Mencari sesuatu?

Thursday, 14 April 2011

Diari:Ya Abi, Sanah Helwah!!

He is my dad, now and forever!!
بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang menciptakan Adam
sebagai bapa umat manusia
Hargailah Bapa kalian
kerana sayang mereka dalam diam.

My father, My hero
sapa sini sayang ayah dia, angkat tangan mcm saya (n_n)/.... alhamdulillah, saya pon sayang ayah saya, dan itulah sepatutnya, sayang ayah, bukan benci ayah. selalu kita tengok ramai anak-anak sayang ibu sahaja, ayah? xperlu sayang kah? bukan maksud sy sayang ayah xsayang ibu, tapi, kita sayang dua-dua. 

selalu orang kata ayah xmacam ibu, garang, selalu marah-marah. dan yang akan pujuk ibu. tapi sedar xkita yang ayah kita sayang kita dalam senyap. cuba bayangkan kalau ayah tidak tegas, ayah tidak marah, adakah kita tau apa yang kita lakukan tu betul atau salah?

selain itu, ayah kan kena bekerja, dia penat, mencari nafkah, duit nak bagi makan dekat kita, ya mak pun kerja, tapi apa-apa hal ayah yang akan tanggung kan..tahu x yg ayah kita yang bantu kita masa kita hendak dilahirkan? YA!!! ayah yang bantu ibu, bawak ibu pergi hospital, ataupon panggil bidan datang rumah, ataupun ayah sendiri yang menyambut kelahiran kita. He is My Hero!!Do you?


Sanah Helwah Ya Abi!
Entri kali ni, sy tujukan khas kepada ayah saya yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 53 hari ini (14 april). jadi boleh x sy nak mintak sahabat2 yag baca entri kali ni mengaminkan doa ni. boleh...??


Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah ya rahman 
kau murahkanlah rezeki ayahku
kau permudahkanlah jalan hidupnya
kau berkati segala amalannya
lindungilah dia dari mara bahaya
bencana, fitnah dan dosa

ya rahim,
kasihanilah ayahku seperti mana dia mengasihiku
jagalah dia seperti mana dia menjaga ku
senangilah dia seperti mana dia senangi aku

ya zaljalaliwal ikram
lanjutkanlah usianya dalam kebahagiaan dan agamamu
berikanlah dia tempat di syurga
dan tempatkannya bersama orang2 yang salih.
amin..

Penutup:kasih ayah yang paling jujur
saya dapat ayat ini dari FB sahabat saya, 

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.aWahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya


perasan tidak yg ayah kita tidak pernah pun beritahu kita apa yang dah dia buat pada kita, dia tidak pun beritahu apa kesusahan yang dia alami, malah semuanya dia lakukan demi anak-anaknya. dan tidak munasabah jika kamu, kamu dan kamu mengatakan "aku benci ayah aku". Seburuk mana pun ayah kita, itu sahaja ayah yang hakiki bagi kita, selagi kita masih mempunyai ayah, hargailah, kerana Allah masih lagi memberi peluang kepda kita berbakti kepadanya, kepada mereka yang sudah tiada, doakanlah mereka kerana 



Dr Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila seorang anak adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali 3 perkara:
Anak soleh yang mendoakannya,
Ilmu yang bermanfaat,
Amal jariah yang dilakukan semasa hayatnya.."

wallahualam...

2 comments:

  1. sayang abah saye. isk isk isk..

    ReplyDelete
  2. @Penyusayang abah sy jugak...dah berapa bulan xjumpak...sampai besday abah pon xleh nak sambut sekali..antaq sms ja..:'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan