
Aku xberdaya menahan,
api kemarahan mereka,
hanya kau sahaja mampu,
menjiruskan hujan keredaan,
namun jangan kau dedahkan kami
dengan bala bencana yang dasyat,
sedarkanlah kami, pemimpin kami,
agar tidak terjadi bencana yang dasyat.





Wahai Manusia yang berakal,
bertengkarlah kamu sesama sendiri,
agar dapat musuhmu mencari ruang,
bagi memusnahkan peradabanmu.
takkah kau sedar amaran Allah,
tidakkah kau mengambil pengajaran?
dari saudaramu yang lain.
adakah bertelingkah dapat menyelesaikan masalah
atau mengundah bala yang maha dasyat?


sampai bila bertikam lidah
sedangkan masalah bertambah-tambah
sampai bila caci mencaci
sedangkan ummat ramai yang mati?


adakah bertelingkah dapat menyelesaikan masalah
atau mengundah bala yang maha dasyat?

Hey pemimpinku, kau kami sanjung
namun tunjukkah kamu teladan yang baik?
hey sahabatku, kau sarjana,
namun kenapa tidak mealmbangkan peribadimu?
hey dunia yang hebat
sanggupkah lagi kau tanggung derita?
bersiram air darah?
bermandi jernih air mata?
adakah bertelingkah dapat menyelesaikan masalah
atau mengundah bala yang maha dasyat?

hey kamu, marilah kita salng bergaduh,
agar dapat musuh menuduh,
kamu pendusta maha penipu,
membawa bala malapetaka,
maka mudah mereka musnahkan
ISLAM KITA!!
adakah bertelingkah dapat menyelesaikan masalah
atau mengundah bala yang maha dasyat?

ALLAH, KAU MAHA MENDENGAR, LINDUNGI KAMI YA ALLAH!!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan